Selasa, 6 Disember 2011

Hari Keluarga BPAD - Paya Indah Wetlands

Dalam tempoh 7 tahun aku kerja, inilah kali pertama aku menghadiri Hari Keluarga opis aku.. haaa haa haaa.
Ini pun sebab terpaksa.. aku malas nak bagi surat tunjuk sebab yang sekiranya aku bagi... sah-sah semua isi kandungan dalam surat itu tipu belaka. Macam dah tak sanggup nak tipu big bos.. hee hee hee
kira ok lah pergi hari keluarga nie.. dapat bawak Nur Ikhlas berjalan-jalan..
So hari sabtu, kami menghabiskan separuh hari di Paya Indah Wetlands, Dengkil



Cuaca.. Alhamdullilah, panas terik. Kami sampai agak lambat sebab lambat bangun!! Nasib baik malam tu aku dah sediakan semua barang Ikhlas. So bangun just buat bubur je.

Sebab aku sekarang duduk di Putrajaya, so perjalanan hanya mengambil masa 15 minit jer. Rupanya Dengkil dengan Putrajaya dekat sangat jika melalui jalan belakang. Baru aku dan husband tahu!!.. so lepas nie panjang lagi lah langkah kami.

Sampai sana tempat parking sangat jauh dari tapak hari keluarga. Sebenarnya boleh aje bawak masuk kereta tapi maybe sebab ramai dan takut jem so pihak perhilitan tak benarkan. Kawasan acara memang luas. Suasana segar dan nyaman. Kemudahan asas pun bagus dan terjaga. Memang credit besar aku bagi pada toilet dia.

Sambil bersukaneka.. ada acara sampingan..

Memberi makan hyppo.. Memberi makan buaya.. Menara tinjau.. Menaiki bot mengelilingi tasik. Beramah mesra bersama binatang-binatang comel..

Aku just sempat tengok acara makan hyppo dengan buaya je.. sebab aktiviti lain sebelah petang.

Sedihnya.. inilah pertama kali aku tidak dapat hadiah cabutan. Selalu tu dapat jer.. huu huu huu

Tak banyak gambar yang aku ambil sebab....

sim card kamera tinggal kat opis!!!!

Sabar banyak-banyak.. tak de rezeki.. so just gambar nie aje yang ada...


Nasib baik bawa tikar.. Mana boleh duduk diam Nur Ikhlas nie..



Dah tahu panas tapi tak mahu pakai topi... ada mainan tapi stokin tu jugak yang dia kejar..



Semua gambar di atas :
Husband aku tengak syok layan si badut..
gambar badut tak der sebab dia malu haaa haaa haa



Dan akhirnya.. setelah selamat sampai rumah... Nur Ikhlas pun demam..
Alangkah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................