Selasa, 25 Ogos 2020

Bento 17-19 Ogos 2020

“Kamu tidak perlu menjadi luar biasa untuk memulai, tapi kamu harus memulai untuk menjadi luar biasa.” 

- Zig Ziglar -
.................................................................................................................................................................


Hampir lapan bulan berlalu bagi tahun 2020. Sejak muhammad ilyas mula memasuki sekolah dan nur ikhlas semakin membesar, akak berusaha untuk menyiapkan bekalan makanan untuk mereka. Walaupun kadang-kadang tak sempat tapi akak akan cuba menyediakan sekadar mampu,

Mula berminat dengan seni bento bila budak-budak ni mula bersekolah tahun ini. Cuma lepas PKP tiba-tiba akak jadi rajin untuk semakin menghiasi bekal makanan mereka.

Akak cuka tengok you tube The Family Fudge. Akak boleh hadap video dia seharian. comel sangat dia buat. So dari dia kadang-kadang akak dapat sumber inspirasi nak buat macam mana. tapi tak lah secantik yang dia buat :P


So untuk minggu 17-19 Ogos 2020 akak just dapat buat dua kali je sebab isnin tu akak kena outsation. so abang just bagi duit belanja je. 


Masa nak balik, singgah RNR Dengkil untuk makan malam. tiba-tiba teringat yang anak-anak memang suka makan sate hj samuri ni. Akak pun rasa macam dah letih nak masak sebab dijangka sampai rumah pukul 11 malam so akak just fikir bekalkan diaorang sate je lah untuk esok pagi.

Time ni buah takde sebab stok buah dah habis dan akak tak sempat beli.


Untuk hari rabu, kakak ikhlas request murtabak meggi. dah lama tak makan katanya. Disebabkan akak pun takde idea nak buat apa. akak layankan aje. Melompat-lompat budak bertiga tu bila dengar ibunya nak buatkan murtabak meggi. 

Yang ini takde hiasan sebab akak betul-betul malas nak hias. haaa haa

Buah memang akan letak dangan kuantiti sikit. Budak-budak ni makan buah untuk cuci mulut je. Nanti balik sekolah petang, malamnya sambung melantak buah tu. sebab tu stok selalu habis.

Bekalan yang akak buat adalah untuk sekolah pagi. bila mereka balik nanti mereka akan makan nasi dekat rumah neneknya. Kadang-kadang kakak ikhlas akan rajin sediakan biskut atau apa-apa makanan untuk petang.

Hope usaha akak ini akan berpanjangan hendaknya. Budak-budak takut bila dah semakin besar malu nak bawa bekal ke sekolah. Lagi sanggup beli makanan kat kantin. 

Sabtu, 15 Ogos 2020

Percutian 3 hari 2 malam - TimurBay Arza Seafront Residence


We don't always have to agree with one another but it's important that we learn to respect each other

-Rubyanne-

...........................................................................................................................................................


31 Julai - 2 Ogos 2020

Percutian mengambil hati namanya.. Awal tahun ari tu memang dah rancang dalam bulan tiga satu family akan bercuti ke Cameron Highland. Dah siap bayar homestay.Tapi disebabkan oleh PKP semua tergendala. Burn habis payment tu.

Jadinya tiga bulan lebih anak-anak terperap dalam rumah. Alhamdullilah even aku laki bini kena keje time PKP tu, ada kakak Ikhlas yang sudi jaga adik-adik di rumah.

Tapi si kakak Ikhlas bising jugaklah sebab tak jadi ke Cameron Highland. Dah lah dia berkorbar-kobar nak ke sana. tak pernah pergi katanya. Dengan aku pun frust juga :P

Bila PM umumkan je PKPP.. terus aku tanya asben nak gie dok hotel tak? Teringat pula ada sahabat yang buat homestay di Kuantan. Terus hubungi dia untuk booking. Konon-konon belanja Ikhlas sebab penat menjaga dan mengajar adik-adiknya.

Siap semua keperluan, pukul 10 pagi jumaat kami bertolak ke sana. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam. Maklumlah cuti hari raya haji.. ramai yang menuju ke Timur :P

Alhamdullilah, memang senang nak check-in. Senang berurusan dengan TimurBay Azra.. Maybe dah tahu ramai yang first time ke sana. Dia dah siap-siap bagi penerangan beserta video. Sungguh sangat-sangat membantu.

Kelebihan TimurBay Seafront Residence ni sebab kolam dia banyak sangat. Pilih je nak mandi yang mana.. dari yang cetek sampai yang dalam. So memang tak nampak sesak.

Pagi-pagi boleh jogging di pantai. Kalau rajin turun awal pagi ke tepi pantai boleh menikmati suasana matahari terbit. Tapi yang ni aku tak dan.. penat mandi kolam dari pagi sampai petang :P

Boleh juga berkelah tepi pantai.

Kat sana memang banyak kedai makan. Just pilih aje. Tapi kalau malas boleh je masak benda yang ringan-ringan sebab dalam homestay tu ada kelengkapan masak.

Siapa yang nak menikmati percutian family yang best kat sini boleh lah call atau wassp Pn Rohaida di sini wa.me/60194751312




Masuk-masuk terus sibuk nak bergambar

Bujang ni dah pandai bergaya bila bergambar

awal-awal budak ni dah cop nak tido atas katil queen ni

Sebelum terjun kolam


Benda wajib yang kena bawak setiap kali holiday

Sakan mandi wei..

Seronoknya kat sini ada banyak bahagian kolam










Boleh nampak laut di sana



Haa haa.. orang tak pernah naik karak.. mana tahu waktu cuti raya haji karak memang akan jem :P

Diaorang dah geng dengan game hp.. mana nak layan akak dah sekarang








Rabu, 5 Ogos 2020

Nota Kasih Sayang

Janganlah engkau berduka atas apa yang telah terjadi karena tidak ada apa pun di dunia ini yang abadi

Imam Syafi’i

.........................................................................................................................................................




Nota ini dari mula sekolah dibuka selepas PKP sampai sekarang masih ada di depan peti ais.

Lekat di situ sebab tahu peti ais adalah tempat pertama yang anak-anak akan tuju lepas balik dari sekolah.

Dah jadi rutin si kakak ikhlas pada setiap tengah hari mengatur barang sekolah dan bekalan makanan petang untuk diri dia dan adiknya.

Sangat berdikari kamu wahai anak.

Maafkan ibu dan terima kasih kerana sudi membantu ibu.

Ibu sayang kamu semua :)

wordless wednesday #1