![]() |
| yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS nak bagi upah so meh ler kita MALAS bersama-sama |
Rabu, 2 September 2026
Wordless Wednesday #28
Khamis, 30 Julai 2026
Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rabbana wa taqabbal du'a'
"Ya Tuhanku, jadikanlah daku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
- Surah Ibrahim Ayah 40 -
......................................................................................
tup tap tup tap.. dah 2 tahun lebih berlalu.. selepas aku meroyan pasal SPB si kakak kat sini.
Tahun ni, again... kita kena fight balik untuk kemasukan sekolah khusus tingkatan 4.
Moh ler kita isi semula. Dah suruh si kakak buat solat istiharah. semoga pilihan yang dia buat adalah yang terbaik untuk masa depan dia.
As ibu. aku akan usahakan yang terbaik. sama-sama berjuang dengan anak-anak dan akan selalu doakan mereka berada dilandasan yang betul.
Kemudian. segala-galanya aku serahkan kepada Yang Maha Esa. Penentu segalanya.
Namun, aku masih memerlukan doa korang yang baik-baik untuk si kakak. Semoga dia perolehi apa yang diimpikan. Amin
Isnin, 27 Julai 2026
Pergi CM semata beli katak
Central Market Kuala Lumpur is a centre for Malaysian culture, art and craft located in the heart of the city. As a building with significant historical value Central Market Kuala Lumpur has come a long way from its early beginning as a wet market built in 1888 to a delightful destination for tourists, shoppers, and art lovers.
- centralmarket -
......................................................................
Semalam pergi Central Market naik LRT. Bawa si kakak. Dia teringin sangat nak pergi situ. Lagi pun sabtu ahad tu ada event Selangor Travel Fair 2026.
N3 hari ni aku cuma saja nak tunjuk benda yang aku beli semalam. Boleh pula jumpa dia semalam kat CM😜 Comelkan.
Rabu, 15 Julai 2026
Vibe camping - bakar sate ikan tepi rumah
Sate ikan lokching berasal dari selatan Thailand. Ia kemudian menjadi sangat popular di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia, terutamanya di Kelantan. Perkataan "lokching" berasal daripada bahasa Thai yang bermaksud bebola bakar.
- Wikipedia -
...................................................................................
Korang tau apa kerja aku malam tadi.. ye membakar sate ikan 😂
Minggu lepas si fazlin ni bagitau nak balik kelantan. Tiba-tiba muncul pula idea dia nak bakar-bakar sate ikan kat opis. So kutip ar sorang sikit buat modal beli sate ikan.
Aku pun order lah untuk diri sendiri 100 cucuk.
Meriah ok isnin tu dok membakar tapi pakai pemanggang elektrik lah. Aku tak tahu berapa bungkus habis. rasanya ada kot 300 cucuk.
Ni kisah malam tadi.. boleh je aku guna pemanggang ajaib tapi macam tak mencabar pula. Aku pula pernah beli tempat bakar-bakar tu. masih belum guna lagi.. arang pun ada 2 kotak. Memang simpan untuk sebarang kes kecemasan. haa cun lah kan.
so apa lagi.. membakar lah kita.
Start hidupkan api lepas azan maghrib. Ingatkan macam mudah ek.. rupanya sampai selesai solat maghrib pun tak settle lagi. Aku memang tak pandai hidupkan api so kita duduk tepi-tepi je jangan banyak bunyi.
Aku ada 50 batang sate ikan yang nak di bakar. Nasib lah si kecik ni ada tolong temankan termasuk tukang ngap. Rasanya dia je 20 batang habis. Dah masak tak sempat letak kat pinggan dia amik.. Aku memang tukang bakar je.. Dapat lah makan dalam 5 cucuk.
Si kakak datang bila dah masak. Datang makan dan blah. Tak mau dia dok bergelap, berasap. Tapi sebab dia pun baru baik demam. Ok lah.. dia nak makan pun aku dah happy.
Si abang.. jangan cakap lah.. sibuk tengok game MPL. Tah siapa lawan tah. Aku tak amik tau sebab game pasukan perempuan dan takde SRG.
Dok berasap dan berembun dah macam Vibe camping rasanya. Nak buat macam mana. Yang suka cabaran camping ni aku je. Ajak gie camping tak mau. Nak solo camping tak lepas. Membakar je lah kita untuk lepaskan hajat. Selesai semua dalam 9.30 malam. Alhamdullilah.
Masa dok membakar tu dapat idea pula.. ok lah sabtu ahad ni kita ubah tepi rumah ni ala-ala tempat camping. haaa haaa.. kalau jadi aku story tapi kalau sampai tahun depan tak muncul-muncul ceritanya bermaksud dia jadi anganku musnah ye.
so next lagi 50 cucuk ni bila nak bakar?
Adios
Hitam-hitam si tampuk manggis
Hitam-hitam si tampuk manggis,Sayang kemuning gugur bunganya;Hitam-hitam kupandang manis,Putih kuning apa gunanya
- Kurik Kundi Merah Saga -
........................................................
Dah 2 kali member opis bawa aku tak dapat rasa. Pagi tadi tup..tup.. dia datang bagi plastik.
Alhamdullilah rezeki. Dapat lah rasa buah manggis dari kebun orang tahun ni 😁
Khamis, 9 Julai 2026
Andai ingin meminjamkan bahu sebentar
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
- Sahih Bukhari -
.............................................................................
Lebih kurang 2 tahun yang lepas seorang anak remaja memberikan aku nota. Aku tak kenal siapa cuma nama itu sahaja yang ada di akhir nota tersebut. Satu pertanyaan yang sering dialami oleh anak-anak remaja dan inilah jawapan ringkas aku.
Aku.. tak pernah ada kawan yang terlalu rapat sejak 2001. Ada yang rapat tapi macam tulah. After 2001, aku mula belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada manusia.
Apa yang berlaku sebelum tahun itu terlalu memberi kesan kepada perjalanan hidup aku sehingga kini.
Hanya Allah tempat aku bergantung. tempat aku bercerita. tempat aku meluah rasa.
Aku juga bukan seorang kawan yang baik. aku juga akan tidak selesa jika ada yang terlalu bergantung pada aku.
Tak semua pertolongan dapat aku bantu. Aku tak mampu.
Tapi andai untuk meminjamkan bahu sebentar. Aku sedia memberikannya. Hanya untuk pinjaman semata-mata sebab selepas itu dia kena berusaha untuk bangkit sendiri. Berdiri dengan kaki sendiri.
andai ingin meminta buah fikiran dan nasihat juga aku sedia berikan. Namun bila tiba masa untuk membuat pilihan dan keputusan, dia kena fikirkan sendiri. sebab apa.. sebab apa saja keputusan dan pilihan yang dia buat, dia yang akan laluinya. Dia yang akan harungi semua itu sendiri.
rupanya pejam celik pejam celik.. dah 25 tahun aku adalah aku. Mencari ketenangan untuk diri sendiri.
Adios
Rabu, 8 Julai 2026
Wordless Wednesday #28
yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...
-
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...
-
"Try to be a rainbow in someone else's cloud," - Maya Angelou - .................................................................
-
"There is no escaping the turtle!" ................................................................................. Yeeeeee yeee...



.jpeg)


