Jumaat, 31 Disember 2021

REDHA AKAN KETENTUAN ALLAH

 Alangkah baiknya jika engkau bersikap manis meski hidup itu sendiri pahit. 

-Imam Syafi'i-

..............................................................................................................................................................


Sudah dua minggu berlalu selepas kejadian banjir besar di Selangor yang mengejutkan satu negara. Bila Allah menunjukan kuasaNya.. tidak lambat dan tidak cepat. semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Pasca banjir. ramai yang datang membantu.. rakyat dari seluruh pelusok datang bersama-sama berganding bahu.. membantu dan memberi semangat. Sungguh bertuah menjadi rakyat Malaysia. terlalu ramai yang perihatin yang sanggup bersusah payah bersama-sama. Aku serius selute pada rakyat Malaysia yang baik hati.

Tapi dalam keperitan ada pula kisah yang tidak sedap di dengar.. sungguh aku terkejut sebab aku yakin bila sesuatu bencana melanda kita akan terus muhasabah diri. Memohon keampunan dari Allah.

Bantuan yang diberi adalah dengan sekilas hati. bila aku mula dengar ada yang mengambil kesempatan dalam kebaikan orang aku frust betul.

Kisahnya..

Bila berlaku bencana ini, kelab kebajikan opis aku bertindak membantu kakitangan yang terkesan dengan banjir ini. Macam-macam bantuan yang diberi. walaupun tidak banyak, tapi Alhamdullilah boleh lah membantu sedikit sebanyak.

Namun bila ada yang ambil kesempatan. mohon yang macam-macam.. aku rasa orang kaya pun boleh bankrup. 

Bayangkan.. bila ada yang duduk di pusat pemindahan yang opis tetapkan, kami berikan bantuan makanan dengan harapan bantuan makanan itu membantu untuk mengenyangkan perut anak dan isteri. Pada aku bila kita ditimpa bencana, kita tidak akan lalu makan dan akan memesan makanan yang biasa.

Sedihnya bila ada hamba Allah ini demand. Membuat pesanan yang bagi aku memang melampau. sup ekor!! bukan sekali di pesan.. sepanjang beberapa hari di situ 2 kali dia pesan sup ekor. dengan jumlah keseluruhan pesanan makanan dia RM200++. ada pula yang siap memesan roti canai. bukan sekeping dua ye.. lebih 10 keping.

Itu bukan untuk mengenyangkan.. itu mengikut nafsu.. 

Kelab memang dah salurkan banyak bantuan tapi manalah mampu kelab untuk memberi bantuan keseluruhan sampai lengkap satu rumah nak dibaiki dan dibeli baru. Tak mungkin untuk kelab menyediakan serba serbi keperluan didalam rumah mangsa. mereka membantu mengikut kemampuan sebab yang terkesan bukan seorang dua.

yang lebih mendatangkan sakit hati bila aku tahu kakitangan yang banyak demand ini adalah kakitangan yang tidak pernah membayar yuran kelab.. haru betul. kemudian updated FB bagi tahu kelab tidak membantu. hampa sungguh!!

Berlainan pula bila kita menguruskan ahli yang setiap tahun membuat bayaran. sampai ajk pula yang dok tanya mereka mana borang permohonan bantuan. Masing-masing menolak untuk diberi bantuan kerana pada mereka bencana itu satu ujian dan mereka redha.

Bezakan..

Malas lah aku nak cerita kisah-kisah lain yang memang menyakitkan hati kat sini.

Aku hanya dengar je ajk-ajak bercerita, nak komen lebih-lebih nanti menjadi-jadi panas hati aku ni.. aku cuma katakan perbezaan orang yang redha dan yang jadi hamba duit.

Sungguh aku kecewa. sebab bila kita memberi dengan seikhlas hati.. kita cuba membantu sedaya upaya tapi ada insan-insan yang sebegini. menjadikan kita frust untuk terus membantu. dari keikhlasan itu terus jadi tidak ikhlas. terus jadi tawar hati.

Redha lah dengan ketentuan Allah, sebab akan ada yang lebih baik untuk kita Allah aturkan bila kita redha dan muhasabah diri. Insya Allah


Khamis, 23 Disember 2021

Banjir Klang - Shah Alam 2021

  “Ya Allah, turunkan lah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan."


- HR. Bukhari dan Muslim - 

.................................................................................................................................................


Mak mertua aku kata sepanjang mereka duduk di klang dan bina rumah, tak pernah rumah itu dinaiki banjir walaupun ketika air laut pasang besar.


Namun Allah Maha Berkuasa. dalam sekelip mata sahaja rumah mak dimasuki air.


Hari jumaat 17 Disember 2021, petang dalam pukul 6 aku kalut buat kerja kat opis sebab nak cuti hujung minggu dengan tenang. Hujan memang lebat kat luar dari pukul 3 lebih. Memang cuaca gelap sangat-sangat.


Tengah leka tu tiba-tiba kawan aku call suruh balik sekarang sebab air dah mula naik kat depan opis. Aku apa lagi kalut lah kemas meja, tutup suis lampu. Buka je pintu opis tu.. haaa amik kau. dengan hujan selebat-lebatnya.. dengan gelap gelita. Nasib baik aku tergerak hati untuk parking kereta betul-betul menghala pintu. tapi nak ke kereta memang basah kuyup lah juga.


Masa nak punch-out, bos pulak call.. pun suruh aku balik sekarang! Lagi lah aku kalut. Sampai trafik light RHB, husband pula call tanya kat mana. Dia suruh aku hati-hati sebab keadaan cuaca memang sangat gelap.


Sepanjang jalan bawa kereta tu aku berdebar-debar. cemas dan takut. Tergerak pula hati nak ikut jalan persiaran raja muda musa. Selalu aku balik akan ikut jalan ke west port. tapi naluri aku kata tentu situ air akan naik. Alhamdullilah pilihan aku tepat. Ramai kawan-kawan yang ikut jalan west port tu tersekat dan ada yang terperangkap sehingga jam 10 malam.


Alhamdullilah sampai rumah dengan selamat walaupun aku bawa kereta slow kerana cuaca yang gelap dan hujan lebat membataskan penglihatan. Memang tak nampak lubang atau longkang sebab semua sudah dipenuhi air hujan.


Husband pula tolong masakkan air untuk buat air mandian. Kesian tengok aku dah menggigil sebab kesejukan dan ketakutan.


Selang beberapa jam, satu persatu notifikasi wassup masuk. Semua update keadaan masing-masing dan persekitaran. Jalan.. Rumah.. Kereta.. semuanya dinaiki air. Ya Allah.. even baca wassap tu pun aku dah rasa seram dan cuak. inikan pula mereka yang mengalaminya


Serius aku berdebar-debar sepanjang malam. Risaukan keadaan buruk yang mungkin akan berlaku pada keluarga aku juga. Fikirkan apa plan yang perlu dibuat andai aku juga menerima nasib yang sama seperti mereka. Akhirnya aku berdoa banyak-banyak agar aku dan keluarga dijauhi dari bala yang tidak diingini dan bertenang, itu sahaja yang mampu aku buat.


Alhamdullilah, rumah aku selamat dari bencana banjir itu tapi melihat keadaan rumah kawan-kawan dan keadaan sekitar di klang serta shah alam. Aku memang sedih sangat. Aku hanya mampu berdoa semoga urusan mereka dipermudahkan.


Aku memang tabik pada rakyat Malaysia yang sangat perihatin. Saling bantu membantu. Menghulurkan bantuan tanpa mengenal bangsa dan agama. Sekarang apa yang aku fikir dengan keadaan wabak covid.. dengan bencana banjir ini.. benda yang paling penting ialah Rakyat Jaga Rakyat.


Keadaan Lorong Rumah Mak


opis pada 18/12/2021
Air dah start masuk. Tak pernah rumah ini di landa banjir


Isnin, 13 Disember 2021

Kad Kredit cecah limit! LG 15kg Front Load Washer punya pasal

 “Shopping is my cardio.”


‒ Carrie Bradshaw, ‘Sex And The City’-

............................................................................................................................................


Malas nak cakap.. ingatkan perempuan je kalau belanja habis duit.. lelaki pun sama.. haaa haa


Aku ada lah sekeping kad kredit. Selalu guna untuk bayar time beli barang dapur atau beli mcd.. Swap je kan.. Dalam dompet ni selalu memang takde cash. Beli barang pun kat shopee.. memang tak lah aku nak pegang cash banyak-banyak.


Kalau ada pun dalam sepuluh ringgit semata untuk beli lunch.. tapi kadang-kadang itu pun beli pakai grab kalau takde duit dalam dompet ni. harap je dompetnya besar . Cashless sangat dah ni.


Last week mesin basuh kami buat hal.. nak basuh tak boleh. pintu tak boleh tutup. meragam.. macam-macam lah dia buat perangai. Kalau hal mendobi ni memang diserahkan sepenuhnya pada husband aku. dari basuh sampai lah bersidai. Memang aku tak handle bab ni. 


Bila barang dia buat masalah. Start menyusahkan dia dan bini dia pula dah mula membebel.. mula lah dia meng google. cari mesin baru. Cari yang berkenan di hati. tengok review orang lain.


So dah jumpa yang berkenan di hati, dia ajak lah gie Senheng. Kalau barang elektrik memang kami suka beli kat sana. sebab ada warranty tambahan. So kalau ada masalah boleh call je, nanti dia datang baiki.


Mesin basuh lama jenis washer dryer. So dia jadi cepat rosak sebab lepas basuh dia keringkan. Dia jadi macam tak tahan lama. Dah banyak kali orang service datang rumah baiki dan tukar barang. Sampai lah warranty dia habis bulan 10 hari tu. nasib ada warranty kalau tak memang kopak aku. Malas nak pening kepala kami tukar yang baru sebab kos untuk baiki dia memang besar.


Kami amik mesin basuh Front Load 15kg sebab sebelum ni beli 8kg asyik kena basuh sehari sampai dua tiga kali. Amik yang washer je.. tiada fungsi dryer. Macam dah serik nak amik yang dwi fungsi. Stress 4 tahun dengan dia. So harap yang baru ni boleh dah bertahan lama. Kami jug amik extra warranty 2+1+1.


Tapi... tapi... ada orang tu dah biasa hidup dengan baju yang dibasuh terus kering. Mula lah dia gelisah. Sebab bila takde dryer, akan menambah kerja dia untuk menyidai baju-baju tu. scroll lagi cari pulak mesin dryer. Google.. Senheng.. swap..


Haaa amikkkkk.. terus kad kredit cecah limit. huu huu.. So lepas ni kena lah puasa swap paling awal 6 bulan. Even beli secara installment sebab dia zero interest dan sebab i tak kaya  tak banyak mana pun bayar bulan-bulan. tapi nak buat macam mana sebab aku ambil yang limit dia paling sikit. Dulu bank ada offer nak naikkan limit tu tapi tak nak lah sebab memang guna untuk beli barang dapur je dengan isi minyak kalau tiba-tiba emergency malam-malam. kiranya tak pakai banyak lah dan every month memang dapat gaji terus bayar habis.


Ni dah jadi macam ni.. macam mana.. swap kad debit pulak lah nampaknya.. haa haa


Ini adalah barang kesayangan husband i :P

Kenapa katak?

 “Don’t limit yourself. Many people limit themselves to what they think they can do. You can go as far as your mind lets you. What you believe, remember, you can achieve.” 

- Mary Kay Ash -

.................................................................................................................................................


Apa watak fiksyen kegemaran korang? 


Aku sering ditanya kenapa memilih katak? semua orang di sekeliling aku tahu yang aku suka katak.


Kisahnya bermula masa aku sekolah menengah. tak ingat form berapa,, setiap hari setiap pagi aku akan lihat ada seekor kata yang akan melompat di laluan yang sama menuju ke luar rumah. Tiba-tiba beberapa hari tu aku tengok dia dah takde.. tanya arwah ayah, ada nampak tak katak tu. sebab ayah pun memang perasan yang katak itu wujud.


tahu tak jawapan ayah.. katak tu dah mati sebab ayah terpijak... huu huu


cerita selingan je tu.. tapi sebab kenapa aku suka katak.. susah juga aku nak jelaskan.


Selama aku minat dengan katak ni aku macam tak terfikir ada orang yang suka katak juga. sebab rasanya lebih ramai yang geli dengan katak. sampai lah aku pindah tempat kerja kat klang ni.


rupanya ada rakan sekerja satu opis yang suka dengan katak juga. haaa meriah lah bila ada member sekaki. sampaikan kami ada satu port untuk letak barang-barang katak kami.


Then aku kena pindah putrajaya.. berangkut lah semua katak-katak aku menghiasi meja pejabat di putrajaya tu. 


tapi setiap kali 5S.. aku kena lah sorokkan mereka.. dan setiap kali aku mengandung pun aku terpaksa simpang diorang ni dalam kotak.. haaa haaa


but yang paling best aku ada ramai kawan-kawan yang support minat aku ni tau. Asal jumpa je katak dimana-mana mula lah hantar gambar kat aku.. saja bakar line.


ayat diaorang sama je.. asal nampak katak mesti teringat kat aku.. pandai je ye..


Nur Ikhlas pun banyak kali dok tanya kenapa aku suka katak.. sebab dia comel... boleh?




Ni work station aku sekarang.. nur ikhlas yang ambil gambar ni. Aku tak sempat nak kemas-kemas.. nampak sedikit serabut tapi bila aku dah duduk kat kerusi tu aku macam berada di tempat sendiri.


Alas tu baru aku letak lepas eksident hari tu. sebab bila nak letak siku kat meja terasa sakit. Pergi DIY nampak pulak si katak ni.. haa kita rembat lah. 


Banyak yang aku dah simpan dalam kotak. konon-konon nak simpan dalam almari kaca tapi macam tak elok pulak kan.. haa haa


Sebenarnya ada satu lagi barang katak yang aku takde.. Cermin katak!

Jumaat, 10 Disember 2021

Farmasi pandu lalu (drive-thru fharmacy) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

 Daripada al-Harith bin Suiyed beliau berkata, telah berkata Abdullah bin Masud bahaw Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya.” 

(Sahih Bukhari No: 5255) 

..........................................................................................................................................................


Pasca kemalangan..


Selepas kemalangan hari tu, aku dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan memasang besi di siku. dapat lah mc 3 bulan.


Sebenarnya aku buat operation dua kali. Kali pertama untuk pasang besi sebab siku patah dan kali kedua untuk buang skru besi kerana skru itu mengganggu pergerakkan tangan.


2 kali pembendahan dalam setahun.. memang kesan sakit tu berpanjangan lah. Kalau berada di dalam air-cond atau hujan, kesejukan itu yang menyebabkan tangan ini rasa sakit sangat.


Last appointment aku di HTAR bulan Oktober hari tu. doktor suruh scan balik untuk tengok cantuman tulang tersebut. Hasilnya tulang tu dah bercantum cuma kadar kalsium tidak banyak kat situ. So aku kena ambil ubat kalsium supaya tulang tu lagi cantik.


Next appoinment bulan 3 2022.. untuk bagi jadual operation untuk buang besi pulak..


So doktor bagi aku kalsium untuk mempercepatkan kesembuhan dan menguatkan tulang aku. First ambil ubat tu aku dibekalkan dengan keperluan dua bulan pengambilan dan ahli farmasi bagi tahu yang aku kena ambil ubat difarmasi pandu lalu bagi bulan seterusnya sampai ke appoinment akan datang dekat Farmasi pandu lalu.


Mula-mula cuak juga aku nak berurusan dengan farmasi pandu lalu ni. Dok terfikir kat mana kaunter dia sebab dah berpuluh kali ulang alik hospital tak pernah pula nampak bangunan tu. Tapi tawakkal aje lah. Benda baru untuk diri kita kenalah kita explore kan. Nasib baik masa awal tu farmasi ada bagi keratan cara untuk buat permohonan. then masa mereka emel no giliran tu pun dia ada bagi peta.

kalau ikut peta ni confirm tak sesat.

