Hari nie nk gie jalan-jalan kat Kuala Kangsar sebab asmad nak ambil gambar Masjid Kuala Kangsar dan bersiar-siar di sekitarnya.
So kitaorg pun bergerak lah ke Kuala Kangsar dalam pukul 11 pagi mengikuti jalan Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit dengan kadar tol sebanyak RM3.50 sahaja.
First location.. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Dari luar pun masjid tu nampak cantik. Bila masuk nampak ciri-ciri binaan lama pada kayu dan batunya. sejuk jer masjid nie mungkin sebab mamarnya yang mahal. Tapi masjid nie kecil sikit dan tak berapa sangat dijaga. Cerita pembinaan masjid nie sebab sultannya bernazar kalau sihat dari penyakitnya dia akan bina masjid kat bukit Candan nie. so pada 26 September 1913, Sultan Idris Shah 1 pun meletakkan batu asas di masjid tersebut. Masjid tersebut telah siap dibina dan dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah, Sultan ke 26 pada 1917.
p/s: rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Ubudiah,_Perak
Seterusnya kami bergerak menuju ke Istana Iskandariah, terletak di atas puncak bukit Chandan, Kuala Kangsar. agak jauh bangunan istananya dari pintu pagar so tiada tempat yang strategik untuk kami ambil gambar istana tersebut.
Sambil mengelilingi kawasan istana, tiba-tiba aku nampak dari jauh satu bentuk bangunan yang cantik. So kami pun menuju ke sana. Rupanya ia adalah Istana Kenangan, Kuala Kangsar. Istana Kenangan juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Pada asalnya, istana ini dibina sebagai tempat persemayaman sementara Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) sementara menantikan siapnya pembinaan Istana Iskandariah. Kini Bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium di Raja Perak yang mempamerkan sejarah kesultanan dan menyimpan alat-alat kebesaran Negeri.
Malangnya, kami tidak dapat masuk ke kawasan tersebut kerana ia di dalam proses pembaikpuliharaan. tapi bangunannya memang cantik dan berseni. Agak kecil untuk seorang sultan bersemayam di situ. katanya bangunan itu kalau tengok dari atas seperti sebilah pedang tapi aku pun tak pasti sebab tak nampak ciri-ciri sebilah pedang pun. hee heee
Lokasi seterusnya... Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Bangunannya macam ala-ala britis sikit. Kami tak masuk galeri ini sebab malas nak bayar tiket. Harga tiket RM 4.00 dewasa. So ambil gambar kat luar sahaja. Bangunannya pun cantik dan terdapat binaan labu sayung yang agak besar berwarna hitam menghiasi lamannya.
Letih berjalan, kami singgah di Medan Cendol dan Laksa. Kononnya nak merasa cendol yang dikatakan sedap tapi taklah berapa sedap cendol dan laksanya. agaknya mungkin kami salah pilih tempat makan kot. Selesai makan kami mengakhiri pengembaraan dengan memandu ke Jaya Jusco, Ipoh dengan mengikut jalan dalam. Perjalanan yang mengambil masa sejam lebih dan penuh kesesatan amat meletihkan.
Sampai Jaya Jusco, Ipoh.. aduh!! sangat sesak menggalahkan Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang. mungkin kerana tempatnya yang sempit menyebabkan aku rasa suasana yang sangat serabut.banyak kedai yang tutup sebab raya cina. emm... tak best pun JJ Ipoh nie. bosan jer..
Makan tengahari kami di Pizza Hut, Ipoh Garden. Pizza hut yang tak best aku pergi. markah 30%. jer. dahlah dengan harga pizza yang mahal, ada ke patut dia hidangakan kami dengan roti yang hangus dan sejuk??? aku memang tak puas hati dengan Pizza hut ini. sudahlah tiada ais, meja yang melekit, lantai berselerak, pelayan yang tidak kemas berpakaian.. malah ada pelayan yang makan buah di tempat salad
p/s : Dia bawa bekas buah untuk diletakkan di tempat salad sambil berjalan dia mengambil buah yang terdapat didalam bekas tersebut lalu memakannya. Pelayan boleh buat begitu ker???)
Sampai rumah sudah pukul 6 petang... opss lupa ketika di Jaya Jusco aku telah membeli 2 buah buku komik bertajuk 'Pakcik Kaki Panjang-prolog' dan 'Pakcik Kaki Panjang-monolog' heee heee.
aku harap aktiviti percutian seperti ini dapat mengeratkan kasih sayang aku dan suami. amin...
deq su
15/02/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan