Memaparkan catatan dengan label Ilman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilman. Papar semua catatan

Ahad, 28 Disember 2025

Hari Anugerah Sek Rendah 2025

 Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"

-Albert Camus-

......................................................................................



Alhamdullilah rezeki untuk si kecik ni.

Tahniah bulan ibu. Teruskan usaha. tolong lah kurangkan main game tu :p

Tinggal dia seketul je nanti kat sekolah rendah

Cepat betul masa berlalu kan.

Selasa, 21 Januari 2025

UPKK dan Influenza A - Semoga dipermudahkan semua urusan. Amin

 “Breathe. Let go. And remind yourself that this very moment is the only one you know you have for sure.”  

- Oprah Winfrey - 

.....................................................................................

ya ampun.. blog dah start ada sawang.

Actully aku dengan anak bungsu baru baik dari Influenza A. Ya Allah.. dugaan awal tahun. sungguh-sungguh menguji emosi.

Buka tahun 2025, si abang demam. Sungguh kalut lah kami sebab dia nak exam UPKK. 

Satu malam tu macam biasa sebelum dia tido memang dah bagi makan ubat demam. Si abang ni kalau dia demam memang aku aku kena tido-tido ayam lah sebab kadang-kadang dia akan meracau. 

Sungguh! demam dia kali ni dia meracau yang sangat menakutkan. Dok sebut takut.. takut.. kita pun peluk lah dia. Ajak dia mandi sebab badan dia panas sangat.. Dia meracau buka mata tau.. Tengah dok peluk tu. dia siap selawat.. baca ayat kursi. Tiba-tiba dia boleh iqomat kuat-kuat kat tengah rumah. Habis semua bulu roma aku naik.

Panik jangan cakap lah. Habis iqomat tu dia macam reda sikit. Apa lagi bawa dia ke bilik air.. siram sikit-sikit. time nie aku amik kesempatan lah mandikan dia siap bershampoo bagai.

Aku tido sebelah dia lepas tu sebab risau dia jadi balik. Alhamdullilah, esoknya dia reda tapi masih belum kebah. 06/01/20515 dapatlah dia amik exam upkk.

Malam sabtu 04/01/2025, si adik demam pula. dengan aku sekali rasa tak sedap badan. Isnin masa abang gie exam, aku bawa si adik gie klinik. Test dia pula.. nahhh Influenza A. Aku dapat MC isnin je then doktor bagi aku surat kuarantin selasa sampai jumaat.

Berkurung lah kami berdua dalam bilik. si abang memang aku tak bagi masuk langsung sebab dia tengah exam. si kakak asyik dok menjenguk. sejenis tak leh hilang maknya. Hangin je aku. banyak kali cakap tak yah masuk nanti berjangkit. Tak dengar kata sungguh.

Alhamdullilah kami semua dah sembuh.

Kali ni gie klinik belanja aku hampir mencecah RM300. Ubat influenza tu sungguh mahal betul. Takpe lah demi kesihatan anak.

Korang doakan aku dan keluarga sihat selalu ye. Aku doakan korang dan keluarga sentiasa sihat dan ceria. Serta dipermudahkan semua urusan bagi tahun 2025 ni. Amin




Ahad, 20 Oktober 2024

Replica of my house, Year 3 English

 “Home is where one starts from.” 

 - T.S. Eliot - 

..............................................................................................


Ingat tak aku ada  mention pasal projek si kecik ni kat sini?

Taraaaaa

inilah projeknya



buat replika rumah untuk subjek english.

14 September ari tu cikgu dia masuk dalam gorup whatsup kalau ada sesiapa yang sudi buat replika rumah. Macam projek cuti sekolah lah.

so kita pun bersemangat lah nak join.

Tapi buat slow-slow je. 

Bab potong memotong memang maknya lah.

Si kecik ni tolong bab gam dengan semua tulisan untuk tanda dan nota.

Bila cikgu tengok ramai pula yang join makin bertambah seronok cikgu. Buat pameran kat dewan. Guru besar minta semua kelas dari darjah 1 sampai darjah 3 (sesi petang) turun untuk tengok pameran.

Cikgu yang jadi juri pun dah rambang mata nak bagi markah.

Happy betul guru besar. Cikgu english pun tak sangka ramai parents yang nak join.





Cantikkan replika diaorang no

Hebat-hebat ciptaannya. Sangat Kreatif!

Alhamdullialh.. rumah replika kami dapat no 7.

tapi hadiah dia si kecik ni bolot sorang-sorang ye

hmmmmmmmmmm

Sabtu, 12 Oktober 2024

Hari Sukan Negara HSN 2024 - aktiviti mereka di sekolah

CERGAS BERSAMA

-HSN 2024 -

.............................................................................................



 HSN disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.


Tahun ni meriah sikit anak-anak sambut HSN 2024 kat sekolah.


Sekolah kakak macam biasa lah.. dengan fun walk nya. Then macam biasa juga dia masuk bertanding catur

Tahniah sebab jadi juara di sekolah tu.


Kelas si abang buat permainan bowling kelapa. takde pula cikgu dia bagi gambar.


Untuk darjah 3, ada 3 pertandingan. Isi air dalam botol. bawa bola dalam sudu dengan leret bola berhalangan. Adik masuk acara no 3 tu. Dapat lah no 5. ok lah tu

Ahad, 14 Januari 2024

Johnny, Drone DJI, UKK dan Puding Karemal

Ketika Allah belum mengizinkan kita mendapatkan yang kita minta. Sesungguhnya Dia tengah menyuruh kita mensyukuri apa yang telah kita miliki.

............................................................................................

Shuben nak beli drone. Berminggu-minggu dia survey kat media sosial mengenai drone. Sampai aku yang muak dengar benda tu.

Sabtu decide nak tengok yang real punya. nak tengok depan mata katanya.

so pilih nak pergi DJI kat IOI Putrajaya atau kat One Utama.

Disebabkan mereka tak pernah lagi pergi One Utama.. moh lah kita bawa jalan-jalan ke sana.

of coz keluar sebelum tengahari sebab aku malas nak masak..

sampai sana kita cari makan kat Johnny's 

Selalu kalau keluar asyik lah makan fast food. Maknya dah naik bosan. Kali ni kita cuba ubah selera.




Next port kita pun mengharungi orang yang ramai ke kedai DJI di level LG. Sedang elok sampai, orang kedai tu kata kejap lagi ada bengkel outdoor untuk tunjukkan macam mana drone dji ni berfungsi. 

So shuben kita haruslah join kan. 

Ibu dengan senang hati meninggalkan dia dan membawa 3 askar berjalan-jalan sebab selain drone kami juga nak cari hadiah untuk BFF nur ikhlas.

Malangnya hadiah tak dapat tapi duit ibu tetap terbang sebab  beli mainan untuk mereka.

Drone??? Masih lagi shuben kata kena fikir dulu. Minggu depan nak ke IOI Putrajaya pula.

hmmmmmmmmmmmm



Dalam masa yang sama, JAIS bagi tahu yang keputusan ujian kelayakan khas (UKK) ke Tingkatan Satu Sekolah Agama Menengah (SAM) Muhammadiah, SAM Bestari dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi kemasukan 2024 boleh disemak.

Sepanjang 11hb hingga N3 ni ditulis, keputusan Nur Ikhlas masih status 'disemak'. dan kami rasa bahawa permohonan dia tak berjaya



Tanya dia.. "kakak ok tak ni?" dia jawap di Ok je dan dia redha...

tapi....

Hati seorang ibu.. gundah gelana bila Nur Ikhlas tak berjaya untuk menduduki ujian UKK. Adakah ibu terlalu overthinking bila tengok Nur Ikhlas ceria semacam tapi ibu rasa dalam hati dia ada kesedihan yang dia cuba selindung.

semoga kamu kuat anak ku..

last but no least...

Nur Ikhlas's first caramel pudding... sedap!!!

Rabu, 28 Disember 2022

Mother Son Date

 You don’t raise heroes, you raise sons. And if you treat them like sons, they’ll turn out to be heroes, even if it’s just in your own eyes.

-Walter M. Schirra, Sr.-

....................................................................................................................................................................


wahhh.. bukan main seronok budak berdua ni bila kakaknya tiada.


