Cerita nie aku dapat dari inbox email aku (14/01/2010)
Gerun bila aku baca story nie. Minta jauhkan perkara buruk dari Nur Ikhlas. Nauzubillah..
Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?
  
Terkedu…!!!! Itu  saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar  kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak  mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..
Kisahnya :
Nini  bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya  didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan  bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat  asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah  bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2  ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah,  terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan  mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima  seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil  tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan  itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish  yang juga sangat comel dan cantik.
Kelihatan dari hari pertama,  Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish  kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish,  Daniel pasti akan turut sama.
Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan  diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan  diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka  akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.
Pada  satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan  tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi  Norish yang sedang tidur sambil mengusap2  wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk  pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.
Esoknya waktu ada aktiviti  bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish,  dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa  pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang  mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.
Tengahari  itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan  rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya  memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur  dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.
Namun  hari ini adalah kemuncak  kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu  kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di  dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari  kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.
Akhirnya Nini  separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat  Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium  perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju  Cuma yang tinggal seluar dalam!!!
Pantas Nini menjerit dan  mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini  menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju  dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya
“Papa buat kat mama boleh, kata papa  dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”
!!!!!!!!!
Segera  keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel,  tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada  Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya  ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukar kan Daniel. Tapi kejadian  yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan  mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan  rawatan.
Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran  dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu  Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka  melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya  merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi  rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel.  Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.
Moral : sebagai ibubapa,  tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita  kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah  laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa,  batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk  kebilik ibubapa.
Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka  sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan  kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini.  Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka  ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..
Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan