Baru kejap tadi aku menerima satu berita yang menggejutkan.. Baby kak rin dan pian meninggal ketika berusia 7 bulan dalam kandungan ahad lepas. innalillahiwainnailaihirojiun..
Usia perkahwinan mereka telah mencecah 3 tahun lebih dan baby itu merupakan anak sulung selepas keguguran pada 2010. Sedih aku dengar cerita kak rin.
Ceritanya ringkasnya begini...
Hari jumaat lalu, dia pergi klinik sebab darah tinggi dia naik. then doktor bagi dia ubat. aku tak pasti klinik mana yang dia pergi, yang pasti bukan klinik/hospital kerajaan.. So dia makan lah ubat itu. Masuk hari ahad, dia rasa baby dia tak gerak tapi dia ingat yang baby dia tido. Kak rin buat biasa ajelah. Then isnin pagi dia dah rasa lain macam.. rasa tak sedap hati so dia pergi klinik balik. That time doktor sahkan yang baby dia dah tak bergerak dan tiada nadi.
Now sehingga artikel ini di taip, baby itu masih ada dalam perut kak rin. Doktor tak dapat nak keluarkan baby tersebut sebab bacaan tekanan darah tinggi dia sangat tinggi. Kalau bedah juga ia akan menyebabkan pendarahan yang banyak. so doktor bagi tempoh sampai 02/01/2012 baru boleh keluarkan baby dia.
Dari sumber suami dia.. husband kak rin satu tempat keje dengan aku dulu.. Kak rin asyik nagis jer, usap-usap perut dia, husband dia pun nagis jugak. Iyalah kan.. Kak rin dah lah susah nak dapat baby. Bila dah dapat, datang dugaan macam ini pulak. Kalau aku di tempat kak rin pun memang aku dah meraung bagai. Macam mana nak terima keadaan begitu.. Dengan baby yang dah meninggal tapi still ada dalam perut. boleh bayangkan tak kalau kita kat tempat dia??
Walau macam mana pun.. kak rin kene turunkan tekanan darah tinggi dia sebab kalau biar baby tu lama-lama, boleh effect pada rahim dia. Takut pulak aku dengar. Kalau dah effect rahim, kena jangkitan dah jadi cerita lain pulak.
Aku doakan segalanya selamat. Risau aku kalau benda-benda macam nie terjadi pada orang-orang di sekeliling aku. aku tak pandai nak memujuk dan memberi kata semangat. Sebab aku tahu, perasaan dan pemikiran orang yang mengalami tidak sama dengan perasaan orang yang melihat. Bagi kata-kata semangat dan mensabarkan orang memang senang, tapi bila dah alami entah-entah kita lagi teruk dari itu.
Cuma doa sahaja dapat aku hadiahkan agar dia boleh terima ketentuan Allah. Bersyukur yang dia dah ada penyelamat di akhirat kelak.
So aku ada baca satu artikel pasal Darah Tinggi Semasa Hamil.. dapatlah tambah ilmu sedikit sebanyak. Sebagai panduan dan pemahaman.
Khamis, 29 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
First time aku buat Malaysia Passport
"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere." - Erma Bombeck - ........................
-
Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim... Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. ka...
-
“If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” Michele Ruiz .......................................
-
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan