Isnin, 29 Jun 2026

Bila kunci selalu disorokkan

"You can't go back and change the beginning but you can start where you are and change the ending." 
- C.S. Lewis -
..............................................

Bila sejenis buka pintu bilik kat opis ni saja tinggalkan kunci tergantung kat pintu sebab senang konon nya. Aku pula memanjang lupa kat mana taruk

Rupanya tak senang juga ye.. Ada je orang yang dok sorokkan kunci. Mentang-mentang lah kita ni pendek. Dia letak nunnnn atas almari kabinet. Sabar je lah.


tadaaaa.. kerajinan membeli akhirnya datang juga. Kita kasi lekat kat sini. Senang masuk je terus gantung.

Ni kalau ghaib juga... memang aku pasang cctv kat dalam bilik ni.

Oo lupa nak buat nota.. aku cuba try update blog pakai hp. Macam sukar sikit. Maybe sebab jari gemoks so banyak nau typo dia..  tapi not bad lah boleh di asah lagi. heee heee

adios

3 ulasan:

  1. MZ memang tulis entry blog guna laptop...kalau guna hp, pendek jer lah tulisnya beberapa perkataan ajer hahaa

    BalasPadam
  2. Susah apabila tidak ingat mana ketak kunci. Gantung senang nampak.
    Memangpun taip dengan hp ini kena berhati-hati dan tengok semula apa yang kita taip.

    BalasPadam
  3. Suka wise words di atas. Boleh mula dari sekarang dan tukar penamat.
    Harap orang lain pun akan turut gantung kunci di situ. Comel keychain.
    Saya lebih suka update blog guna laptop. Betul, guna handphone boleh, tapi cinonet benor rasa, udah ler kita ni rabun teruks. Huhu...

    BalasPadam

Vibe camping - bakar sate ikan tepi rumah

Sate ikan lokching berasal dari selatan Thailand. Ia kemudian menjadi sangat popular di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia, terutamanya di ...