Jumaat, 25 Mei 2018

Bye bye Joey

Assalammualaikum

14.09.2013 - 25.05.2018




Hari nie last day Joey dengan kami. Sedih sangat sampai dari pagi takde mood nak buat kerja.

Thanks Joey untuk 5 tahun berbakti pada keluarga kami.

Kita sayang awak sangat. Banyak jasa awak pada kami tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.

InsyaAllah semoga tuan baru akan menjaga awak dengan baik. Amin

Isnin, 21 Mei 2018

Ilman dan Hospital

30/11/2016.. 

ilman dimasukkan ke dalam icu kanak2 kerana pernafasan yang teruk. Bermula tarikh ini kehidupan kami berubah sangat-sangat.

Ilman masa mula-mula di serang batuk dan susah bernafas

Hari pertama ilman di dalam ICU memang ibu menagis sungguh. tengok dia berselirat dengan wayar. Serius ibu tak tahu macam mana nak cakap. Hati ini berdebar-debar setiap masa. Ibu tak sangka Ilman boleh seteruk ini. Berat sungguh dugaan untuk kamu.

Masa di ICU

Masa  di ICU

Bila doktor catu susu Ilman, hampir sejam ibu memujuk dan memeluk kamu. sehingga bengkak matanya. dari seorang yang debab Ilman jadi kurus sangat.

Ilman setiap hari tidak tinggal sedikit pun ubatnya. Still batuk. Kami selalu berdoa semoga Ilman semakin sihat dan dijauhi segala penyakit yang merbahaya.










Nagis ibu bila kenangkan balik semua ini. Ya Allah.. jauhkanlah kejadian seperti ini dari keluarga ku. Ibu benar-benar tak mampu nak hadapi semua ini sekali lagi.

Tempat berteduh - Fasa 2

Assalammualaikum

Hai.. kita baru dapat masuk sini awak sebab lupa password.. Dok tekan forget password still tak lepas dari dulu. Then tray last week baru dapat. Dah rasa nak menagis.. meraung sebab tak dapat buka blog.

So now dah hampir 7 bulan kita duduk rumah sendiri.

Even 7 bulan still banyak benda nak kena buat. Disebabkan dah habis hampir 150k so yang lain-lain kita buat slow. Tak perlu nak kejar sangat sebab nak duduk lama kan. Harap-harap dapat menikmati hari tua di rumah sendiri. Insya Allah.

Even dah pilih kontraktor yang terbagus tapi kalau pekerjanya tak berdedikasi still susah jugak. Tak boleh nak salahkan syarikat kalau ketua tukangnya buat hal kan. Geram masa keadaan itu berlaku tapi kita still bersabar. Dan pihak syarikat pun sentiasa follow up keadaan rumah.

Walaupun banyak cabaran masa nak siapkan rumah nie sampai delay 1 bulan tapi kita bersyukur sangat-sangat sebab still masih dapat memiliki rumah sendiri.




Ini lah keadaan semasa rumah di dalam pembinaan.

Rumah kita kecil je. Cukuplah untuk 5 beranak tumpang berteduh.

Now kita tengah kumpul-kumpul modal nak buat kabinet.

Doakan kita dimurahkan rezeki ye.

bye

wordless wednesday #1