Nak dijadikan cerita sabtu 17/12/2022 kakak ikhlas pergi jamuan birthday kawan dia. Seminggu sebelum tu lagi nur ikhlas bagi tahu yang kawan dia jemput datang rumah. So aku dengan penuh excited pun belikan lah hadiah birthday untuk kawan dia. jadi meriah sakan lah dia makan makan dengan jayanya.


aku ni pula kesian dengan 2 budak nie. selalu kena tinggal dengan kitaorang.


Ilyas dengan Ilman pula sebenarnya dah banyak kali bagi tahu aku yang baju dan seluar mereka dah 'habis'. banyak yang dah kecil dan seluar banyak yang koyak dibahagian lutut. Aku pula jenis yang time nak beli tu takde masa. nak beli online macam rasa tak selamat. akut kecil.. takut besar.. takut tak sesuai,


jadi aku pun grab peluang nie nak bawa mereka cari baju dan seluar kat kedai MU simpang empat ni. Petang tu lepas hantar kakak ikhlas kat rumah kawan dia. so time mother son date pula.


Nak cari baju untuk budak lelaki dua ketul ni payah ok. lagi payah dari cari baju Nur Ikhlas. oiii demand tinggi. tak nak macam ni.. nak yang sejuk. seluar tak nak macam tu. Cari baju tu pun dah hampir sejam ye. Kejap amik.. kejap letak.. nak test dulu. nak rasa kain dia. sebijik macam ayah dia. cerewet.


last dapatlah sorang 2 pasang. jadilah dari takde.


next makan time. aku bawa diaorang lepak kat Bask Bear Coffee. sebelah kedai MU tu je. Order Mocha Choca frappe, cheezy crispy chicken dengan muffin coklat. disebabkan diaorang nie aku tak pernah lagi bawa ke tempat macam tu. so aku try order setiap satu tu satu je dulu. takut diaorang tak makan. Diaorang nie dengan makanan pun cerewet. Tapi Alhamdullilah.. suka benar diaorang dengan cheezy crispy chicken tu. so aku tambah lagi satu. seronok pula aku tengok diaorang makan habis semua tu. 


Habis selesai.. dah jom balik ambil kakak kat rumah kawan dia. end of our mother son date




Isnin, 26 Oktober 2020

PERCUTIAN KE- 2 TAHUN 2020


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a”

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

(Surah Ibrahim: 40)

...................................................................................................................................................

Actually ini kali ke dua kami ke Amverton Heritage Resort Melaka. Ada kerja sikit di Melaka dan alang-alang tu bawalah family bercuti sekali.

Apa yang best nya kat sini? Pastinya taman tema air dia. Sesuai untuk anak-anak.

Bilik hotel agak besar juga. cukup untuk kami sekeluarga. Nak bentang toto pun ok.

Cuma makanan dia gak tak berapa menarik. tapi sesuai lah dengan harga yang di tawarkan.

Jenguk Agoda tadi harga dia still boleh dapat bawah RM100 perday.

Selain taman tema, dia juga ada gym dan tempat mainan kanak-kanak serta ATV.

Kalau dah bawak budak-budak nie memang kolam je tuju dia.

Gambar Google - Taman Tema Air

























Isnin, 21 Mei 2018

Ilman dan Hospital

30/11/2016.. 

ilman dimasukkan ke dalam icu kanak2 kerana pernafasan yang teruk. Bermula tarikh ini kehidupan kami berubah sangat-sangat.

Ilman masa mula-mula di serang batuk dan susah bernafas

Hari pertama ilman di dalam ICU memang ibu menagis sungguh. tengok dia berselirat dengan wayar. Serius ibu tak tahu macam mana nak cakap. Hati ini berdebar-debar setiap masa. Ibu tak sangka Ilman boleh seteruk ini. Berat sungguh dugaan untuk kamu.

Masa di ICU

Masa  di ICU

Bila doktor catu susu Ilman, hampir sejam ibu memujuk dan memeluk kamu. sehingga bengkak matanya. dari seorang yang debab Ilman jadi kurus sangat.

Ilman setiap hari tidak tinggal sedikit pun ubatnya. Still batuk. Kami selalu berdoa semoga Ilman semakin sihat dan dijauhi segala penyakit yang merbahaya.










Nagis ibu bila kenangkan balik semua ini. Ya Allah.. jauhkanlah kejadian seperti ini dari keluarga ku. Ibu benar-benar tak mampu nak hadapi semua ini sekali lagi.

Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...