Khamis, 18 September 2014

Kikker Mania Collection

Assalammualaikum..



قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ « عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ »
Ada yang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Wahai Rasulullah, mata pencaharian apakah yang paling baik?” Beliau bersabda, “Pekerjaan seorang laki-laki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur (diberkahi).” (HR. Ahmad, Ath Thobroni, dan Al Hakim. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)


Motivasi untuk hari ini....

Alhamdullilah.. dah berjaya untuk setup satu perniagaan kecil-kecilan. Perniagaan berdasarkan minat je. So harap-harap dapat berkembang. Insya Allah.

So pada sesiapa yang terbaca entry nie (heee heee ada ker?) boleh lah melawat blog dan FB ibu. Ianya masih baru so tak banyak sangat entry yang ada. Tapi kalau nak buat cuci mata boleh lah. Kalau sudi bolehlah follow dan like ye.

Kawan-kawan doakan apa yang ibu usahkan ini akan terus maju dan sentiasa dimurahkan rezeki. Bukan mudah untuk melakukan sesuatu yang baru tapi ibu kena selalu berfikiran positif kan. Ibu juga sentiasa mendoakan apa yang kawan-kawan sedang usahakan berjaya dan maju.

Insya Allah..

p/s: segan pulak bila nak promote page sendiri. heee heee :) 

Khamis, 4 September 2014

Keluarga : Membantu anak yang suka mengamuk (tantrum)


Assalammualaikum..

Dari malam semalam hingga hari ini ibu kurang sihat. Badan sejuk macam di rendam dalam air batu..

Alhamdullilah semalam dan hari ini anak-anak ibu tak buat perangai yang boleh 'make my blood go up stairs' . So sedikit sebanyak ibu dapat rehat dan bertenang.

Hari ini nak kongsi cerita macam mana nak bantu anak yang kuat mengamuk.

Anak-anak ibu memang ada macam-macam perangai. Baik si kakak mahupun si adik. Tapi kalau bab mengamuk memang ibu akan fokus pada si kakak sebab dia memang dah praktis menjerit dari bayi lagi. Sejak lahir memang hobi dia suka menagis dan menjerit. So bila dah semakin besar.. mengamuk adalah salah satu kelebihan dia.

So sini ada sedikit tips macam mana nak buat bila anak mengamuk.

budak nie kuat cembeng je... hee hee

Cara bantu anak menjadi tenang:
  1. Peluk anak dari arah belakang.
  1. Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
  1. Bagi yang beragama Islam, boleh bacakan ayat-ayat suci al-Quran supaya syaitan tidak menghasutnya.
  1. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
  1. Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Sebenarnya ada banyak lagi langkah-langkah yang boleh kita buat untuk membantu anak-anak yang suka mengamuk. Di bawah nie ibu sertakan beberapa link yang boleh kita sama-sama baca dan menambahkan ilmu kekeluargaan. Jika ada yang baru ibu akan tambah dari masa ke semasa ok.

Selamat membaca dan mengkaji!!


Mengendalikan sikap anak kerap ‘mengamuk’




Kenapa Anak Suka Mengamuk?



Anak Marah Tiba-Tiba




Anak mengamuk cara berkesan menangani



wordless wednesday #1