Selasa, 25 Ogos 2020

Bento 17-19 Ogos 2020

“Kamu tidak perlu menjadi luar biasa untuk memulai, tapi kamu harus memulai untuk menjadi luar biasa.” 

- Zig Ziglar -
.................................................................................................................................................................


Hampir lapan bulan berlalu bagi tahun 2020. Sejak muhammad ilyas mula memasuki sekolah dan nur ikhlas semakin membesar, akak berusaha untuk menyiapkan bekalan makanan untuk mereka. Walaupun kadang-kadang tak sempat tapi akak akan cuba menyediakan sekadar mampu,

Mula berminat dengan seni bento bila budak-budak ni mula bersekolah tahun ini. Cuma lepas PKP tiba-tiba akak jadi rajin untuk semakin menghiasi bekal makanan mereka.

Akak cuka tengok you tube The Family Fudge. Akak boleh hadap video dia seharian. comel sangat dia buat. So dari dia kadang-kadang akak dapat sumber inspirasi nak buat macam mana. tapi tak lah secantik yang dia buat :P


So untuk minggu 17-19 Ogos 2020 akak just dapat buat dua kali je sebab isnin tu akak kena outsation. so abang just bagi duit belanja je. 


Masa nak balik, singgah RNR Dengkil untuk makan malam. tiba-tiba teringat yang anak-anak memang suka makan sate hj samuri ni. Akak pun rasa macam dah letih nak masak sebab dijangka sampai rumah pukul 11 malam so akak just fikir bekalkan diaorang sate je lah untuk esok pagi.

Time ni buah takde sebab stok buah dah habis dan akak tak sempat beli.


Untuk hari rabu, kakak ikhlas request murtabak meggi. dah lama tak makan katanya. Disebabkan akak pun takde idea nak buat apa. akak layankan aje. Melompat-lompat budak bertiga tu bila dengar ibunya nak buatkan murtabak meggi. 

Yang ini takde hiasan sebab akak betul-betul malas nak hias. haaa haa

Buah memang akan letak dangan kuantiti sikit. Budak-budak ni makan buah untuk cuci mulut je. Nanti balik sekolah petang, malamnya sambung melantak buah tu. sebab tu stok selalu habis.

Bekalan yang akak buat adalah untuk sekolah pagi. bila mereka balik nanti mereka akan makan nasi dekat rumah neneknya. Kadang-kadang kakak ikhlas akan rajin sediakan biskut atau apa-apa makanan untuk petang.

Hope usaha akak ini akan berpanjangan hendaknya. Budak-budak takut bila dah semakin besar malu nak bawa bekal ke sekolah. Lagi sanggup beli makanan kat kantin. 

2 ulasan:

  1. Happy kan Deq Su bila tengok anak3 suka apa yg kita buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. happy sangat. hilang penat bila tgk bekalnya habis

      Padam

wordless wednesday #1