Selasa, 2 Februari 2021

PDPR is Homeschooling

 Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

Joseph Conrad

.............................................................................................................................................


Sungguh aku struggle menghadapi norma baru ini. Sangat memenatkan! secara fizikal dan mental

Aku bab mengurus masa memang agak fail. Dari kecil sampai dah nak masuk 40-an ni. Aku bukan jenis boleh buat dua kerja dalam satu masa. Jadinya bila aku kena kerja dan dalam masa yang sama aku perlu beri perhatian pada pembelajaran dan pengajaran anak-anak.. serius aku stress.

Bukan selama ini aku tak ambil perhatian pada pelajaran anak. cuma sekarang aku macam tak boleh nak terima perubahan itu. Life aku jadi kucar kacir

Dalam otak ini asyik berfikir yang mana aku perlu buat dahulu. yang mana aku perlu selesaikan. Buat yang ini tertinggal yang itu.

Tahun lepas pelajaran anak aku memang teruk sangat. 366 hari berlalu begitu saja. Pelajaran Ikhlas semakin teruk. Semua subjek jatuh menjunam. Belum lagi dengan Ilyas yang memang agak ketinggalan. 

Aku harap sangat tahun ini aku boleh buat perubahan. Aku cuba bawa suasana bilik darjah dalam rumah. Aku susun atur bilik belakang untuk persediaan pembelajaran. Aku cuba sediakan peralatan yang secukupnya. Cuba untuk membahagi masa dengan betul.

Senang kata aku cuba terapkan ciri-ciri homeschool pada mereka. Semoga usaha aku dan anak-anak boleh menjadikan kami semakin positif dan dapat melalui fasa baharu dalam kehidupan ini. Doakan kami ye.


wordless wednesday #1