Khamis, 11 September 2025

Orang nak main badminton kat dewan ko pun nak juga tapi...

 Sekali kena dua kali tahu

- Peribahasa melayu -

.........................................................................................................................


Hari tu saja lah pergi Decathlon Shah Alam. nak cari beg lah konon. tapi hasilnya aku kaut juga reket badminton sebatang. yang budak-budak ni paw lah kitaorng bola dan kasut. melayang lah duit. haa haa haa.

Sebelum ni ada je aku beli reket tapi hmmmm... semua tu dah jadi hak milik 3 ketul tu. So yang ini adalah reket ke-4 yang aku beli.

Lepak makan lepas merayap tu, si kakak cakaplah teringin nak main badminton kat court sebenar. Aku pun amik phone whatsup member tanya macam mana nak booking court kat dewan yang dia selalu main. Dewan tu tak jauh pun dari rumah.

Dah dapat link, dengan penuh bergayanya aku pun booking lah. Ambil tarikh minggu depannya. Siap cakap dengan husben murah lah kalau booking awal. Sejam dapat RM15 je. so confirm dah booking court no 7 hari Jumaat malam jam 9.00 - 10.00 malam. Amik sejam je lah sebab takut tak larat.

Semua excited tau nak gie. Sampai lah hari kejadian...

Kami ni datang agak lewat sikit. Malam tu ada bacaan yassin kat rumah baru adik. Sampai je sana tengok court no 7 dah ada orang. Aku mula lah nak naik hangin. tapi sebab first time kan datang so kita cool dulu. Kita datang nak happy-happy jer. Mana tau diaorang ni member tetap dewan tu. Sekali nampak ada court kosong tapi court tu lantai dia macam ada terkopek sikit. so aku assume diaorng ni tukar court kot.

Takpelah kami main je kat situ. bukan main gembira 3 ketul ni.. sekali tak cukup masa. Masing-masing komen nak main lagi. Abahnya pun kata tak pe nanti kita datang lagi.

Keluar dari dewan, aku baru perasan yang ada kedai kecil kat situ. Try lah masuk saja-saja. Nak tanya lah kalau boleh tukar tali reket. Sekali dia kata boleh. Aku pun on lah bagi reket aku. Tukar tali dengan getah pemegang. Dua-dua tu warna hijau ok. Supaya reket aku tak di cilok lagi.

Sambil-sambil tu aku tanya lah pasal booking tu. Orang kedai tu pun cakap mana boleh main tukar-tukar court. Kena ikut dalam apps. sebab lampu dia timer so akan buka dan tutup mengikut booking.

Aku pun cakap.. "ye bang.. saya booking court no 7 pukul 9 sampai 10 tapi ada orang. so saya main je lah kat court no 5"

Aku siap tunjuk apps tu ke dia. "Ni bukti dia bang.. saya booking kul 9-10"

haaaaaaaaaa

dia cakap apa tau.. "Kakak.. ko salah booking ni.. ni 9-10 pagi"

Terus aku macam.. aduhhhhh

wei.. nasib aku tak gaduh tadi wei. kalau tak malu wei.. then nak tahu tak court 5 tu memang takde siapa booking dan lampu tak terang pun.

Korang nak tahu sebenarnya kalau fee untuk malam adalah RM25. Rezeki aanak-anak aku lah dapat main free RM10 dan rezeki juga kot sebab aku tak bergaduh masa awal-awal tu.

Nasib lah tauke dewan tu halalkan.

Itulah orang main badminton kat dewan, ko pun nak juga kan. Takpelah pelajaran untuk newbies macam kami ni. so sekarang aku dah tahu lah cara booking tu. Kira dah hebat lah sekarang. hee hee

Alhamdullilah kali ke-2 kami pergi semuanya ok. tapi masa nak booking tu aku punya lah perhati setiap huruf dan nombor. takut salah lagi :P

ni booking kali ke - 2.
korang tengok, masa dan hari booking tu kecik je kat bawah so memang aku tak perasan sebenarnya ada AM/PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang nak main badminton kat dewan ko pun nak juga tapi...

  Sekali kena dua kali tahu - Peribahasa melayu - .............................................................................................