Minggu nie kakak ipar datang rumah. Bercuti di Putrajaya. Alhamdullilah bertambah rezeki kami sekeluarga. So tadi bawak dia dengan anak-anak dia pusing satu Putrajaya.
Masa nak balik, hajat di hati nak singgah kedai mamak presint 9 untuk makan roti canai. Sampai bawah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ,tiba-tiba kereta kami kene tahan dengan 2 orang budak. Cuak aku jadinya. Husband berhentikan kereta dan tanya kenapa.Risau juga kot-kot ada eksident jer.. Sambil nagis-nagis budak tu jawap dia kene tinggal kat masjid tu. Mintak kami hantar dia balik.. Tiba-tiba aku teringat kisah-kisah kurang baik dalam internet. Macam mana diaorang guna budak untuk rompak kereta. Takut aku jadinya. So aku suruh jer husband aku hantar budak berdua tu kat pak guard di masjid.
Memang time tu aku berdoa banyak-banyak ar. manalah tahu kot-kot diaorang berniat jahat. Bila husband aku sampai kereta balik, dia bagi tahu yang pak guard takde. Husband suruh diorang duduk situ dulu sebab nak hantar kakak ipar aku balik iyalah kan kereta kelisa, mana muat nak masuk ramai-ramai. Siap husband aku pesan kat budak berdua tu, duduk situ jangan gie mana-mana. Jangan cakap dengan orang lain kecuali par guard. Baik tak husband aku? hee hee
Sampai balik kat masjid lepas hantar kakak ipar aku, nampak ar budak tu kene kerumun dengan orang. Ingatkan siapa rupanya AJK Masjid. Diaorang tanya husband aku macam mana nak buat? Husband aku bagi tahu yang kitaorang nak bawak budak berdua nie gie balai polis.
Kesian jugak aku tengok budak berdua tu. Nagis ajer. Yang sorang tu dah macam nak pengsan. Sorang umur 8 tahun, sorang lagi 9 tahun. Dah penat agaknya berpusing-pusing satu masjid. nampak mereka macam penat sangat.
Alhamdullilah, sekarang budak-budak tu ada di balai polis. dan macam biasa husband aku pun buat report.
Sabtu, 24 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
First time aku buat Malaysia Passport
"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere." - Erma Bombeck - ........................
-
Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim... Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. ka...
-
“If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” Michele Ruiz .......................................
-
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan