Jumaat, 19 September 2025

Kisah Reket Badminton

 Adult money is wild.

One minute you're complaining about the price of petrol, the next you're booking a hotel for a holiday.

.............................................................................................................................

Minggu lepas aku dah cerita pasal main badminton kat dewan. So dalam masa yang sama aku ada tukar tali dan getah pemegang.

Aku baiki reket lama aku sebab dah rosak. Tak tau lah macam mana bebudak ni buat sampai tali pun putus. Jadi reket yang aku baru je beli tu dah jadi hak milik si kecik.

Alang-alang tukar, aku tukar semua dengan warna hijau tanpa melihat berapa harga barang tersebut. Alasan mudah.. hijau warna aku so takde siapa lagi yang boleh mengaku reket tu dia punya. haa haa

Abang tu punya lah explain kat aku setiap keberkesanan tali yang ada. Aku cakap tak pe bang.. saya nak yang hijau. Nampak tak bila kita dalam dunia 'Adult Money'. setakat RM60 apalah sangat :P

Kisah lain mengenai reket ini...

29.08.25. aku hantar baiki. bagi tahu abang tu esok aku ambil tapi dia macam payah betul nak menapak ke sana. macam bercinta. Balik lewat petang, then nak lalu jalan tu time budak balik sekolah memang tak lah.

05.09.25 aku booking lagi dewan. So ingat nak ambil lah time datang tu. Abang tu tutup kedai pula. Bercuti sakan dia 4 hari. Main lah kami dengan hanya 3 reket je

11.09.25 aku datang balik. gigih tempuh jem. sekali sampai situ jam 6.30pm. abang tu dah balik rumah pula. dia suruh datang malam tu. memang tak lah. Otak aku dah set nak balik tido je.

16.09.25 akhirnya.. reket aku kembali semula kepada tuan dia. yeyeye

patut tak aku bagi nama ke dia ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah Reket Badminton

 Adult money is wild. One minute you're complaining about the price of petrol, the next you're booking a hotel for a holiday. .........