Menderma darah adalah satu bentuk sedekah yang sangat tinggi nilainya dan akan diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah
- Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi -
...................................................................
Yup..
Ini first time aku derma darah ye. Selepas berpuluh tahun tak boleh nak derma.
Kenapa tak boleh? Sebab berat badan tak cecah 45kg.
Dari zaman kat U aku tunggu peluang ini. Akhirnya buat julung-julung kalinya aku berjaya dan aku bangga dengan diri sendiri.
Kalau kita chat GPT apakah kelayakan untuk menderma darah. Mesti dia bagi tahu
1) Berat badan kena 45kg ke atas (akhirnya cecah juga. yes!!!)
2) Sihat tubuh badan (of cozzzz)
3) Usia 18 - 70 tahun (ok masih dalam lingkungan ini)
4) Cukup tidur
Tang cukup tidur tu memang aku tidur awal malamnya. Kenapa kena cukup tidur kalau nak derma darah? Wajib untuk mengelakkan kesan sampingan seperti pening, pitam, muntah atau pengsan.
Lagi satu yang penting, kena makan sarapan pagi sebelum derma darah. kalau tak mau pengsan kat situ juga. Sebab tu kalau kita kata tak sarapan dia tak bagi derma darah.
Alhamdullilah pengalaman first time aku ni tersangatlah berjalan lancar.
![]() |
| macam tengah jawap exam pula 😅 |
Sebelum ambil darah tu ada lah SOP yang kena buat.
Kita kena isi borang untuk declare mengenai kesihatan kita. Kena lah jujur. antara soalan dia yang paling penting adalah mengenai hubungan seks. Kena jujur ye. yelah.. kita kan nak bagi darah kita kat yang memerlukan. Kalau tak jujur andai lah kita bawa penyakit yang merbahaya kan menyusahkan banyak pihak dan kita juga menzalimi orang lain. Nauzubillahiminzalik
Lepas tu dia akan ambil sample darah untuk tengok jenis darah kita. Walaupun kita dah tahu jenis darah kita, tetaplah kena test juga. Aku golongan darah A
Kamudian, ambil bacaan hemoglobin (hb) pula. Ni kalau tak lepas memang tak leh derma darah. Berapa paras hemoglobin (Hb) yang ditetapkan untuk penderma darah di Malaysia?
1) Lelaki - 13.5 g/dL hingga 18.0 g/dL
2) Perempuan - 2.5 g/dL hingga 18.0 g/dL
Aku punya ngam-ngam 2.5 g/dL. kenapa pula kena test hb ni? sebabnya dia nak elakkan anemia atau komplikasi kesihatan seperti pening dan pitam. Tahap Hb yang sihat untuk menjamin kualiti darah yang didermakan serta keselamatan penderma.
Darah aku depa amik 350ml je. Sikit je. tapi tang yang lelaki diaorang sedut sampai 450ml 😝
Berapa jumlah darah yang diambil pun sebenarnya ikut berat badan juga. Kalau berat macam aku ni dari 45kg - 50kg dia ambil 350ml je. Lebih 50kg kenalah 450ml.
Lupa pula.. sebelum ambil darah tu, nurse akan suruh kita minum air dulu. Minum air sebelum derma darah sangat penting untuk mencegah darah menjadi pekat dan juga untuk melancarkan aliran darah serta tak nak kita rasa pening, loya atau pitam. Minum air kosong juga untuk memastikan isipadu darah mencukupi dan menggantikan cecair badan yang akan hilang.
Selesai semua tu jom lah kita derma darah. Tak lama pun prosedur tu. Aku rasa dalam 10 minit je kot. Sorry aku tak tengok jam masa ni tapi serius kejap je. Lepas dah selesai.. nurse pun dah buka jarum, nurse akan still suruh kita baring dulu 10 minit untuk pemantauan.
![]() |
| Sakit masa nak cucuk je. tak terasa pun darah tu keluar. tau-tau dah penuh |
![]() |
| Dengan rakan sebaya. Aku je gegirl yang menderma darah kali ni. |
Kalau semua dah selesai, kita pun dapat lah roti dan air coklat dari nurse. yeyeyeye
So untuk derma darah selepas ni gap dia 3 bulan ok. Boleh lah aku masukkan jadual sebagai aktiviti kemasyarakatan aku nanti. Insya Allah.
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan