Rabu, 28 Disember 2022

Mother Son Date

 You don’t raise heroes, you raise sons. And if you treat them like sons, they’ll turn out to be heroes, even if it’s just in your own eyes.

-Walter M. Schirra, Sr.-

....................................................................................................................................................................


wahhh.. bukan main seronok budak berdua ni bila kakaknya tiada.


Nak dijadikan cerita sabtu 17/12/2022 kakak ikhlas pergi jamuan birthday kawan dia. Seminggu sebelum tu lagi nur ikhlas bagi tahu yang kawan dia jemput datang rumah. So aku dengan penuh excited pun belikan lah hadiah birthday untuk kawan dia. jadi meriah sakan lah dia makan makan dengan jayanya.


aku ni pula kesian dengan 2 budak nie. selalu kena tinggal dengan kitaorang.


Ilyas dengan Ilman pula sebenarnya dah banyak kali bagi tahu aku yang baju dan seluar mereka dah 'habis'. banyak yang dah kecil dan seluar banyak yang koyak dibahagian lutut. Aku pula jenis yang time nak beli tu takde masa. nak beli online macam rasa tak selamat. akut kecil.. takut besar.. takut tak sesuai,


jadi aku pun grab peluang nie nak bawa mereka cari baju dan seluar kat kedai MU simpang empat ni. Petang tu lepas hantar kakak ikhlas kat rumah kawan dia. so time mother son date pula.


Nak cari baju untuk budak lelaki dua ketul ni payah ok. lagi payah dari cari baju Nur Ikhlas. oiii demand tinggi. tak nak macam ni.. nak yang sejuk. seluar tak nak macam tu. Cari baju tu pun dah hampir sejam ye. Kejap amik.. kejap letak.. nak test dulu. nak rasa kain dia. sebijik macam ayah dia. cerewet.


last dapatlah sorang 2 pasang. jadilah dari takde.


next makan time. aku bawa diaorang lepak kat Bask Bear Coffee. sebelah kedai MU tu je. Order Mocha Choca frappe, cheezy crispy chicken dengan muffin coklat. disebabkan diaorang nie aku tak pernah lagi bawa ke tempat macam tu. so aku try order setiap satu tu satu je dulu. takut diaorang tak makan. Diaorang nie dengan makanan pun cerewet. Tapi Alhamdullilah.. suka benar diaorang dengan cheezy crispy chicken tu. so aku tambah lagi satu. seronok pula aku tengok diaorang makan habis semua tu. 


Habis selesai.. dah jom balik ambil kakak kat rumah kawan dia. end of our mother son date




3 ulasan:

  1. Best tu dapat shopping dgn ibu.
    Jadi kenangan bila dewasa.
    Budak2 lelaki kdg memang cerewet sikit pilih baju.
    Sebab tu Kak Sam takut nak beli2 tanpa bwk dorang sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak.. kalau main beli je mau ada yang tak pakai baju tu.. bukan citarasa katanya..

      Padam
  2. setakat ni anak-anak bujang ammi belum cerewet lagi...dia main pakai je apa yg maknya ni beli. Dah bujang remaja sok taktaulah pulak camna

    BalasPadam

Wordless Wednesday #14