Selasa, 26 Disember 2023

Cutest thing my big boss has ever done

 "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"." 

- QS. Al Baqarah: 30 -

.....................................................................................................................................................

macam tak boleh kalau tak cerita benda ni kat sini.

sejak dua menjak ni... bukan.. sebenarnya macam masuk sebulan dua lah, kerap sangat opis kami dilanda 'gangguan'.

Lebih-lebih lagi bila aku start balik lewat sebab dah hujung-hujung tahun ni.

Kalau dari kisah seorang ni.. kerap pula dia kena kacau. Dok main ketuk-ketuk pintu, tingkap kat bilik dia.

lagi sorang lagi best.. 2 kali dia jumpa penyamar 😂

aku... hmmm jujur lah ye.. kalau melintas-lintas tu dah biasa dari sejak aku datang. ignore je lah

tapi... dalam tempoh sejak dua menjak ni.. memang menduga kesabaran aku yang tengah struggle dengan penutupan akaun. yang membuatkan aku hangin satu badan. 

Sekali kena bisikan di telinga, sekali dia pacak kat bilik sebelah, sekali tinjau-tinjau kat bilik fail. 

Wei... aku dah lah tengah kejar dateline.. tengah mengamuk dengan pembekal yang payah nak bagi kerjasama. dengan ragam claim pegawai-pegawai.. dia boleh ek buat macam tu.

14.12.2023.. last date untuk selesaikan semua pembayaran. disebabkan aku malas nak buat kerja dalam keadaan seram.. nanti tak tentu arah kerja aku jadinya memandangkan dah lah last day payment kan... so memang aku seretlah bos aku suruh tunggu sampai semuanya selesai.

Begitu tabah dia menunggu dalam kebosanan.. aku gelak je.. siap warning lagi jangan balik selagi tak habis. Tenteram lah aku sikit. Alhamdullilah selesai dengan keadaan baik.

21.12.2023.. Nak jadi cerita aku dekat surau solat zohor. Dah selesai tu tiba-tiba pegawai yang aku cerita kena kacau ketuk-ketuk tu masuk. Dia pun cakap baru je lepas benda tu ketuk pintu depan dia. Dia berlari tengok takde sesiapa. Masa tu pula bos aku dok bilik depan dia tak de. Aku pun takde. Bilik fail pun takde orang. Mencicit lah dia lari ke surau.


memang cuak muka dia masa tu. Aku nak sedapkan hati dia bagi tau lah mungkin bilik belakang ketuk kot atau budak-budak ni dok mengacau.

Aku pun pergilah menyiasat. tanya ada ke yang dok main-main kan pegawai tu. tapi takde siapa yang mengaku. kecoh lah kejap admin. Dalam masa yang sama big bos tengah lepak admin. Dia baru keluar dari bilik meeting sebab ada lawatan kerja dari agensi luar.

Mengadu lah kami kat dia.

dan.. tengah hari tadi big bos datang cari aku. dah lah aku dengan affa keluar awal hari ini. lapar sebab kami tak sarapan pun. sampai terus buat kerja. 2.30 aku datang bilik dia tanya dia cari ke. Kena lah bebel kejap dengan big bos 😅

Ingat nak bincang apa. Dia kata tak pe nanti dia datang bilik aku. Aku dah cuak dah ni. awat tak bincang dekat bilik dia je. Dia tegas lagi takpe kejap lagi saya datang.

5 minit kemudian dia datang dengan keadaan muka basah berair wuduk dan memegang senaskah Al-quran. Sandal pintu bilik aku dan halau aku suruh dok kat admin sekejap.

Guess what??? dia mengaji kat bilik aku lah. so sweettttt

maybe pasang pendinding kot. Malas aku nak tanya lepas-lepas tu. Kita diamkan aja.

tapi..

tapi..

usaha dia tu sangat lah comel di mata aku wei.. Ok dia boleh jadi bos kesayangan no 1 mengatasi semua bos-bos yang pernah aku bekerjasama selama ini.

かわいい  Kawaī 😍😍😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Wordless Wednesday #14