Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Selasa, 17 Februari 2026

First Time Derma Darah

Menderma darah adalah satu bentuk sedekah yang sangat tinggi nilainya dan akan diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah

- Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi -

...................................................................

Yup..

Ini first time aku derma darah ye. Selepas berpuluh tahun tak boleh nak derma.

Kenapa tak boleh? Sebab berat badan tak cecah 45kg.

Dari zaman kat U aku tunggu peluang ini. Akhirnya buat julung-julung kalinya aku berjaya dan aku bangga dengan diri sendiri.

Kalau kita chat GPT apakah kelayakan untuk menderma darah. Mesti dia bagi tahu

1) Berat badan kena 45kg ke atas (akhirnya cecah juga. yes!!!)

2) Sihat tubuh badan (of cozzzz)

3) Usia 18 - 70 tahun (ok masih dalam lingkungan ini)

4) Cukup tidur

Tang cukup tidur tu memang aku tidur awal malamnya. Kenapa kena cukup tidur kalau nak derma darah? Wajib untuk mengelakkan kesan sampingan seperti pening, pitam, muntah atau pengsan.

Lagi satu yang penting, kena makan sarapan pagi sebelum derma darah. kalau tak mau pengsan kat situ juga. Sebab tu kalau kita kata tak sarapan dia tak bagi derma darah.

Alhamdullilah pengalaman first time aku ni tersangatlah berjalan lancar.

macam tengah jawap exam pula 😅

Sebelum ambil darah tu ada lah SOP yang kena buat.

Kita kena isi borang untuk declare mengenai kesihatan kita. Kena lah jujur. antara soalan dia yang paling penting adalah mengenai hubungan seks. Kena jujur ye. yelah.. kita kan nak bagi darah kita kat yang memerlukan. Kalau tak jujur andai lah kita bawa penyakit yang merbahaya kan menyusahkan banyak pihak dan kita juga menzalimi orang lain. Nauzubillahiminzalik

Lepas tu dia akan ambil sample darah untuk tengok jenis darah kita. Walaupun kita dah tahu jenis darah kita, tetaplah kena test juga. Aku golongan darah A

Kamudian, ambil bacaan hemoglobin (hb) pula. Ni kalau tak lepas memang tak leh derma darah. Berapa paras hemoglobin (Hb) yang ditetapkan untuk penderma darah di Malaysia?

1) Lelaki -  13.5 g/dL hingga 18.0 g/dL

2) Perempuan - 2.5 g/dL hingga 18.0 g/dL

Aku punya ngam-ngam 2.5 g/dL. kenapa pula kena test hb ni? sebabnya dia nak elakkan anemia atau komplikasi kesihatan seperti pening dan pitam. Tahap Hb yang sihat untuk menjamin kualiti darah yang didermakan serta keselamatan penderma.

Darah aku depa amik 350ml je. Sikit je. tapi tang yang lelaki diaorang sedut sampai 450ml 😝

Berapa jumlah darah yang diambil pun sebenarnya ikut berat badan juga. Kalau berat macam aku ni dari 45kg - 50kg dia ambil 350ml je. Lebih 50kg kenalah 450ml.

Lupa pula.. sebelum ambil darah tu, nurse akan suruh kita minum air dulu. Minum air sebelum derma darah sangat penting untuk mencegah darah menjadi pekat dan juga untuk melancarkan aliran darah serta tak nak kita rasa pening, loya atau pitam. Minum air kosong juga untuk memastikan isipadu darah mencukupi dan menggantikan cecair badan yang akan hilang.

Selesai semua tu jom lah kita derma darah. Tak lama pun prosedur tu. Aku rasa dalam 10 minit je kot. Sorry aku tak tengok jam masa ni tapi serius kejap je. Lepas dah selesai.. nurse pun dah buka jarum, nurse akan still suruh kita baring dulu 10 minit untuk pemantauan.

Sakit masa nak cucuk je. tak terasa pun darah tu keluar. tau-tau dah penuh

Dengan rakan sebaya. Aku je gegirl yang menderma darah kali ni.

Kalau semua dah selesai, kita pun dapat lah roti dan air coklat dari nurse. yeyeyeye

So untuk derma darah selepas ni gap dia 3 bulan ok. Boleh lah aku masukkan jadual sebagai aktiviti kemasyarakatan aku nanti. Insya Allah.

Rabu, 11 Disember 2024

First time aku buat Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere." 

- Erma Bombeck -

.........................................................................................................


haaa kan dah cakap..

tak pasal-pasal aku terjebak juga!

teka aku kat mana jumaat pagi?

Kisahnya...

Ada sesuatu berlaku dekat sistem kewangan masa penutupan akaun minggu lepas.

weiii... seminggu mengadap stress. Group whatsapps jangan cakaplah. Memang penuh dengan luahan perasaan masing-masing. Tak pernah-pernah kami kena kerja ikut jadual. Jadual pula tak menentu. Ada yang kena pagi, tengahari, petang dan malam.

Sistem pula buka setiap slot tu 2-3 jam je.

Jadual aku di Selangor, sekali je pagi, sekali petang dan 3 kali malam. Letih sangat-sangat. Tak pernah aku burnout masa buat kerja. 

Seminggu tu memang mencabar minda dan fizikal aku. Belum lagi 2 sistem yang tak bercakap antara satu sama lain. 

dan bila masing-masing stress memang datanglah pelbagai perkara merapu.

Dan-dan diaorang plan nak gie travel.

Aku pula bila dah datang kepala tiongnya, setuju je lah kan.

Jumaat tu pula jadual aku jam 8 sampai 12 malam. Pagi tu tak ada apa nak buat. aku minta kebenaran bos nak keluar kejap. Bos aku yang sedia ada tahu aku stress dan kepenatan terus setuju. Risau aku bebel ke dia pasal sistem lah tu. wakakakaka

taraaaa.... yup aku pergi Imigresen!

ada orang kata kena beratur seawal pagi depan pintu. ye ke?

Aku buka laman web Imigresen untuk tengok macam mana nak buat passport. Maklumlah tak pernah ada. Tanya pegawai yang baru buat, dia kata boleh secara online je. Aku pun layari lah laman web Imigresen. Baca punya baca... oooo tak boleh lah. Untuk yang tak pernah buat passport kena hadir ke kaunter Imigresen yang terdekat.

mula-mula sampai aku macam blur. Dah kenapa ramai sangat warga asing ni. Mesti lambat siap passportnya sebab ramai sangat. Dah lah janji dengan bos nak keluar sekejap je. oo rupanya itu kaunter untuk warga asing.

Kaunter untuk warga Malaysia buat passport tempat lain. Melilau lah aku mencari dan ringan mulut tanya pada kakak RELA. So aku dapat nombor pukul 10.10 pagi.

Tak lama lepastu nombor aku naik. Pegawai kat kaunter tu isi maklumat aku dalam sistem dia. Borak-borak lah sikit. tanya nak pergi mana.. dengan siapa... Aku kan jujur. jawap jelah. Masa ambil gambar, nasib baik aku memang dah tahu kena pakai tudung warna gelap. So tak de apa masalah sangat.

Duduk balik untuk tunggu nombor naik bagi proses pembayaran pula. Aku dok perati orang yang datang. macam-macam ragam.. dengan rambut kena betulkan. baju yang cerah kena pakai kot. Belum lagi time nak ambil gambar budak. Punya nak adjust tu.. bercinta. Kat kaunter pula dah siap ada spray air dengan sikat rambut. Macam tahu-tahu je orang Malaysia ni macam mana.

Aku kena bayar RM200. terbang duit hujung-hujung bulan ni. haaa haaa. Masa bayar tu, pegawai kat kaunter bayaran bagitahu yang proses untuk passport siap mengambil masa sejam. Aku pun ok lah. Malas nak merayap, aku duduk je lah termenung kat kerusi.

tunggu punya tunggu.. yes nama aku dah di panggil. 11.10 pagi.. selesai

takde lah lama sangat. Sekarang semua benda dah cepat. so apa lagi dah moh kita gerak menuju ke destinasi. yeyeye


buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh


apa baran merah.. hijau tetap di hati!

Isnin, 18 Mac 2024

Nur Ikhlas vs list keperluan asrama perempuan

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." 

-Surah al-Qasas, ayat 77-

............................................................................................


Alhamdullilah.. Nur Ikhlas ditempatkan di Sekolah Agama Menengah di Klang dan diterima masuk asrama.

SBP? MRSM? MITS? bukan rezeki dia. tapi tak pe. Sekolah ini juga terbaik untuk dia. Insya Allah.

Bermula lah agenda aku sebagai ibu mencari barang-barang asrama dia.

Memandangkan dia masuk sekolah agama. Jadi boleh dikatakan 90% barang dia kena beli baru.

Tudung labuh.. baju muslimah..

Haa haa dah nampak macam ustazah dah dia.

sejuk perut ibu ni nak.

Mula-mula masuk just beli yang asas je dulu sebabnya aku tak tahu macam mana keadaan asrama dia, locker dia dan kehidupan di sana.

Nak beli yang bukan-bukan risau membazir je nanti.

so aku cuba menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu dibeli untuk budak perempuan sekolah agama.

jom kita semak satu persatu!



Disebabkan dah kebiasaan dia menggunakan skin care so benda tu still aku senaraikan dalam keperluan dia dan tambahan tisu serta tisu basah tu untuk dia nak lap-lap kalau ada benda tumpah ke terutama bedak sebab ikhlas memang suka tuang bedak ikut dan dia 😅

Kain basahan wajib ye untuk anak-anak asrama.. Benda ni yang selalu ibu bapa lupa senaraikan.




Aku tak masukkan baju khas asrama dia dalam ni. Kalau ikutkan budak asrama akan ada baju batik dia sendiri. so yang ini kena beli dekat sekolah dia.

Sekolah dia juga ada kain songket untuk dipakai pada hari jumaat serta baju koko dia.

sekolah ikhlas tudung prep dia warna hitam dan kena pakai baju kurung untuk prep. Jubah tu aku stand by je. 

sekolah dia wajib pakai hand sock hitam walaupun baju sekolah dia lengan kancing.

Baju tidur pun kena lengan panjang

Kebanyakan baju aku letak 3 helai sebab aku fikirkan andai ikhlas tak sempat basuh atau baju dia lambat kering. Jadinya adalah satu untuk back-up.




ini paling penting sekali.

takde ni pakailah baju tu sebulan sebelum balik rumah bermalam.

Penyangkut baju tu bawalah secukupnya. sebab bila diaorang basuh baju dalam masa yang sama ada baju yang perlu di simpan dalam almari. alamatnya memang tak cukup kalau bawa 6 batang je.





Beg balik kampung penting ooo. Senang untuk anak tapau segala macam baju yang belum basuh. Beg biasa-biasa je sebab beg beroda tu aku bawa balik rumah semula. Rasa menyemak je kalau simpan kat dorm dia. Lagipun nanti abah dia ambil dengan Motosikal je waktu balik bermalam.

teringat zaman aku balik asrama.. ini lah beg balik kampung aku. popular kot beg garfield ni
gambar : google



Senarai asas ni boleh digubah mengikut sekolah masing-masing. Tak jauh  beza pun. yang beza pada pakaian sekolah je. Sekolah biasa kan tak pakai tudung labuh. yang lain-lain ON.

Lepas tu add on lah dengan segala macam biskut atau makanan kering. Sekolah Ikhlas, meggi adalah benda terlarang.

Aku bekalkan juga dia dengan air mineral. Sekolah tu ada sediakan COWAY tapi andai ramai yang menadah air.. haruslah sentiasa kering. Lambat pula nak tunggu tangki dia penuh.

Rasanya itu je lah yang dia bawa ke asrama. Bawa secukupnya supaya almari dia tak terlalu semak dengan barang. 

Aku doakan Ikhlas happy duduk di asrama. semoga dia tabah mengharungi suka duka sebagai budak asrama. Amin

Khamis, 29 Februari 2024

Kad Touch n Go (TNG) Expired? Macam mana nak dapat refund!

 Kemudahan itu indah

-aku-

....................................................................................................................................


Aku ni kalau benda penting yang kena bawa ke hulu ke hilir macam tak sah je kalau hanya ada satu. Contohnya kad touch n go. Kat aku je ada 3 kad touch n go.


Satu untuk letak kat dalam kereta. Sebab seharian pergi kerja memang aku guna laluan tol. 


Satu kad memang ada dalam dompet. Ni pula kalau tiba-tiba perlu guna. Bila aku tergerak hati nak naik train atau bila gie mana-mana dengan kawan naik kereta dia, time parking aku hulur lah kad ni.


Satu lagi ada dalam kereta juga. Buat spare, mana tau kad lagi satu missing in action.


Nak dijadikan cerita.. minggu kemarin aku balik kampung. Bila aku balik kampung aku akan guna kereta Alza abah. Balik kampung kan penuh barang. astu tak kan nak guna TnG abah. So abang korang amik lah TNG yang ada dalam kereta kami tu.


Selalu ye.. selalu lepas pulangkan kereta kat abah mesti TNG to dia letak balik dalam kereta untuk aku pergi kerja keesoakan hari nya. Tapi nak dijadikan cerita. nak dijadikan bahan pergaduhan. dia lupa ok.


Aku perasan pula bila lagi sikit nak sampai tol bukit raja tu. Adoi kelam kabut aku cari. Tak de.. Batang untuk touch tu pun takde. Sah tertinggal.


So aku capailah kad lagi satu yang ada kat dalam kereta tu. Tak boleh punch pula 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️


Aku tarik pula TNG yang ada dalam wallet. Alhamdullilah berjaya.


Sampai office aku pun buka lah portal TNG. haaa amik kau.. rupanya kad yang satu tu dah expired. Bulan satu expired nya. aduhhhh mana aku tahu. sebab lama juga tak pakai sejak aku guna TNG baru yang ada NFC tu.


so duit tu macam mana. Aku try google cara nak dapatkan balik duit tu. sayang wei kalau burn gitu je. Ok rupanya boleh minta refund melalui portal dia. Tak perlu lah nak ke kaunter TNG nun di Jalan Kerinchi tu.


So first step, yang penting korang kena register di Portal TNG. Pastu korang daftar lah kad TNG korang. Macam mana nak daftar? senang je korang kena tahu no siri kad tu. Kalau no tu dah agak-agak hilang korang terpaksalah topup kat kaunter dan minta resit. Nanti kat resit tu ada no 'Mfg No' key in lah no tu.


gedget81
ini rupa portalnya


So bila nak minta refund, korang pergi belah kiri tu kan nampak 'Refunds' korang klik kat situ. Akan keluar 2 medan.. 'Refund Request' dengan 'Refund History'. So klik yang 'refund request'

gedget81
korang tengok aku ada 3 kad yang tidak aktif sebab dah expired.


Kat dalam ni juga korang boleh tengok tarikh expired kad kita. Kad Touch n Go ni valid 10 tahun je ye. takdenya dia nak renew bagai. Tapi kalau IC kena lah renew IC di JPN dan pastikan bagitahu yang nak transfer duit TnG ke dalam IC baru.

Tapi sebab kan leceh, aku minta juga refund yang dalam IC tu. guna kad dia je senang.

gedget81


Bila dah klik 'refund request' tu korang pilih lah mana kad yang nak. macam aku aku pilih yang tak aktif dan ada baki. Sebabnya kita pilih lah 'expired card'.

Kemudian pilih nak dia transfer duit kat mana. Korang isi lah apa yang patut macam nombor akaun dan lain-lain yang dia suruh isi.

Last kali tekan butang hantar. Selesai





Kalau kita nak tengok permohonan kita tu dah sampai mana kita klik lah 'refund history'

Masa N3 ni ditulis aku dah terima dah duitnya. So aku mohon pada 19 Februari 2024 dan duit tu masuk dalam akaun akaun aku pada 20 Februari 2024. Cepatkan.

Aku pun dah order TnG yang baru kat dalam portal ni juga untuk ganti yang dh luput ni. Beli yang NFC mudah. Senang nak topup. Aku kan suka kesenangan aka MALAS.


Kad baru ni dah selamat aku pakai masa bayar parking kat Citta Mall ari tu. yeyeye

Ahad, 20 Ogos 2023

Boleh salam ke tak boleh salam? Apa itu mahram

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, jangan sekali-kali berdua-duaan dengan wanita (bukan-mahram) tanpa disertai oleh mahramnya kerana yang ketiga adalah syaitan.”

(Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim)

........................................................................................

Esok Ikhlas start peperiksaan percubaan PSRA. Doakan Ikhlas ye!

Malam tadi dia buat ulangkaji, tiba-tiba dia datang kat aku tanya pasal aurat dengan pakcik dia lah.. aurat dengan sepupu dia lah. 

Aku pun gunakan lah kepakaran aku menjawap..

tapi...

terlebih pakar kot sampai dia pun tak faham.. Last-last dia jadi keliru.

Benda ni kalau kita bercakap je semata-mata tanpa melukis memang tak akan faham.

Aku pun google lah image yang paling senang aku nak terangkan sebab aku malas nak melakar :P

Ini image yang paling dekat dengan keadaan ikhlas.

tunjuk je gambar ni terus dia faham.

Senang kerja seorang ibu zaman sekarang! haaa haa haa


Foto : UNIMAS

Aku dulu pun keliru dengan muhrim dan mahram. Ingatkan kedua-duanya sama rupanya bukan ye.

Kalau dirujuk dakam Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini lah maksud bagi Mahram

Hasil carian di Dewan Bahasa dan Pustaka

Rabu, 12 Januari 2022

Dapat Gelang Emas dari KKM bila kita jadi kontak rapat

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. 

- Ad-Duha: 7 -

......................................................................................................................................................


Pagi tadi dalam jam 7.00 pagi aku dapat call dari bos.. Suara dia macam menagis masa mula-mula cakap tu. pastu talian terputus. Dalam otak aku ni dah fikir macam-macam.. Ada kematian ke? Second call, bos cakap dia positif covid. Punya lah dia minta maaf sebab ini adalah kali ke-dua dia positif. 


Aku pula time dia call tu memang dah siap tinggal nak sarung tudung je. Bila dapat berita tu aku pun jadi kalut lah. Dah tentu lah aku kontak rapat dengan bos sebab semalam pagi aku dengan dia ada meeting bersama. Wassap lah kawan-kawan yang sama-sama jadi kontak rapat. Nak tahu apa langkah seterusnya lepas tahu berita macam tu sebab ini kali pertama perkara ini terjadi pada aku. huu huu


So pagi tu juga aku test guna Antigen Rapid Test (Oral Fluid). Serius aku menggeletar seram bila buat test ni. Menggigil tangan wei... Cuak nak tengok result. Alhamdullah result aku negatif.


Alhamdullilah...


Pastu kalut pulak nak kena gie CAC ke tak. Tanya pulak dekat nombor wassp CAC Klang. CAC Klang bagitahu kalau kontak rapat tapi tiada symptom kena kuarantin di rumah selama 7 hari dan dapatkan surat kuarantin kat Dewan Ambang Botanik MPK 2.


kena rajin bertanya.. tak tanya nanti sesat jalan...


Sebabkan opis aku perlukan surat kurantin so menapak lah aku ke sana. Aku kena On Waze sebab tak pernah pergi dan tak tahu pun kewujudan dewan tu. Memang tempat dia agak ke dalam dan sunyi.


Sampai sana hanya ada seorang je. So proses dia tak mengambil masa yang lama. Dalam 20 minit selesai urusan dari daftar sampai lah dapat suratnya.


So petugas akan tanya beberapa soalan lah pada kita. Antaranya siapa yang positif.. bila last jumpa orang tu.. kita jumpa dalam keadaan macam mana.. pastu dia nak tengok lah surat yang positif tu. Kalau tiada tunjuk gambar kit test pun dah okey. 


Kemudian dia tanya kita ada buat test tak. Kalau ada kena tunjuk kat dia. Dia juga nak kan nama jenama test kit tu. Yang ni aku lupa nak snap.. nasib opah ada kat rumah jadi minta tolong dia snap dan hantar ke wassap aku. Pastu kita mengandung ke.. ada penyakit lain ke.. pastu ada symptom tak.. So kita kena jawab dengan jujur lah.


aku guna yang ini. Nasib memang ada simpan kat rumah


Selesai semua tu pergi pula next station untuk dapatkan surat pengesahan kuarantin dan pakai gelang emas. Mula-mula aku ingat tak perlu pakai gelang. Rupanya kena juga. tak pelah. aku pun jenis bukan nak ke mana-mana pun. Dapat surat aku send kat group untuk maklumkan. Selesai..


dapat lah gelang emas ni.. huu hu huuuuu


7 hari kuarantin kat rumah ye.. bukan gie jalan-jalan tau

CAC Klang ni ada dua tau. Satu di Dewan MPK 1 CAC Pelabuhan Klang. Ini untuk yang bila orang tu buat test kit sendiri dan didapati positif. Manakala dewan yang aku pergi pagi tadi tu untuk orang yang kontak rapat dan yang memerlukan surat kuarantin.


ni yang kalut pagi tadi nak pergi yang mana satu.
Nasib ada yang tukang snap kan benda ni.


Sebenarnya semua ini adalah benda tak dijangka. Semua orang tak nak kena covid ni. So dari sini aku dapatlah pengalaman dan pengetahuan. Aku harap bos dan kawan aku yang positif cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa. Amin

Selasa, 17 Julai 2018

Zaman Jimat - Hargapedia

Assalammualaikum..

Hai korang.. sibuk ke dengan kerja harian? Kita sibuk sangat sampai takde masa nak update dalam ni.

Sekarang kita macam nak kena berusaha berkali-kali ganda untuk memenuhi tuntutan hidup. Cari duit nak bayar hutang yang semakin bertambah nie sambil jimat-jimat mana yang boleh dan menabung untuk kecemasan.

Tajuk nie pun dah zaman berjimat kan.. so kena usaha dan kena jimat. dah tak boleh nak happy happy keluarkan duit dari poket.

last week kekanda beta install satu perisian ni dalam HP. sebab bini dia nie selalu bebel barang mahal.. barang mahal..

nama dia HARGAPEDIA

Hargapedia ini perisian yang ditawarkan kepada pengguna Android dan iPhone untuk membantu kita membandingkan harga barang yang popular dari kedai-kedai.

Bila kita try ok lah. so boleh tahu kedai mana yang murah. senang nak target dan buat belanjawan. Macam kami, Ahad lepas try pergi kedai yang dia nyatakan untuk tengok betulkah harga yang dalam ni sama dengan harga di kedai. So jawapannya.. betul. software nie boleh lah digunapakai oleh kita yang memang jenis kena kira-kira dan budget duit yang nipis ni. hee hee

So siapa yang nak cuba benda ni boleh lah download aplikasi ini secara percuma dan dapat bandingkan sendiri harga barangan runcit sebelum gie shopping 

Kekanda beta dah siap-siap letak depan hp ni. senang. tinggal nak klik je

Ni lah rupanya.. ada harganews lagi. boleh lah compare harga barang yang kita nak.

kita try satu.. sebab memang selalu kita cari benda ni pun. :P

Khamis, 26 Februari 2015

OK ke? Air Purifier + Water Purifier Coway

Assalammualaikum...

Alhamdullilah.. Jumpa lagi kita ye...

Kami anak beranak nie dari awal tahun asyik memanjang sakit je. lepas sorang-sorang tak sihat.

Paling membimbangkan bila Ilyas demam hampir seminggu. Memang betul-betul menguji hati dan air mata ibu.

Demam dia tak kebah-kebah. Taknak minum.. taknak makan.. badan susut sangat. Dengan nafas berbunyi. dua tiga kali bawa jumpa doktor amik gas. tapi still begitu. sehingga sampai satu peringkat bibir dia berdarah-darah akibat terlalu kering.

Punyalah payah ibu nak bagi dia makan ubat. demam macam tu pun tapi tenaga dia melawan masih kalah ibu.

Kurus kan.... :(
bibir berdarah

Alhamdullilah. Sekarang dia dah semakin sihat. Berat badan pun dah naik. Ibu memang bersyukur sangat-sangat bila tengok Ilyas makin ceria dan aktif.

tapi yang tak tahannya.. lepas sembuh nie mulut dia nak membebel 24 jam. Ada je benda dia nak cakap. siap boleh nyanyi.. menari.. jerit-jerit... buat kakak ikhlas nagis... Ibu layankan aje. Janji dia sihat sentiasa.

Dengan cuaca yang tidak menentu. Dengan air di putrajaya yang semakin berkarat. kami sekeluarga berbincang tentang langkah-langkah pencegahan optimum. cehhwahhhh

Rentetan daripada itu, setelah berfikir agak lama akhirnya kata putus pun di buat. ayat skema hee.. hee

Bila dah buat survey, inilah hasilnya...




Kami buat Monthly Rental je.. sebab malas nak fikir pasal maintenance dia. tau-tau nanti dia call je nak buat maintenance..  wahhhhh haaa haaa .. so far pakai... ok lah. 

bab air yang best tu sebab ibu tak perlu susah payah bangun masak air nak buat susu.. pemalas kan... sebab selain ada air panas.. air sejuk.. dan air suhu bilik.. ada tambahan air suam-suam kuku.. sesuai untuk buat susu anak. Malam-malam bila tengah lalok tu tak perlu risau kalau air susu terlalu panas. Iya lah kan.. orang tengah mamai kadang-kadang tak sedar terbubuh air panas banyak. kang tak pasal-pasal...

yang air purifier tu pulak amik sebab rumah memang berdebu. duduk tingkat 12 kiri kanan depan belakang takde penghadang ... sedap pulak angin sepoi-sepoi bahasa masuk memang bermaharajalelalah habuk bertandang. Selsema je kami anak beranak. ibu memang tak larat nak mop hari-hari de... dengan badan yang semakin mengembang nie nak pegang penyapu pun dah tak larat ini kan pulak nak mengemop.

Ada juga tujuan lain kami sewa benda nie. Nak mengangkut ke hulu ke hilir bila balik umah mak mertua ngan umah mak. Iyalah.. sebulan balik sekali. bilik tak berpenunggu.. habuknya... memang tak leh nak cakap dah. asal balik je bersin.. mulalah si kakak ngan adik naik panas nak demam.

So bila kekanda beta kata kita sewa je Air Purifier dan Water Purifier Coway. ibu on je.. janji budget perbelanjaan bulanan tak lari sangat.

sapa-sapa yang berminat dengan benda nie.. bolehlah survey tengok dalam laman web dia.. kalo nak contac no boleh lah PM kita ye.. dah macam agen pulak rasanya.. huu huu.. oppsss kita bukan agen tau. just bagi tahu benda yang baik untuk dikongsi.

Ok selamat ber 'COWAY'

Isnin, 4 Jun 2012

Sembelit???

     hee hee.. malu nak mengaku tapi ini lah kenyataan..

     Sejak sibuk menjaga rumah tangga dan anak nie. memang jadual kehidupan aku berubah 100%!!.. kadang-kadang bila dah sibuk, nak gie toilet pun tak sempat.

     So problem aku bila dah stress dan penat, aku akan mudah sembelit. Macam mana tak sembelit, air kurang minum.. tak bersenam.. stress memanjang.. so padan muka ar bila dah sakit.

     Alhamdullilah, Allah gerakkan hati aku untuk cuba satu jenis minuman jus ini. Sejak aku minum perut aku dah ok sikit dan masalah sembelit aku dah semakin baik.

J-Prune
      J-Prune adalah minuman kesihatan berkhasiat. Gabungan BUAH PRUNE, MADU dan STEVIA yang dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan .
     Kebaikan JPrune
  • Stevia adalah pengganti gula kepada pesakit kencing manis
  • Madu khasiatnya telah termaktub didalam Al-Quran dan Sunnah untuk penyakit lelah, menambahkan tenaga dan mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Buah Prune berkhasiat membantu memperlahankan proses penuaan dalam badan dan otak. Selain itu ianya juga membantu mengatasi sumber kanser, radikal bebas dan penyakit
  • Buah prune juga kaya dengan vitamin dan mineral dan bertindak sebagai pemusnah radikal bebas yang menyebabkan penuaan sel
  • Ianya juga penting didalam memperkayakan bekalan darah dan mencegah masalah sembelit dan pembentukan buasir.
  • Selain dari itu, buah prune juga membantu membuang lemak dan menurunkan berat badan.

     Aku nie bab-bab makan ubat ker.. makan jamu ker.. memang tak layan. payah benar tekak nie nak telan. Tapi dengan jus J-Prune nie memang lancar jer masuk dalam mulut. Rasa dia masam-masam manis. sedap!! hee hee.

     Bagusnya jus nie ada campuran madu. so husband aku takdelah bising sangat kalau aku tak minum madu. Kiranya 2 in 1 lah nie. Dan dia gunakan Stevia sebagai pengganti gula. best kan. memang sesuai untuk yang ada masalah kencing manis juga!!!. Maklumlah makanan kesihatan so kena pastikan produk itu betul-betul sihat lah kan.
 
     Hasilnya bila aku dah cuba jus J-Prune nie.. memang segala-galanya lancar... smooth jer.. tak perlu nak teran-teran macam biasa. hee hee hee. Insya Allah, kalau diizinkan aku boleh teruskan minum jus nie.

     Jus nie pun bagus untuk orang yang lepas bersalin. Maklumlah kalau lepas bersalin tu memang bab-bab nie paling banyak memberi ketidak selesaan pada kaum ibu. Lagi-lagi pada yang bersalin normal. So tak perlulah nak makan ubat-ubat yang mengandungi bahan kimia tu lagi.

     Macam promosi je.. hee hee tak lah, aku just nak share benda baik untuk semua. kalau serasi boleh lah ambil. Kata orang nak berubat pun kena tengok penerimaan badan. Lain orang lain badan.. rambut pun dah tak sama hitam.


     Sebab aku memang jenis tak pandai nak terangkan dengan lebih lanjut so kalau nak tahu ke.. nak tanya ke..boleh lah try masuk blog nie blognurkhai.blogspot.com

Rabu, 14 Disember 2011

Presint 18R8 - Forum Maal Hijrah 1433

Husband aku tengah berkobar-kobar mengikuti Forum ini kat surau sekarang sebab ada Ustaz Don.
Aku lepak dengan Nur Ikhlas kat umah jer..

dengar dari jauh pun jadilah..

Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...