Jumaat, 30 Disember 2011
Kira kaki.. uji matematik anda
Pertolongan Pertama Mangsa Stroke
Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan efek sampingan apapun.
Sebagaimana diketahui, orang yang mendapat serangan STROKE, seluruh darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja, maka pembuluh d! arah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi
sedikit.
Khamis, 29 Disember 2011
Darah Tinggi Semasa Hamil
Usia perkahwinan mereka telah mencecah 3 tahun lebih dan baby itu merupakan anak sulung selepas keguguran pada 2010. Sedih aku dengar cerita kak rin.
Ceritanya ringkasnya begini...
Hari jumaat lalu, dia pergi klinik sebab darah tinggi dia naik. then doktor bagi dia ubat. aku tak pasti klinik mana yang dia pergi, yang pasti bukan klinik/hospital kerajaan.. So dia makan lah ubat itu. Masuk hari ahad, dia rasa baby dia tak gerak tapi dia ingat yang baby dia tido. Kak rin buat biasa ajelah. Then isnin pagi dia dah rasa lain macam.. rasa tak sedap hati so dia pergi klinik balik. That time doktor sahkan yang baby dia dah tak bergerak dan tiada nadi.
Now sehingga artikel ini di taip, baby itu masih ada dalam perut kak rin. Doktor tak dapat nak keluarkan baby tersebut sebab bacaan tekanan darah tinggi dia sangat tinggi. Kalau bedah juga ia akan menyebabkan pendarahan yang banyak. so doktor bagi tempoh sampai 02/01/2012 baru boleh keluarkan baby dia.
Dari sumber suami dia.. husband kak rin satu tempat keje dengan aku dulu.. Kak rin asyik nagis jer, usap-usap perut dia, husband dia pun nagis jugak. Iyalah kan.. Kak rin dah lah susah nak dapat baby. Bila dah dapat, datang dugaan macam ini pulak. Kalau aku di tempat kak rin pun memang aku dah meraung bagai. Macam mana nak terima keadaan begitu.. Dengan baby yang dah meninggal tapi still ada dalam perut. boleh bayangkan tak kalau kita kat tempat dia??
Walau macam mana pun.. kak rin kene turunkan tekanan darah tinggi dia sebab kalau biar baby tu lama-lama, boleh effect pada rahim dia. Takut pulak aku dengar. Kalau dah effect rahim, kena jangkitan dah jadi cerita lain pulak.
Aku doakan segalanya selamat. Risau aku kalau benda-benda macam nie terjadi pada orang-orang di sekeliling aku. aku tak pandai nak memujuk dan memberi kata semangat. Sebab aku tahu, perasaan dan pemikiran orang yang mengalami tidak sama dengan perasaan orang yang melihat. Bagi kata-kata semangat dan mensabarkan orang memang senang, tapi bila dah alami entah-entah kita lagi teruk dari itu.
Cuma doa sahaja dapat aku hadiahkan agar dia boleh terima ketentuan Allah. Bersyukur yang dia dah ada penyelamat di akhirat kelak.
So aku ada baca satu artikel pasal Darah Tinggi Semasa Hamil.. dapatlah tambah ilmu sedikit sebanyak. Sebagai panduan dan pemahaman.
Sabtu, 24 Disember 2011
Kene tinggal
Masa nak balik, hajat di hati nak singgah kedai mamak presint 9 untuk makan roti canai. Sampai bawah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ,tiba-tiba kereta kami kene tahan dengan 2 orang budak. Cuak aku jadinya. Husband berhentikan kereta dan tanya kenapa.Risau juga kot-kot ada eksident jer.. Sambil nagis-nagis budak tu jawap dia kene tinggal kat masjid tu. Mintak kami hantar dia balik.. Tiba-tiba aku teringat kisah-kisah kurang baik dalam internet. Macam mana diaorang guna budak untuk rompak kereta. Takut aku jadinya. So aku suruh jer husband aku hantar budak berdua tu kat pak guard di masjid.
Memang time tu aku berdoa banyak-banyak ar. manalah tahu kot-kot diaorang berniat jahat. Bila husband aku sampai kereta balik, dia bagi tahu yang pak guard takde. Husband suruh diorang duduk situ dulu sebab nak hantar kakak ipar aku balik iyalah kan kereta kelisa, mana muat nak masuk ramai-ramai. Siap husband aku pesan kat budak berdua tu, duduk situ jangan gie mana-mana. Jangan cakap dengan orang lain kecuali par guard. Baik tak husband aku? hee hee
Sampai balik kat masjid lepas hantar kakak ipar aku, nampak ar budak tu kene kerumun dengan orang. Ingatkan siapa rupanya AJK Masjid. Diaorang tanya husband aku macam mana nak buat? Husband aku bagi tahu yang kitaorang nak bawak budak berdua nie gie balai polis.
Kesian jugak aku tengok budak berdua tu. Nagis ajer. Yang sorang tu dah macam nak pengsan. Sorang umur 8 tahun, sorang lagi 9 tahun. Dah penat agaknya berpusing-pusing satu masjid. nampak mereka macam penat sangat.
Alhamdullilah, sekarang budak-budak tu ada di balai polis. dan macam biasa husband aku pun buat report.
Jumaat, 23 Disember 2011
Kene gigit!!
kesian anak ibu.. huu huu huu |
Selasa, 20 Disember 2011
Kecoh betul! - Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Isnin, 19 Disember 2011
Rabu, 14 Disember 2011
Presint 18R8 - Forum Maal Hijrah 1433
Selasa, 13 Disember 2011
LARIAN JOM! KITAR SEMULA 2011
Isnin, 12 Disember 2011
Tak Nak Merokok
Tadi aku keluar makan dengan member di Cyberjaya. Masa aku nak cuci tangan lepas makan aku nampak lah dua orang perempuan.. cantik sangat.. ayu berbaju kurung dan bertudung tapi.. yang tak bestnya kat tangan tengah pegang rokok. oh.. sayang kan.
Wanita melayu kini semakin parah.. adakah ini semua harga yang perlu dibayar sebagai tukaran sebuah pemodenan? Tinggi sungguh nilainya. Kalau lah aku dapat bayar harga semua ini.. aku mahu kembali ketika rokok mula-mula wujud di dunia. Aku nak letupkan kilang rokok itu. tapi mustahilkan?
Aku terfikir.. aku ada anak perempuan.. dan aku tak sanggup melihat keadaan begitu terjadi pada dia. Nauzubilliah. Bolehkah aku bertahan dan bersabar dalam mendidik Nur Ikhlas dalam zaman yang penuh ranjau dan duri ini? Insya Allah.
Khamis, 8 Disember 2011
Prosperity Burger - Kini kembali haa haa haa
Rabu, 7 Disember 2011
TAHNIAH!!!
Selasa, 6 Disember 2011
Hari Keluarga BPAD - Paya Indah Wetlands
Ini pun sebab terpaksa.. aku malas nak bagi surat tunjuk sebab yang sekiranya aku bagi... sah-sah semua isi kandungan dalam surat itu tipu belaka. Macam dah tak sanggup nak tipu big bos.. hee hee hee
kira ok lah pergi hari keluarga nie.. dapat bawak Nur Ikhlas berjalan-jalan..
So hari sabtu, kami menghabiskan separuh hari di Paya Indah Wetlands, Dengkil
Dah tahu panas tapi tak mahu pakai topi... ada mainan tapi stokin tu jugak yang dia kejar..
Semua gambar di atas :
Husband aku tengak syok layan si badut..
gambar badut tak der sebab dia malu haaa haaa haa
Dan akhirnya.. setelah selamat sampai rumah... Nur Ikhlas pun demam..
Alangkah...
Jumaat, 2 Disember 2011
Rabu, 30 November 2011
Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?
Cerita nie aku dapat dari inbox email aku (14/01/2010)
Gerun bila aku baca story nie. Minta jauhkan perkara buruk dari Nur Ikhlas. Nauzubillah..
Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?
Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..
Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.
Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.
Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.
Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.
Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.
Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.
Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.
Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!
Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya
“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”
!!!!!!!!!
Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukar kan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.
Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.
Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.
Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..
Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..
Selasa, 29 November 2011
Pop Shuvit ft Man Bai - Seperti Syurgamu
Ulang Chorus
Ulang Chorus (2x)
Jumaat, 25 November 2011
Hadiah Birthday dari Husband... ohh terharu!!!
Khamis, 24 November 2011
Happy Birthday!!
Terima kasih kepada adik beradik
Semoga Allah akan membalas segala kebaikan dan keperihatinan semua saudara se islam ku
Doakan aku sentiasa di lindungi dan dirahmati Allah.
Kipas-Susah-Mati
Ok.. Ok..
Jeng.. jeng.. jeng
walaupun dia dah kahwin.. aku tetap Kipas-Susah-Mati dia
LOVE U DUTA!!!!
Rabu, 23 November 2011
kene naik berat badan???
Selasa, 22 November 2011
Komen aku pasal perlawanan bola malam tadi
ye aku tengah bengang sekarang..
alangkah...
macam pelik jer sebab aku selalu kene sound dengan bos.. nape ek? Maybe aku selalu salah time. Hee hee
Ok lah aku bukan pekerja yang bagus. bukan juga pekerja pilihan. dan aku pun tak reti nak membodek bos nie.. kiranya macam low profile ar.. tak perlah aku anggap jer aku selalu tak bernasib baik.. boleh ker??
Untuk bos aku yang suka meng sound aku.. tahukah puan yang saya...
1) tak pernah kuar opis dok jalan-jalan merayap dari pagi sampai petang macam orang lain. tapi time saya amik anak bawak klinik boleh pulak puan sedar akan kehilangan saya. p/s : setiap kali saya kuar opis saya amik sain pengarah lagi tapi orang lain main kuar jer..
2) saya dah tak bukak FB kat opis dan tak penah chat pun. p/s sebab FB kene block even sebenarnya saya boleh jer buat jahat.. tapi orang lain bukak puan tak sound pun macam puan sound saya dulu2.
3) saya tengok korea tapi kerja saya tetap jalan. sebab cite korea kat pc nie tersangkut-sangkut p/s puan sedar @ x yang keje kat department nie bosan sangat tahap dewa??? memang saya nak tukar tempat lain tapi xde post pulak.
4) Saya 9 jam duduk kat atas kerusi nie tak pergi mana-mana.. tak pernah lewat datang opis p/s : yang nie puan tak nak bagi penghargaan ker???
Tak per lah memang salah aku lah sebab tak pandai cover macam orang lain. Maklumlah dulu-dulu keje macam kuli batak sampai jam pun tak sempat nak tengok. Mana reti nak ber FB ker.. ber KOREA ker.. so macam jobo sikit ar.. hee hee hee
Nampak gayanya kene jadi macam DEQ SU yang dulu ar.. tapi berani pulak ker bos aku nak terima aku yang dulu??
Bosan ar wei dapat bos mata macam burung helang nie. sebab tu aku tak boleh jadi bos kot sebab aku tak sampai hati nak sound anak buah aku. Bagi aku janji kerja siap dah ler.. dan jangan buat masalah sampai naik nama kat big bos. Kata orang pandai buat pandai simpan. Jangan amik rasuah, jangan edar dadah, jangan buat maksiat, jangan amik along dan segala jangan yang boleh menyusahkan aku kelak. huu hu huuu
Anak buah aku yang sorang nie pun aku tak pernah nak kawal. alasannya pertama sebab dia lelaki dan aku fobia keje dengan lelaki. kedua, keje dia bagus so kenapa aku nak perhati sangat? ketiga dia nie popular sangat so aku cepat bosan dengan orang popular nie.
Aku kene ubah cara kerja lah nie ye.. kene merayap-rayap, kene ber FB, kene membodek, kene datang lambat, kene lepak kedai makan lama-lama, kene tido, kene huha huha..so nanti takde lah bos sound kot. atau pun aku kene BLAH jer dari tempat nie.. hee heee so takdelah bos aku tu macam sakit hati tengok aku kat sini.. agaknya lah
Jumaat, 18 November 2011
Esok Insya Allah, nak balik rembau ambil mak ngan ayah. duduk kat umah aku seminggu. Next week nak pergi batu berangkai, kenduri kahwin adik abang ngah.
Macam rasa nak cuti isnin nie.. nak melawat dian nathrah.. Hati aku sayu sangat bila mengenangkan dian. Aku selalu baca dalam blog orang lain pasal hal anak mereka. Semua cerita sedih. Dilanda dugaan yang hebat. Anak sekecil itu menaggung derita yang aku sendiri belum tentu dapat menghadapinya. Memang sedih sangat-sangat. Aku doakan yang terbaik buat mereka.
Selalu aku berdoa mohon Allah memberi kesihatan buat Nur Ikhlas. Sebab aku bukan seorang ibu yang kuat dan aku tak mampu untuk menghadapi dugaan yang begitu besar.
Bila aku tengok anak-anak ini, aku insaf sangat-sangat. Selalu aku mengeluh bila di dalam kesukaran tapi aku tak sedar yang sebenarnya ada lagi yang lebih sukar hidupnya dari aku.
Ye.. aku bukan tergolong dalam golongan yang kaya.. sederhana pun bukan. hidup aku sekeluarga sukar. Dah terlalu banyak air mata yang mengalir. Dulu aku tak suka dengan ketentuan Allah ini. Namun, bila semakin besar.. aku menilai dari sudut yang berbeza.
Dugaan yang Allah beri pada aku cumalah sedikit sangat dan aku sebagai hambaNya begitu kurang ajar mempersoalkan hukum Allah. Betapa jahilnya aku. betapa tidak mengenang budi.
Insya Allah aku akan belajar dari kesilapan ini.
Buat dian natrah.. tak banyak yang dapat auntie bantu kamu sayang.. auntie tak sanggup nak tengok dian hadapi semua itu. rawatan kimo.. dengan jarum yang banyak.. hari-hari auntie ingat kat dian. Nampak Nur Ikhlas teringat kat dian. Tengok mama dian, auntie sedih sangat. Auntie tahu kawan auntie susah nak dapatkan dian dan bila dian hadir dalam hidupnya, dia terpaksa menhadapi kemungkinan kehilangan dian. Auntie mohon pada Allah, kalau di takdirkan dian melihat dunia ini dengan lebih lama maka sembuhkan dian tapi kalau kehidupan itu akan menyebabkan dian derita berikanlah jalan yang terbaik buat dian. Auntie juga tahu yang mama dian tabah sangat. Walaupun dia sebenarnya seorang yang lurus bendul dan baik hati. dia kuat gelak dan kelam kabut tapi dia ibu yang sangat cantik.
Dian kene kuat sebab nanti dian boleh main dengan Nur Ikhlas kan.. Auntie sayang dian selalu.
Selasa, 15 November 2011
Dinner @ Puteri Garden, Klang
Isnin, 14 November 2011
Munculnya gigi Nur Ikhlas
budak kecik nie pun
dah pandai bergaya
asal hala kemera kat dia
siap posing lagi
huu huu
Sekarang dah boleh tinggal kat ruang tamu sorang-sorang
dah tak nagis
so senang sikit nak buat keje
tapi kalau tengok dia senyap semacam
baik cepat-cepat tengok dia
mesti ada benda 'nakal' dia buat
pagi tadi hampir-hampir
cermin mata ibu nak dikopak Nur Ikhlas
alangkah...
Ahad, 13 November 2011
Greyson Chance Perfoming on AIM featuring Najwa Latif LIVE in Malaysia
Jumaat, 11 November 2011
11.11.2011
Kalau dapat family macam family aku
hampeh jer nak ingat tarikh
tak kira ar..
tarikh lahir ker
tarikh anniversery ker..
buat dek jer diaorang
terutama husband tercinta
takder nye tersimpan dalam memori dia
huu huu huu
janji semangat kekeluargaan erat dan kukuh..
opsss..
nie bukan nak kondem sapa-sapa ek
just catatan seorang wanita yang dok fikir
apakah kepentingan
11.11.11?
????
Rabu, 9 November 2011
The book "Understanding Women"
Selasa, 8 November 2011
First time aku buat Malaysia Passport
"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere." - Erma Bombeck - ........................
-
Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim... Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. ka...
-
Travel is more than the seeing of sights; it is a change that goes on, deep and permanent, in the ideas of living.” - Miriam Beard - ..........
-
“If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” Michele Ruiz .......................................