We don't always have to agree with one another but it's important that we learn to respect each other
-Rubyanne-
...........................................................................................................................................................
31 Julai - 2 Ogos 2020
Percutian mengambil hati namanya.. Awal tahun ari tu memang dah rancang dalam bulan tiga satu family akan bercuti ke Cameron Highland. Dah siap bayar homestay.Tapi disebabkan oleh PKP semua tergendala. Burn habis payment tu.
Jadinya tiga bulan lebih anak-anak terperap dalam rumah. Alhamdullilah even aku laki bini kena keje time PKP tu, ada kakak Ikhlas yang sudi jaga adik-adik di rumah.
Tapi si kakak Ikhlas bising jugaklah sebab tak jadi ke Cameron Highland. Dah lah dia berkorbar-kobar nak ke sana. tak pernah pergi katanya. Dengan aku pun frust juga :P
Bila PM umumkan je PKPP.. terus aku tanya asben nak gie dok hotel tak? Teringat pula ada sahabat yang buat homestay di Kuantan. Terus hubungi dia untuk booking. Konon-konon belanja Ikhlas sebab penat menjaga dan mengajar adik-adiknya.
Siap semua keperluan, pukul 10 pagi jumaat kami bertolak ke sana. Perjalanan mengambil masa hampir 6 jam. Maklumlah cuti hari raya haji.. ramai yang menuju ke Timur :P
Alhamdullilah, memang senang nak check-in. Senang berurusan dengan TimurBay Azra.. Maybe dah tahu ramai yang first time ke sana. Dia dah siap-siap bagi penerangan beserta video. Sungguh sangat-sangat membantu.
Kelebihan TimurBay Seafront Residence ni sebab kolam dia banyak sangat. Pilih je nak mandi yang mana.. dari yang cetek sampai yang dalam. So memang tak nampak sesak.
Pagi-pagi boleh jogging di pantai. Kalau rajin turun awal pagi ke tepi pantai boleh menikmati suasana matahari terbit. Tapi yang ni aku tak dan.. penat mandi kolam dari pagi sampai petang :P
Boleh juga berkelah tepi pantai.
Kat sana memang banyak kedai makan. Just pilih aje. Tapi kalau malas boleh je masak benda yang ringan-ringan sebab dalam homestay tu ada kelengkapan masak.
Siapa yang nak menikmati percutian family yang best kat sini boleh lah call atau wassp Pn Rohaida di sini wa.me/60194751312
Masuk-masuk terus sibuk nak bergambar |
Bujang ni dah pandai bergaya bila bergambar
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan