Ahad, 14 Mei 2023

Jom jadi Tokoh NILAM

 "Jika ingin menjadi seorang penulis, pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis"


- Datuk Seri A.Samad Said-

Sasterawan Negara

..................................................................................


Dulu bab membaca ni aku tengok mood.. kadang-kadang bila datang mood, tak makan pun tak pe.


Sekarang ni sejak dah berusia.. sejak dah beranak.. jarang aku membaca.. lebih kepada ber youtube.. sebab aku suka nampak real sesuatu benda. Aku banyak gain knowledge dari youtube.. sekarang nie aku gila tengok chanel berkenaan camping.


Membaca novel pun dah kurang sebab aku dah tak terbuai dengan novel- novel sekarang. Jalan cerita pun hampir sama.


Ketika aku buat N3 ni sebenarnya aku tengah teman Nur Ikhlas di perpustakaan.. Teman dia siapakan buku Nilam dia.


Terimbas pula zaman dulu.. Zaman gila baca novel dan kumpul komik. 

Salam Maal Hijrah 1446H