Khamis, 23 Disember 2021

Banjir Klang - Shah Alam 2021

  “Ya Allah, turunkan lah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan."


- HR. Bukhari dan Muslim - 

.................................................................................................................................................


Mak mertua aku kata sepanjang mereka duduk di klang dan bina rumah, tak pernah rumah itu dinaiki banjir walaupun ketika air laut pasang besar.


Namun Allah Maha Berkuasa. dalam sekelip mata sahaja rumah mak dimasuki air.


Hari jumaat 17 Disember 2021, petang dalam pukul 6 aku kalut buat kerja kat opis sebab nak cuti hujung minggu dengan tenang. Hujan memang lebat kat luar dari pukul 3 lebih. Memang cuaca gelap sangat-sangat.


Tengah leka tu tiba-tiba kawan aku call suruh balik sekarang sebab air dah mula naik kat depan opis. Aku apa lagi kalut lah kemas meja, tutup suis lampu. Buka je pintu opis tu.. haaa amik kau. dengan hujan selebat-lebatnya.. dengan gelap gelita. Nasib baik aku tergerak hati untuk parking kereta betul-betul menghala pintu. tapi nak ke kereta memang basah kuyup lah juga.


Masa nak punch-out, bos pulak call.. pun suruh aku balik sekarang! Lagi lah aku kalut. Sampai trafik light RHB, husband pula call tanya kat mana. Dia suruh aku hati-hati sebab keadaan cuaca memang sangat gelap.


Sepanjang jalan bawa kereta tu aku berdebar-debar. cemas dan takut. Tergerak pula hati nak ikut jalan persiaran raja muda musa. Selalu aku balik akan ikut jalan ke west port. tapi naluri aku kata tentu situ air akan naik. Alhamdullilah pilihan aku tepat. Ramai kawan-kawan yang ikut jalan west port tu tersekat dan ada yang terperangkap sehingga jam 10 malam.


Alhamdullilah sampai rumah dengan selamat walaupun aku bawa kereta slow kerana cuaca yang gelap dan hujan lebat membataskan penglihatan. Memang tak nampak lubang atau longkang sebab semua sudah dipenuhi air hujan.


Husband pula tolong masakkan air untuk buat air mandian. Kesian tengok aku dah menggigil sebab kesejukan dan ketakutan.


Selang beberapa jam, satu persatu notifikasi wassup masuk. Semua update keadaan masing-masing dan persekitaran. Jalan.. Rumah.. Kereta.. semuanya dinaiki air. Ya Allah.. even baca wassap tu pun aku dah rasa seram dan cuak. inikan pula mereka yang mengalaminya


Serius aku berdebar-debar sepanjang malam. Risaukan keadaan buruk yang mungkin akan berlaku pada keluarga aku juga. Fikirkan apa plan yang perlu dibuat andai aku juga menerima nasib yang sama seperti mereka. Akhirnya aku berdoa banyak-banyak agar aku dan keluarga dijauhi dari bala yang tidak diingini dan bertenang, itu sahaja yang mampu aku buat.


Alhamdullilah, rumah aku selamat dari bencana banjir itu tapi melihat keadaan rumah kawan-kawan dan keadaan sekitar di klang serta shah alam. Aku memang sedih sangat. Aku hanya mampu berdoa semoga urusan mereka dipermudahkan.


Aku memang tabik pada rakyat Malaysia yang sangat perihatin. Saling bantu membantu. Menghulurkan bantuan tanpa mengenal bangsa dan agama. Sekarang apa yang aku fikir dengan keadaan wabak covid.. dengan bencana banjir ini.. benda yang paling penting ialah Rakyat Jaga Rakyat.


Keadaan Lorong Rumah Mak


opis pada 18/12/2021
Air dah start masuk. Tak pernah rumah ini di landa banjir


1 ulasan:

  1. hari Sabtu tu seharian rumah ammi pasang Channel Awani, channel berita. Masa tu sedihnya bila dpt video sana sini pasal banjir ni

    BalasPadam

Wordless Wednesday #14