Jumaat, 20 Februari 2026

01 Februari - Day Two Trip to Kuala Kangsar


First day berlalu dengan meriah

Malam tu sambut birthday Kakak walaupun dah seminggu lebih berlalu. Kak Ngah buat steamboat. Nyum.. nyum..

Hari kedua, moh lah kita balik. Tapi kali ni kami balik awal sikit sebab nak jalan-jalan sekejap kat Kuala Kangsar

Takdelah awal sangat pun, masih sempat lagi sarapan Nasi Lemak di rumah Kak Ngah. Thank you Kak Ngah for the Hospitality.

Dah jom gerak!!

Destinasi pertama, kita ke Jambatan Keretapi Victoria a.k.a Jambatan Enggor. Antara jambatan keretapi tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1897 jadi kalau ikutkan usia dia sekarang dah 129 tahun. 

Aku naik jambatan tu tapi gayat dia.. Masya Allah. Memang sepanjang kat atas jambatan, 3 ketul tu kena pegang aku sentiasa. Aku tak berani nak ke tengah sangat. Tok laki je yang sampai ke hujung. Idoklah aku.

jauhhhhhh nun. Aku kat sipi-sipi je ni


Kisahnya.. 

nak ambil gambar ni pun makan masa ek. Cuak wei

Destinasi ke-dua, Kampung Warisan Budaya. Dia terletak di tepi Sungai Perak bersebelahan Jambatan Victoria. Kampung Warisan Budaya ni menampilkan keindahan seni bina Melayu tradisional.

Dia ada dua bahagian. Pameran dalam dan luar bangunan.

Kat dalam ni ada Galeri Warisan dan Pameran yang menunjukkan artifak, model, dan informasi tentang budaya Melayu serta sejarah rumah tradisional. 

Di luar, dia ada 11 buah rumah mewakili seni bina pelbagai negeri.. Tapi bagi aku model rumah dia tak lah menunjuk sangat seni bina rumah tradisional tu. Boleh lah.

Lupa pula. Nak masuk sini ada bayaran dia. Boleh tahan juga harga dia. lupa dah aku berapa.

Rumah tu pun sebanarnya lebih kepada resort. Kita tak boleh pun naik atas rumah cuma dibawah rumah tu adalah dia letakkan beberapa barang tradisonal zaman atuk nenak kita. 

Boleh lah tunjuk kat budak-budak ni macam mana zaman dulu-dulu hidup tanpa internet.

Pintu gerbang Kampung Warisan Budaya



antara model rumah yang ada



Kat kampung dulu, wan ada buat rumah pondok macam ni untuk tempat dia anyam tikar. Kat situ lah tempat dia letak daun mengkuang yang baru diambil dan yang dah dijemur. 

Sebelah tu pula ada dapur kayu untuk dia masak air dan buat bahlu. Sedapnya bahulu zaman dulu.

Menggamit memori sungguh!

Kat umah wan pun ada perigi macam ni. Tapi baldi tu takde tempat macam tu. Dia main campak je pastu tarik. 

Kita ni dah ler badan kecik. Masa nak tarik tu sangat menyeramkan. Takut jatuh dalam perigi tu je. tapi Alhamdullilah selama kewujudan perigi tu takde sapa pun yang jatuh.

Sayangnya perigi tu dah ditimbus masa makcik robohkan rumah lama untuk buat yang baru. sayang sungguh!


Dalam galeri dia ada tunjuk pengukur kelapa ni. Si kecik tanya aku apa benda tu. Aku ni siaplah buat gaya cara mengukur kelapa. 

Sampai bawah rumah negeri mana tah ni, ada lah bendanya bersekali dengan tempurung kelapa. Cantiklah tu. Aku demo balik pastu bukan main excited budak-budak ni nak buat.

Hai lah budak bandar...

Ni dulu kat rumah wan pun ada ni. Tapi macam biasalah.. tah mana pergi dia. 

okey acah-acah ke zaman dahulu kala

Dalam Kampung Warisan Budaya ni ada cafe namanya Kafe Tok Enda. Kami lunch kat sini aja. Disebabkan aku masih kenyang makan Nasi Lemak, so aku catuk je makan diaorang sorang sikit.

Kat situ ada juga sudut permainan congkak, dam aji dan carom. Jadi sambil-sambil lepak makan, budak-budak ni main lah kejap.



Aku punyalah bawa ajaran sesat peraturan main dam aji ni. Kaaahhh kahhh kahhh. Mana lah aku ingat cara main. Diaorang ni pula memang tak pernah main dam aji. Nasib lah tok laki dah betulkan. Kalau tak memang ajaran sesat sampai 7 keturunan.

Tok laki ngan kakak main congkak kat sebelah. Yang ni kakak pula yang ajar abah dia main congkak. Haruslah abah dia kalah. Pastu abah dia suka hati je nak main bom ikut peraturan dia.

Next destination.. Istana Kenangan. Aku pernah pergi sini dulu tahun 2010. Masa ni Istana Kenangan tak buka.

So adalah rezeki aku nak jejak semula.

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau Istana Tepas. Dia tak gunakan paku langsung. Cuma menggunakan teknik pasak, tanggam kayu, dan anyaman tepas. 




Masuk dalam ni free aje. Adalah sedikit informasi di bahagian bawah mengenai sejarah Istana ni. Tapi dalam istana kosong kecuali di bahagian balai rung seri. Ada tahta dan tempat menteri duduk. Kawasan ni dia tak benarkan ambil gambar. Tak tahu kenapa. 

Aku pun lurus aje tak amik gambar. Takut :P 

Istana ni suis lampu dia masih guna tombol yang lama tau. Ala masa kita tahun 80-an. Aku tunjuklah kat mereka.. dulu ibu punya suis lampu macam ni.

Istana ni takdelah besar mana pun. Ada dalam 5 ruang. Sayangnya kat atas tu takde info yang dia letakkan. Memang kosong semata. 





itu destinasi terakhir kami hari ni. Ingat dalam perjalanan nak singgah Kellie's Castle tapi tak jadi disebakan tok laki aku dimomokkan dengan cerita tak best. Sabar jelah.

Hujan turun di satu dia kawasan masa dalam perjalanan. Ingat nak singgah RnR Tapah untuk charge kereta tapi terlajak pula. adoi. Kereta tunjuk bakteri ada lagi 17%. Kami tawakal je cari dalam apps charger terdekat.

Alhamdullilah kami sempat singgah Behrang SB Layby. Ada plug yang kosong. Charge dia boleh lah.. tak berapa laju tapi dia DC tau. Elektrik dia tak stabil. itu lah kelemahan charge kat Malaysia ni. Sabar je lah. Kami charge 50% je untuk cukup sampai rumah. Nanti lepas tu boleh charge kat rumah murah sikit :p

Sambil tunggu tu sempat lah kami gie solat kat surau Petron. Hentian ni takde surau. Sepatutnya dia dah upgrade lah sebab ramai kot singgah sini andai tapah penuh.

Macam biasa, kalau dah lepak RnR ke hentian ke memang ibu abah dia kena paw lah. Macam-macam pula mereka minta. Kita layankan aje sebab bila sejuk hujan aku pun jadi lapar.

Selesai semua.. moh lah kita balik.


Tah bila diaorang buat macam ni. Toleh belakang.. Subahanallah. sabar jelah nak. patut sepanjang jalan lepas berhenti diaorang diam je. Nasib lah abah dia bawa santai-santai je. 

Bantal tu memang diaorang bawa andai kena tidur luar. bantal busuk masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

01 Februari - Day Two Trip to Kuala Kangsar

First day berlalu dengan meriah .  Malam tu sambut birthday Kakak walaupun dah seminggu lebih berlalu. Kak Ngah buat steamboat. Nyum.. nyum....