Khamis, 2 Disember 2021

Peritnya erti kehilangan

Andainya takdir seorang untuk melepaskan seseorang yang disayangi kembali kepada Sang Pencipta. Perindu yang terbaik adalah disaatkan melepaskan mereka kembali kepada Sang kekasih yang Abadi 

-Nor Aisyah Binti Samsudin-

...................................................................................................................................................


12 Julai 2021.. 


Perginya seorang insan yang aku gelar ayah.


Tak sempat untuk jumpa ayah buat kali terakhir. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba.. semuanya berlaku dengan sekelip mata.


Sehari sebelum, sempat buat video call dengan dia. Mengusik dia seperti biasa.


Pagi kejadian, mak hantar gambar ayah sedang membaca kitab sambil berbaring. Ayah nampak cukup sihat. Segala-galanya berlaku start petang jam 4 lebih. Ayah mula mengadu sakit di perut. Kejadian sangat pantas. Itu lah kali terakhir mak jumpa ayah sebelum kak ngah hantar ke hospital dan disahkan ayah telah tiada.


Mak jumpa ayah kembali pukul 9 malam. untuk urusan sembahyang di surau. Memang kami sekeluarga masih tak percaya yang ayah dah takde.


Ayah selamat dikebumikan jam 10 malam.


Alhamdullilah segalanya urusan dipermudahkan. Dari urusan di hospital sehingga urusan di tanah perkuburan.


Terkilan bila tak dapat jumpa ayah. tapi aku kena redha. Keadaan PKP dan Sekatan Jalan Raya.. urusan di balai polis untuk kelulusan merentas daerah. semuanya seakan menyekat aku untuk segera ke Ipoh. cuba sehabis cepat namun apakan daya.


Al fatihah buat ayahanda tercinta.

Damailah ayah di sana..
Memang bukan mudah untuk kami menerima kehilangan ini. Namun semuanya telah tertulis sejak azali.. Siapa aku untuk menidakkan kebenaran ini.

Semoga Allah merahmati ayah ku. Semoga Allah menjaga ayah ku.

Ampunilah semua dosa2nya ya Allah.

Tempatkanlah ayah ku ke syurga Mu, ya Allah

Ayah..

Anak2 mu akan sentiasa mengirimkan doa buat ayah. Kami akan sentiasa merinduimu.

Selalu..

2 ulasan:

  1. Innalillahiwainnailayhirojiuun..
    Salam takziah Deq Sue.
    Moga roh arwah ditempatkan di kalangan roh2 para solihin.

    Apa yg Deq Sue lalui, telah Kak Sam lalui Ogos lepas, hilang bonda tercinta. Faham sgt situasinya mcm mana. Bertabah ye.. Moga kelak kita semua dihimpunkan semula di Syurga yg kekal abadi. Aamiin Ya Robbal Alaminnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin.. terima kasih kak sam.. salam takziah buat akak dan family juga atas kehilangan ibu tercinta.

      Padam

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................