Bagusnya farmasi pandu lalu ni, korang tak perlu nak beratur panjang. tak perlu nak tunggu lama.. Cuma scan kod QR yang mereka bagi kat hp korang, klik link then ikut je arahan.


Tapi sebelum itu, korang kena ambil dulu gambar kertas preskripsi depan belakang untuk upload dalam permohonan itu.


Korang kena ingat tau.. permohonan tu kena buat 3-5 hari bekerja sebelum tarikh pungutan ubat. Macam aku.. kena amik ubat 9hb so aku scan QR kod tu pada hari isnin 6hb. Nanti pemakluman nombor giliran dia akan bagi dalam emel yang kita daftarkan.


Memang cepat je.. aku ambil masa dalam 30 minit drive pergi balik. Berhenti kat kaunter bagi tahu nombor giliran dan serahkan kertas preskripsi tak sampai 2 minit selesai. tak matikan enjin pun. Perkhidmatan yang sangat bagus.. aku suka 


Nanti dapat emel macam ni :)

comel je kaunter dia


Selasa, 7 Disember 2021

Lawan berakhir dengan kawan

 Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam, hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam, esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan, hari-hari kemudian kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam, tapi andai esok tiada lagi kita tetap kawan, kawan selamanya dalam kenangan. 

-amrebayasi-

............................................................................................................


Korang pernah zaman sekolah dulu macam menyampah sangat dekat seseorang?


Orang tu tak buat apa pun kat korang. tapi memang kalau kau tengok dia je terus meluat.. menyampah


Life aku 13 tahun dibesarkan di KL (congratulation KL City!! nak juga tumpang glamor) sebelum berpindah ke selangor. Even aku duduk kl dan dekat sangat dengan chow kit.. plaza.. sogo.. CM.. aku langsung tak pernah terfikir nak merayap ke apa. Paling jahat yang aku buat bila ikut kak ngah lepak kat titiwangsa.. Lepas tu macam menyesal lah sebab jadi budak jahat.. hee hee


So rakan-rakan sekeliling aku boleh dikatakan insan-insan yang suci murni.


Form two aku bertukar sekolah ke Selangor. Sekolah pulak sekolah campur lelaki perempuan. Masa tu aku memang culture shock habis.. Kita kan sedang meningkat dewasa.. Memang payah aku nak terima keadaan tu. Aku start lah membina macam-macam benteng dalam diri ni.


Masa awal persekolahan di sekolah baru tu, aku ada aim sorang budak perempuan ni tau. Agak popular lah dikalangan setingkatan aku.


Serius tiba-tiba aku jadi annoying sangat dengan dia. Sebabnya dia cakap lembut sangat. Pada mata orang lain, dia macam biasa je. Tapi pada mata aku ni.. adoi budak ni ngade-ngade sangat. cakap manja tah apa-apa.. haaaa gitu lah.


Sedangkan dia tak buat apa pun kat aku. tak de langsung kami ni berbalah ke. tarik muka ke. memang dia baik sangat. Tapi aku jadi menyampah. tak tahu kenapa. Mungkin bila aku mula bina benteng tu, aku jadi macam budak yang ganas,, yang garang.. yang cakap main lepas. tengok pulak ada minah yang ayu, lemah lembut, sopan santun.. berbulu je mata ni.


So nama dia tersenarailah dalam list musuh aku.. wakakakakak.


Sehinggalah suatu hari, aku tak ingat masa tu aku form berapa. tapi tah macam mana aku balik sekolah berdua dengan dia. Dulu-dulu pergi sekolah balik sekolah jalan kaki. tak de maknanya mak ayah nak amik macam budak-budak sekarang.


cuba teka mana satu dia

Aku dok borak-borak.. borak biasa je.. ye lah kalau kita borak tak lah terasa jauh rumah tu nak menapak kan.. sampai nak ke sekolah cina, tepi padang.. sambil jalan aku tiba-tiba bagi tau dia.


"Asma.. nak tahu tak sebenarnya aida tak suka kat asma"


haa haa mulut tak boleh cover kan..  suka berterus terang kan.. haa itu lah aku dari dulu sampai sekarang. Terkejut beruk tau dia.. pastu dia tanya kenapa tak suka dia. Aku pun bagitahu lah alasan nya.. sebab aku menyampah tengok dia cakap lemah lembut.


But aku bagitahu yang aku suka berterus terang dan aku bgtahu dia yang kenapa aku tak suka dia tapi takdelah sampai nak putus kawan. nasib dia boleh terima pengakuan aku yang telus dan stright to the point.


Tak sangka lepas habis diploma, dia tolong carikan aku kerja. Alhamdullilah dapat setahun lebih berkerja bersama dia. Dia banyak juga bagi kata-kata semangat dan kisah dia pun banyak memberikan aku motivasi.


Teringat bila first time dengar lagu hi hi bye bye nanyian ezlyn, kita orang tercari-cari penyanyi dia. ingatkan juliana banos yang nyanyi.. rupanya bukan. siap dengar lirik betul-betul untuk salin dan nyanyi sama-sama.


Masa dia kena ngorat dengan laki dia sekarang.. masa dia jumpa family lelaki.. masa sama-sama naik genting dengan sir.. kerja bersama.. banyak kenangan dengan dia ni. 


But sampai sekarang dia still lemah lembut. adoii aku memang tak boleh blah lah.. haaa haa


Dah lama juga tak gie raya rumah dia. nanti lah bila keadaan dah ok aku nak datang beraya rumah dia. Lagi pun dalam bulan mac 2020 hari tu kami ada plan nak buat perjumpaan dengan kawan-kawan. tapi apa kan daya covid 19 mengganas. hmmmm..


Ok next nanti aku nak cerita crush aku masa kat sekolah.. boleh?


miss u asma!!

Khamis, 2 Disember 2021

Peritnya erti kehilangan

Andainya takdir seorang untuk melepaskan seseorang yang disayangi kembali kepada Sang Pencipta. Perindu yang terbaik adalah disaatkan melepaskan mereka kembali kepada Sang kekasih yang Abadi 

-Nor Aisyah Binti Samsudin-

...................................................................................................................................................


12 Julai 2021.. 


Perginya seorang insan yang aku gelar ayah.


Tak sempat untuk jumpa ayah buat kali terakhir. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba.. semuanya berlaku dengan sekelip mata.


Sehari sebelum, sempat buat video call dengan dia. Mengusik dia seperti biasa.


Pagi kejadian, mak hantar gambar ayah sedang membaca kitab sambil berbaring. Ayah nampak cukup sihat. Segala-galanya berlaku start petang jam 4 lebih. Ayah mula mengadu sakit di perut. Kejadian sangat pantas. Itu lah kali terakhir mak jumpa ayah sebelum kak ngah hantar ke hospital dan disahkan ayah telah tiada.


Mak jumpa ayah kembali pukul 9 malam. untuk urusan sembahyang di surau. Memang kami sekeluarga masih tak percaya yang ayah dah takde.


Ayah selamat dikebumikan jam 10 malam.


Alhamdullilah segalanya urusan dipermudahkan. Dari urusan di hospital sehingga urusan di tanah perkuburan.


Terkilan bila tak dapat jumpa ayah. tapi aku kena redha. Keadaan PKP dan Sekatan Jalan Raya.. urusan di balai polis untuk kelulusan merentas daerah. semuanya seakan menyekat aku untuk segera ke Ipoh. cuba sehabis cepat namun apakan daya.


Al fatihah buat ayahanda tercinta.

Damailah ayah di sana..
Memang bukan mudah untuk kami menerima kehilangan ini. Namun semuanya telah tertulis sejak azali.. Siapa aku untuk menidakkan kebenaran ini.

Semoga Allah merahmati ayah ku. Semoga Allah menjaga ayah ku.

Ampunilah semua dosa2nya ya Allah.

Tempatkanlah ayah ku ke syurga Mu, ya Allah

Ayah..

Anak2 mu akan sentiasa mengirimkan doa buat ayah. Kami akan sentiasa merinduimu.

Selalu..

wordless wednesday #1