Assalammualaikum..
Dari malam semalam hingga hari ini ibu kurang sihat. Badan sejuk macam di rendam dalam air batu..
Alhamdullilah semalam dan hari ini anak-anak ibu tak buat perangai yang boleh 'make my blood go up stairs' . So sedikit sebanyak ibu dapat rehat dan bertenang.
Hari ini nak kongsi cerita macam mana nak bantu anak yang kuat mengamuk.
Anak-anak ibu memang ada macam-macam perangai. Baik si kakak mahupun si adik. Tapi kalau bab mengamuk memang ibu akan fokus pada si kakak sebab dia memang dah praktis menjerit dari bayi lagi. Sejak lahir memang hobi dia suka menagis dan menjerit. So bila dah semakin besar.. mengamuk adalah salah satu kelebihan dia.
So sini ada sedikit tips macam mana nak buat bila anak mengamuk.
budak nie kuat cembeng je... hee hee |
- Peluk anak dari arah belakang.
- Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
- Bagi yang beragama Islam, boleh bacakan ayat-ayat suci al-Quran supaya syaitan tidak menghasutnya.
- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
- Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Sebenarnya ada banyak lagi langkah-langkah yang boleh kita buat untuk membantu anak-anak yang suka mengamuk. Di bawah nie ibu sertakan beberapa link yang boleh kita sama-sama baca dan menambahkan ilmu kekeluargaan. Jika ada yang baru ibu akan tambah dari masa ke semasa ok.
Selamat membaca dan mengkaji!!
Deq Su demam ea?
BalasPadamSama la dgn Kak Sam pun..
Demam, batuk... blom sembuh lg.
Allah sedang mengampunkan dosa2 kecil kita.
Mudah2an.
amin... moga kak sam cepat sembuh.
BalasPadam