Khamis, 9 Julai 2026

Andai ingin meminjamkan bahu sebentar

 اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)


Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh

- Sahih Bukhari -

.............................................................................



Lebih kurang 2 tahun yang lepas seorang anak remaja memberikan aku nota. Aku tak kenal siapa cuma nama itu sahaja yang ada di akhir nota tersebut. Satu pertanyaan yang sering dialami oleh anak-anak remaja dan inilah jawapan ringkas aku.

Aku.. tak pernah ada kawan yang terlalu rapat sejak 2001. Ada yang rapat tapi macam tulah. After 2001, aku mula belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada manusia.

Apa yang berlaku sebelum tahun itu terlalu memberi kesan kepada perjalanan hidup aku sehingga kini.

Hanya Allah tempat aku bergantung. tempat aku bercerita. tempat aku meluah rasa.

Aku juga bukan seorang kawan yang baik. aku juga akan tidak selesa jika ada yang terlalu bergantung pada aku.

Tak semua pertolongan dapat aku bantu. Aku tak mampu.

Tapi andai untuk meminjamkan bahu sebentar. Aku sedia memberikannya. Hanya untuk pinjaman semata-mata sebab selepas itu dia kena berusaha untuk bangkit sendiri. Berdiri dengan kaki sendiri.

andai ingin meminta buah fikiran dan nasihat juga aku sedia berikan. Namun bila tiba masa untuk membuat pilihan dan keputusan, dia kena fikirkan sendiri. sebab apa.. sebab apa saja keputusan dan pilihan yang dia buat, dia yang akan laluinya. Dia yang akan harungi semua itu sendiri.

rupanya pejam celik pejam celik.. dah 25 tahun aku adalah aku. Mencari ketenangan untuk diri sendiri.

Adios

Rabu, 8 Julai 2026

Wordless Wednesday #27

 

Bila datang kerajinan.. kad ucapan pun buat sendiri

Kisah Rambutan dan 2 beradik

"Sabarlah. Tidak lama lagi buah-buah ini akan masak," – Nasihat yang sering diabaikan oleh sang monyet.

-Kisah Monyet yang degil-
.......................................................................



 

semalam jejak je kaki tertoleh kat tv.

adoi anak... haihhh macam mana lah ibu nak cakap lagi. sabar jelah

si kakak kat meja makan dah bebel-bebel. Muka dah nak nagis. 

tapi betul lah.. siapa je yang tak kecewa kalau hasil usaha dia kena cekau.

Si kakak memang hantu rambutan. Malam tu aku tengok sendiri dia dok kopek rambutan.. loleh rambutan tu (bahasa melayunya hiris dengan pisau. orang kampung den panggil loleh) nak simpan dalam peti ais. sedap makan sejuk-sejuk,

sekali balik sekolah kul 4.30 petang, buka peti ais.. tak de! tu yang tercipta nota yang bertampal di tv 😅

Aku bersabarlah tunggu 2 ketui ni balik sekolah.

Balik si bongsu tanya.. doreh dia jawap.. mana ada dia makan.. dia tak makan rambutan. Ok ini memang aku tau sebab si kecik ni jenis nak benda dia akan minta dulu.

Balik si abang.. tanya.. dok sengih-sengih

yelah tu.. keje dia lah tu. si abang memang hantu buah. sebenarnya awal-awal tu dah boleh agak siapa punya kerja. tapi malas nak menuduh dulu. dikuatkan lagi cerita opah dia pagi tadi membuktikan dia yang dok kerjakan buah tu.

Kita biarlah si kakak ngan abang selesaikan masalah mereka. Kita pantau je dari belakang. Selagi tak bertumbuk. Cukuplah aku bagi nasihat ke dia. Malam tu tengok dah berbaik. Adalah tu perbincangan dua mata.

Apa-apa pun kena gak cari gantinya. tapi mana nak cari buah rambutan ni.. Klang macam tak muncul pun. Nanti minggu ni balik kampung kita tengok lah tepi-tepi jalan kalau ada ye.

hi lah rambutan...

adios

Khamis, 2 Julai 2026

Kadang-kadang kebenaran itu pahit

 Melakukan hal yang benar tidak selalu berakhir dengan kebahagiaan

- Sachin Sandhu (Thappad Movie) -

.........................................................................


Betulkan.. kadang-kadang kebenaran itu pahit untuk ditelan tapi nak tak nak kita kena hadap juga.

Kalau kita tak nak terima kenyataan itu dan tetap menipu diri sendiri, akhirnya kebohongan itu akan makan diri kita sedikit demi sedikit. Kita akan sakit.. Kita akan stress.. Mula lah kita akan Depression. Lama-lama jadi mental breakdown.

ye tahu untuk melakukan hal yang betul dalam suasana yang selama ini kesalahan itu dah sebati dalam masyarakat kita memang sesuatu yang sangat sukar.

Banyak yang akan kita fikirkan. Apa pandangan orang bila kita cuba melakukan seuatu yang berlainan dari kebiasaan. Adakah perkara yang kita lakukan ini akan didukung oleh keluarga. Masih adakah kawan-kawan yang akan membantu dan memberi kepercayaan.

Semua itu yang selalu menjadi batu penghalang untuk kita.

Sebab itu kita kena yakin dengan pilihan yang kita buat.

sebab melakukan sesuatu yang betul kadang-kadang tidak akan berakhir dengan kebahagiaan tapi hidup kita akan lebih puas dan jiwa akan terasa bebas.

Adios

Isnin, 29 Jun 2026

Bila kunci selalu disorokkan

"You can't go back and change the beginning but you can start where you are and change the ending." 
- C.S. Lewis -
..............................................

Bila sejenis buka pintu bilik kat opis ni saja tinggalkan kunci tergantung kat pintu sebab senang konon nya. Aku pula memanjang lupa kat mana taruk

Rupanya tak senang juga ye.. Ada je orang yang dok sorokkan kunci. Mentang-mentang lah kita ni pendek. Dia letak nunnnn atas almari kabinet. Sabar je lah.


tadaaaa.. kerajinan membeli akhirnya datang juga. Kita kasi lekat kat sini. Senang masuk je terus gantung.

Ni kalau ghaib juga... memang aku pasang cctv kat dalam bilik ni.

Oo lupa nak buat nota.. aku cuba try update blog pakai hp. Macam sukar sikit. Maybe sebab jari gemoks so banyak nau typo dia..  tapi not bad lah boleh di asah lagi. heee heee

adios

Jumaat, 26 Jun 2026

Late Lunch di LaPaROTi

Sabda Nabi SAW kepada Umar bin Abu Salamah, "Wahai anak, sebutlah nama Allah (bacalah Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada paling hampir denganmu." 

- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim -

..........................................................................................

N3 berabuk.. bersawang.. 😂

Dapat berita sepupu aku kemalangan masa hantar anak ke sekolah. dirempuh oleh kenderaan 4x4. Dia dah lah naik motor.. Dia dengan anak dia, dua-dua kaki belah kanan patah. Aku rasa benda besi yang selalu ada depan 4x4 tu hentam kaki mereka anak beranak.

Ketika kejadian memang aku tak sempat nak melawat dia. My bad 😔

so 25 April 2026 baru ada kesempatan nak jenguk dia di hospital. Pergi berdua je dengan cik abang. Gerak pukul 10.00 pagi sampai sana sedang elok waktu melawat. 

borak punya borak tak sedar dah pukul 2.00 petang. Patut lah kelaparan. Dah waktu untuk balik sebab kat luar dah bertunggu sedara dia yang lain.

Cik abang dok cari tempat makan best kat area seremban ni. Jumlah satu tiktok LaPaROTI

Lepas selesai solat zohor kat surau hospital (Surau dia sangatlah tak best), moh ler kita ke sana.


Ni pintu masuk depan.. parking tak berapa banyak sangat tapi ada rela yang jaga parking. 

LaPaROTI buka setiap selasa hingga ahad jam 10.00 pagi sampai 6.30 petang. Isnin off day. 

Tempat duduk banyak. boleh pilih yang mana satu kita nak bersantai. Kami pilih tepi sungai. Saja lah nak rasa seronok ke idok dok situ.

Kita pilih makanan dalam buku menu dan order sendiri di kaunter.

Actually kat sini popular dengan roti golok dia lah tapi aku tak terorder pula. Sebab macam lapar sangat. Masa balik je aku beli macam-macam pastri untuk budak 3 ketul kat rumah tu.


Sini dia dah mention cara meng'order'

sampai ke sudah aku tak ingat apa nama air ni.

Meggi Sup Tolo Goyang

Nasi Beriani Thai (Khao Mok)

Tu je gambar yang paling cantik aku ada sebab cik abang dah jeling-jeling. Dia lapar tahap gaban tapi bini sibuk nak amik gambar 😂

sekian kisah kami berdating berdua.

Adios

Ahad, 7 Jun 2026

SRG vs VAMOS - Grand Final MPL Malaysia Musim 17

"There is no escaping the turtle!" 

.................................................................................



Yeeeeee yeeee... Kedua-dua team pilihan kami mara ke peringkat akhir MPL Malaysia Season 17. Alhamdullilah. Nak sokong kedua-duanya tanpa berbelah bagi.

So kejap lagi games bermula. Hope mereka have fun dan berikan games yang gempak.

Sebabkan Pasukan SRG dan Vamos mendapat tempat Grand Final dalam MPL Malaysia Musim 17 di Stadium Juara, Bukit Kiara so secara rasmi 2 team ni layak ke MSC di Esports World Cup (EWC) 2026 di Paris nanti. Tahniah!

saja nak show off.. aku dah ada jaket SRG 😝

Congratulation Kakak!

اللَّهُمَّ وَفِّقْ أَبْنَاءَنَا وَبَنَاتِنَا لِلنَّجَاحِ وَالصَّلَاحِ وَالْفَلَاحِ

Allahumma waffiq abna'ana wa banatina lin-najahi was-salahi wal-falah.

Maksudnya: Ya Allah, kurniakanlah kejayaan, kebaikan dan kebahagiaan kepada anak-anak lelaki dan perempuan kami.

.........................................................................................................


Alhamdullilah kakak dapat maintain result exam form 2 dia. Ingat lagi masa dia dok study final exam. Nangis sebab dia kata macam satu benda pun tak masuk bila dia baca.

Then masa jawab exam pun dia cakap dia tak tahu apa yang di jawab. Aku cakap lah yang aku terima je apa pun result dia sebabnya aku tengok sendiri macam mana dia belajar. Dia dah usaha yang terbaik kan.

Anyway.. tahniah bintang ibu. Ibu sentiasa doakan yang terbaik buat awak.

Simpan sini untuk kenangan 🥰



Khamis, 28 Mei 2026

Tak cuti raya haji

dalam perahu berisi budak. Apakah ia

 - Long-Chair Malay-

.......................................................................................................


Korang cuti lagi ke tu. Aku dah start keje balik ni.


separuh hari dah mengadap benda ni. Naik pening kepala

22 tahun hadap benda yang sama. Bosan juga tapi nak buat macam mana. Kita ni memang suka angka. suka puzzle.

Aku ada smpai besok je nak selesakan benda ni. Caiyok! caiyok!!

Rabu, 27 Mei 2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H

Selamat Hari Raya Aidil Adha! Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan Nabi Ibrahim a.s. sentiasa menjadi inspirasi dalam kehidupan kita.

Semoga setiap langkah kita dipenuhi keikhlasan, setiap doa dikabulkan, dan setiap pengorbanan membawa keberkatan yang melimpah. Amin

...........................................................................................

Tahun ni macam biasa, kita beraya di rumah je. Raya Haji jarang kami balik kampung sebabnya cuti sehari je. Tapi tahun ni ramai yang ambil cuti panjang.. khamis sampai selasa minggu depan.

Sangat meriah ye menu raya korang. Menu raya haji kami tahun ni simple saja.

Semalam sempat kami ke Satay Kajang Haji Samuri untuk beli kuah kacang, Ingat nak stop tepi jalan beli lemang. tak jadi pula.

Teringat nasi impit segera takde, singgah kejap Matahari. Alang-alang aku fikir nak buat Mee Kari lah.

So ini lah hasilnya. Taaadaaaaaa


Tiba-tiba tahun ni rajin nak buat mee kari. Tapi yang paling ringkas lah.. Sayur-sayur memang tak akan tersenarai untuk dihidangkan.

Rendang takde kali ni. Malas nak mengacau.

abaikan kecomotan dia. Dok percik-percik tak berhenti.

5 bahan je aku letak dalam ni. Sedikit rangka ayam, sebiji kentang yang dipotong dadu, tahu kering, fish kek dan fish ball. Seafood ke apa ke takde.

Diaorang 3 ketul mana makan semua ni. Yang diambil nanti mee dan kuah je. Kadang-kadang sakit jiwa aku tengok diaorang makan. Kita penatlah masak yang hebat-hebat. sekali yang diceduk hanya kuah je.

Aku selalu masak mee kari dalam periuk nasi besar. Lepas masak aku masuk balik dalam rumah dia senang nanti nak panaskan tinggal tekan. Mudah takyah nak angkat-angkat banyak kali memandangkan mee kari ni memang akan di makan sampai malam.


First time aku beli mee jenama ni. Mee memang aku akan celur kejap bersama garam. Mee yang aku beli ni bau kapur dia kuat sangat. Banyak kali aku basuh juga ni. Mee kalau bau kapur buatkan aku nak muntah bila makan. Sebab tu aku jarang oder makanan berasaskan mee kat kedai.

Itulah menu aku untuk Hari Raya Aidil Adha 2026. adios

Rabu, 20 Mei 2026

Wordless Wednesday #26

 

tiba-tiba datang kopinya :p

Cinta itu seperti secawan coklat panas

"Cinta itu seperti secawan coklat panas yang kaya; pekat, manis, dan kadang-kadang pahit, tapi sentiasa menghangatkan jiwa." 

-anonymous-
................................................................................




Takde pula stok coffee aku kat opis ni. So petang ni kita layan dark choclate je lah.

Selamat tea break buat yang sedang mengopi tu

Rabu, 6 Mei 2026

No word just blank

korang... sorry

aku sekarang macam berada di titik terendah emosi dan mental

Nak menangis tapi tak mampu

Nak meluah tapi takut

yup something happened

just nak bagi tahu yang aku masih hidup :p

See you again when the situation allows.

Doakan mental aku kembali sihat

Isnin, 16 Mac 2026

Sebulan Puasa, aku sibuk giler

Daripada Ibn ‘Umar RA, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Islam dibangun di atas lima rukun; Mentauhidkan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan (menunaikan) haji.” Lantas seorang lelaki bertanya: “Apakah haji dan(kemudian) puasa Ramadan?” Baginda menjawab: “Tidak, puasa Ramadan dan (kemudian) haji.” Demikianlah aku mendengarnya daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.”

- Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayanu Arkani al-Islami wa Daáimihi’al-Ízhom, no. 16 -

.......................................................................

Korang.. terlalu sibuk sampai satu entry pun tak leh nak taip. Ni nak kejar dateline sebelum raya. Dengan Audit yang masuk dah 2 minggu berkampung kat opis ni. 

Hope korang semua sihat selalu. 

Yang mana tengah buat persiapan raya tu. Semoga dilancarkan urusan.

Yang banyak buat entry masak berbuka tu... Nanti aku baca satu persatu ye.

Jangan Lupa up story pagi raya ye.

Korang tema warna apa tahun ni?

Aku...

Satu tema juga dengan cat rumah.

Mana yang pernah baca entry mengenai rumah aku sebelum ni mesti tau kan

Jom kita imarahkan minggu terakhir bulan puasa pada tahun ini.

Entahkan kita akan jumpa atau tidak puasa tahun depan.

Adios!

Jumaat, 27 Februari 2026

Kisah Sahur 9 Ramadhan

"Kesabaran adalah ketika hati tidak merasa marah terhadap apa yang telah ditakdirkan, dan mulut tidak mengeluh" 

- Ibnu Qayyim -

.......................................................................................

Koranggggggg... huu huu huu

Pagi tadi kan mangkuk opal aku pecah. Sedihnya.

Alkisahnya, semalam beli sup daging kat kedai tomyam. Memang sup daging tu kegemaran budak-budak ni. Setiap kali order mesti aku minta kuah lebih sebab si kecik ni suka letak kuah banyak-banyak. Aku tuanglah sup tu dalam mangkuk opal.

Malam tadi lepas berbuka adalah baki sedikit. Kononnya si kecik simpan untuk makan sahur. Dia siap simpan dalam peti ais. Jarang dia nak buat sendiri kalau tak bersuruh.

Pagi tadi aku pun bangunlah nak siapkan apa yang patut untuk makan sahur. Aku keluarkan sup tu. Sambil tu aku buat lah telur dadar.

Tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran aku ni. Aku pergi tenggek mangkuk opal tu atas dapur. Serius tak terfikir langsung nak salin dalam periuk atau kuali.

Sekali pecah!

Waaa kesiannya anak-anak sahur makan nasi dengan telur je hari ni.

Agaknya pagi tadi roh aku sebenarnya tak masuk betul dalam badan kot. huuu huuu

Jumaat, 20 Februari 2026

01 Februari - Day Two Trip to Kuala Kangsar


First day berlalu dengan meriah

Malam tu sambut birthday Kakak walaupun dah seminggu lebih berlalu. Kak Ngah buat steamboat. Nyum.. nyum..

Hari kedua, moh lah kita balik. Tapi kali ni kami balik awal sikit sebab nak jalan-jalan sekejap kat Kuala Kangsar

Takdelah awal sangat pun, masih sempat lagi sarapan Nasi Lemak di rumah Kak Ngah. Thank you Kak Ngah for the Hospitality.

Dah jom gerak!!

Destinasi pertama, kita ke Jambatan Keretapi Victoria a.k.a Jambatan Enggor. Antara jambatan keretapi tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1897 jadi kalau ikutkan usia dia sekarang dah 129 tahun. 

Aku naik jambatan tu tapi gayat dia.. Masya Allah. Memang sepanjang kat atas jambatan, 3 ketul tu kena pegang aku sentiasa. Aku tak berani nak ke tengah sangat. Tok laki je yang sampai ke hujung. Idoklah aku.

jauhhhhhh nun. Aku kat sipi-sipi je ni


Kisahnya.. 

nak ambil gambar ni pun makan masa ek. Cuak wei

Destinasi ke-dua, Kampung Warisan Budaya. Dia terletak di tepi Sungai Perak bersebelahan Jambatan Victoria. Kampung Warisan Budaya ni menampilkan keindahan seni bina Melayu tradisional.

Dia ada dua bahagian. Pameran dalam dan luar bangunan.

Kat dalam ni ada Galeri Warisan dan Pameran yang menunjukkan artifak, model, dan informasi tentang budaya Melayu serta sejarah rumah tradisional. 

Di luar, dia ada 11 buah rumah mewakili seni bina pelbagai negeri.. Tapi bagi aku model rumah dia tak lah menunjuk sangat seni bina rumah tradisional tu. Boleh lah.

Lupa pula. Nak masuk sini ada bayaran dia. Boleh tahan juga harga dia. lupa dah aku berapa.

Rumah tu pun sebanarnya lebih kepada resort. Kita tak boleh pun naik atas rumah cuma dibawah rumah tu adalah dia letakkan beberapa barang tradisonal zaman atuk nenak kita. 

Boleh lah tunjuk kat budak-budak ni macam mana zaman dulu-dulu hidup tanpa internet.

Pintu gerbang Kampung Warisan Budaya



antara model rumah yang ada



Kat kampung dulu, wan ada buat rumah pondok macam ni untuk tempat dia anyam tikar. Kat situ lah tempat dia letak daun mengkuang yang baru diambil dan yang dah dijemur. 

Sebelah tu pula ada dapur kayu untuk dia masak air dan buat bahlu. Sedapnya bahulu zaman dulu.

Menggamit memori sungguh!

Kat umah wan pun ada perigi macam ni. Tapi baldi tu takde tempat macam tu. Dia main campak je pastu tarik. 

Kita ni dah ler badan kecik. Masa nak tarik tu sangat menyeramkan. Takut jatuh dalam perigi tu je. tapi Alhamdullilah selama kewujudan perigi tu takde sapa pun yang jatuh.

Sayangnya perigi tu dah ditimbus masa makcik robohkan rumah lama untuk buat yang baru. sayang sungguh!


Dalam galeri dia ada tunjuk pengukur kelapa ni. Si kecik tanya aku apa benda tu. Aku ni siaplah buat gaya cara mengukur kelapa. 

Sampai bawah rumah negeri mana tah ni, ada lah bendanya bersekali dengan tempurung kelapa. Cantiklah tu. Aku demo balik pastu bukan main excited budak-budak ni nak buat.

Hai lah budak bandar...

Ni dulu kat rumah wan pun ada ni. Tapi macam biasalah.. tah mana pergi dia. 

okey acah-acah ke zaman dahulu kala

Dalam Kampung Warisan Budaya ni ada cafe namanya Kafe Tok Enda. Kami lunch kat sini aja. Disebabkan aku masih kenyang makan Nasi Lemak, so aku catuk je makan diaorang sorang sikit.

Kat situ ada juga sudut permainan congkak, dam aji dan carom. Jadi sambil-sambil lepak makan, budak-budak ni main lah kejap.



Aku punyalah bawa ajaran sesat peraturan main dam aji ni. Kaaahhh kahhh kahhh. Mana lah aku ingat cara main. Diaorang ni pula memang tak pernah main dam aji. Nasib lah tok laki dah betulkan. Kalau tak memang ajaran sesat sampai 7 keturunan.

Tok laki ngan kakak main congkak kat sebelah. Yang ni kakak pula yang ajar abah dia main congkak. Haruslah abah dia kalah. Pastu abah dia suka hati je nak main bom ikut peraturan dia.

Next destination.. Istana Kenangan. Aku pernah pergi sini dulu tahun 2010. Masa ni Istana Kenangan tak buka.

So adalah rezeki aku nak jejak semula.

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau Istana Tepas. Dia tak gunakan paku langsung. Cuma menggunakan teknik pasak, tanggam kayu, dan anyaman tepas. 




Masuk dalam ni free aje. Adalah sedikit informasi di bahagian bawah mengenai sejarah Istana ni. Tapi dalam istana kosong kecuali di bahagian balai rung seri. Ada tahta dan tempat menteri duduk. Kawasan ni dia tak benarkan ambil gambar. Tak tahu kenapa. 

Aku pun lurus aje tak amik gambar. Takut :P 

Istana ni suis lampu dia masih guna tombol yang lama tau. Ala masa kita tahun 80-an. Aku tunjuklah kat mereka.. dulu ibu punya suis lampu macam ni.

Istana ni takdelah besar mana pun. Ada dalam 5 ruang. Sayangnya kat atas tu takde info yang dia letakkan. Memang kosong semata. 





itu destinasi terakhir kami hari ni. Ingat dalam perjalanan nak singgah Kellie's Castle tapi tak jadi disebakan tok laki aku dimomokkan dengan cerita tak best. Sabar jelah.

Hujan turun di satu dia kawasan masa dalam perjalanan. Ingat nak singgah RnR Tapah untuk charge kereta tapi terlajak pula. adoi. Kereta tunjuk bakteri ada lagi 17%. Kami tawakal je cari dalam apps charger terdekat.

Alhamdullilah kami sempat singgah Behrang SB Layby. Ada plug yang kosong. Charge dia boleh lah.. tak berapa laju tapi dia DC tau. Elektrik dia tak stabil. itu lah kelemahan charge kat Malaysia ni. Sabar je lah. Kami charge 50% je untuk cukup sampai rumah. Nanti lepas tu boleh charge kat rumah murah sikit :p

Sambil tunggu tu sempat lah kami gie solat kat surau Petron. Hentian ni takde surau. Sepatutnya dia dah upgrade lah sebab ramai kot singgah sini andai tapah penuh.

Macam biasa, kalau dah lepak RnR ke hentian ke memang ibu abah dia kena paw lah. Macam-macam pula mereka minta. Kita layankan aje sebab bila sejuk hujan aku pun jadi lapar.

Selesai semua.. moh lah kita balik.


Tah bila diaorang buat macam ni. Toleh belakang.. Subahanallah. sabar jelah nak. patut sepanjang jalan lepas berhenti diaorang diam je. Nasib lah abah dia bawa santai-santai je. 

Bantal tu memang diaorang bawa andai kena tidur luar. bantal busuk masing-masing.

Selasa, 17 Februari 2026

First Time Derma Darah

Menderma darah adalah satu bentuk sedekah yang sangat tinggi nilainya dan akan diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah

- Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi -

...................................................................

Yup..

Ini first time aku derma darah ye. Selepas berpuluh tahun tak boleh nak derma.

Kenapa tak boleh? Sebab berat badan tak cecah 45kg.

Dari zaman kat U aku tunggu peluang ini. Akhirnya buat julung-julung kalinya aku berjaya dan aku bangga dengan diri sendiri.

Kalau kita chat GPT apakah kelayakan untuk menderma darah. Mesti dia bagi tahu

1) Berat badan kena 45kg ke atas (akhirnya cecah juga. yes!!!)

2) Sihat tubuh badan (of cozzzz)

3) Usia 18 - 70 tahun (ok masih dalam lingkungan ini)

4) Cukup tidur

Tang cukup tidur tu memang aku tidur awal malamnya. Kenapa kena cukup tidur kalau nak derma darah? Wajib untuk mengelakkan kesan sampingan seperti pening, pitam, muntah atau pengsan.

Lagi satu yang penting, kena makan sarapan pagi sebelum derma darah. kalau tak mau pengsan kat situ juga. Sebab tu kalau kita kata tak sarapan dia tak bagi derma darah.

Alhamdullilah pengalaman first time aku ni tersangatlah berjalan lancar.

macam tengah jawap exam pula 😅

Sebelum ambil darah tu ada lah SOP yang kena buat.

Kita kena isi borang untuk declare mengenai kesihatan kita. Kena lah jujur. antara soalan dia yang paling penting adalah mengenai hubungan seks. Kena jujur ye. yelah.. kita kan nak bagi darah kita kat yang memerlukan. Kalau tak jujur andai lah kita bawa penyakit yang merbahaya kan menyusahkan banyak pihak dan kita juga menzalimi orang lain. Nauzubillahiminzalik

Lepas tu dia akan ambil sample darah untuk tengok jenis darah kita. Walaupun kita dah tahu jenis darah kita, tetaplah kena test juga. Aku golongan darah A

Kamudian, ambil bacaan hemoglobin (hb) pula. Ni kalau tak lepas memang tak leh derma darah. Berapa paras hemoglobin (Hb) yang ditetapkan untuk penderma darah di Malaysia?

1) Lelaki -  13.5 g/dL hingga 18.0 g/dL

2) Perempuan - 2.5 g/dL hingga 18.0 g/dL

Aku punya ngam-ngam 2.5 g/dL. kenapa pula kena test hb ni? sebabnya dia nak elakkan anemia atau komplikasi kesihatan seperti pening dan pitam. Tahap Hb yang sihat untuk menjamin kualiti darah yang didermakan serta keselamatan penderma.

Darah aku depa amik 350ml je. Sikit je. tapi tang yang lelaki diaorang sedut sampai 450ml 😝

Berapa jumlah darah yang diambil pun sebenarnya ikut berat badan juga. Kalau berat macam aku ni dari 45kg - 50kg dia ambil 350ml je. Lebih 50kg kenalah 450ml.

Lupa pula.. sebelum ambil darah tu, nurse akan suruh kita minum air dulu. Minum air sebelum derma darah sangat penting untuk mencegah darah menjadi pekat dan juga untuk melancarkan aliran darah serta tak nak kita rasa pening, loya atau pitam. Minum air kosong juga untuk memastikan isipadu darah mencukupi dan menggantikan cecair badan yang akan hilang.

Selesai semua tu jom lah kita derma darah. Tak lama pun prosedur tu. Aku rasa dalam 10 minit je kot. Sorry aku tak tengok jam masa ni tapi serius kejap je. Lepas dah selesai.. nurse pun dah buka jarum, nurse akan still suruh kita baring dulu 10 minit untuk pemantauan.

Sakit masa nak cucuk je. tak terasa pun darah tu keluar. tau-tau dah penuh

Dengan rakan sebaya. Aku je gegirl yang menderma darah kali ni.

Kalau semua dah selesai, kita pun dapat lah roti dan air coklat dari nurse. yeyeyeye

So untuk derma darah selepas ni gap dia 3 bulan ok. Boleh lah aku masukkan jadual sebagai aktiviti kemasyarakatan aku nanti. Insya Allah.

Andai ingin meminjamkan bahu sebentar

 اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ (Allahumma inni a’u...