Sabtu, 23 Disember 2023

Hussin Fauzi Farm Taman Botani Negara Shah Alam

 “Happiness is being the creator of your experience, choosing to take pleasure in what you have, right now, regardless of the circumstances, while being the best you that you can be.”

- Alex Shalman -

..............................................................................................................................

cuti sekolah dah start!

tahun ni rasanya cuti sekolah tak ke mana sangat.

No hotel.. no long vacations..

sebabnya macam biasalah.. hujung tahun.. penutupan akaun. bulan yang tersangat sibuk buat tukang kira duit 😅

tapi takde lah sampai tak bawa budak-budak ni berjalanan.

last week 17.12.2023, kami menapak ke Taman Botani Shah Alam.

Nak cukupkan 10 ribu langkah! yeyeye

plus nak pergi taman haiwan dia. Dengarnya dah buat yang baru.

Sayangnya rumah 4 usim masih dalam penyelenggaraan. Dah 4 tahun dia tak buka. ok lah tu 4 musim = 4 tahun. Semoga tahun depan dah beroperasilah hendaknya.

Tiket masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam ni RM3.00 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak bawah 11 tahun. Baby... free

So kat dalam nie ramai yang datang untuk jogging dan berbasikal. Kat sana pun ada je yang buat sewa basikal. Mencabar lah track dia sebab berbukit kan.

Nak masuk Hussin Fauzi Farm ni bayaran dia RM10 seorang. Bestnya kat sini haiwan-haiwan dia boleh di pegang.. nak bagi makan pun boleh. tapi ada juga yang dalam sangkar. Tak sesuai untuk didekati.

Seronok lah budak 3 ketul ni. Bermain dengan kambing and the geng.

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81


gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

gedget81




gedget81

gedget81

gedget81

gedget81

Selain ladang haiwan ni, ada juga aktiviti lain kat Taman Botani ni tapi untuk hari tu kami fokus nak tengok binatang je. Lain kali kita pergi untuk yang lain pula ok.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................