“You’re braver than you believe, and stronger than you seem, and smarter than you think.”
- A. A. Milne -
.....................................................................................................
Bila tengok balik.. last aku post kat blog bulan Mac. Bulan April? Nothing!
Sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam satu bulan ni. Terlalu banyak benda sampaikan aku sendiri tak tahu nak mula dari mana
ok First.. Nur Ikhlas..
Alhamdullilah dia ditawarkan ke SBPI untuk second intake. tapi... dia tak pergi. ini antara sebab hampir 2 minggu aku merajuk hati.
simpan sini buat kenangan |
Ketika itu, sedihnya aku macam tak boleh nak dibendung. Sampaikan aku terpaksa call sahabat baik aku untuk meluah rasa. Menagis setengah hari di pejabat. Sampaikan juga bos aku cuak den bertanya banyak kali sebab aku menagis. Sampaikan ada orang yang diam-diam belikan aku Gigi Coffee supaya aku dapat bertenang.
Semuanya penangan si nur ikhlas yang tak nak terima SBPI.
ok Second.. Nur ikhlas lagi
First week after masuk balik asrama selepas raya.. disebabkan dia menagis lagi nak keluar asrama petang ahad masa aku melawat dia.. Hari isnin keesokkannya terus abah dia keluarkan dari asrama.
ha amik kau.. dia pulak yang tercengang-cengang sebab ibu abah datang suruh kemas barang kat asrama.
so sekarang dia berbahagia bergaduh dengan ibu dan adik-adik di rumah.
konsep aku laki bini senang je.. tiga kali sebut.. tak yah ulang-ulang banyak kali.. jalan...
nasib barang sikit je nak kemas. Keluar on the spot |
third.. Hari raya..
tersangat lah sibuk sebab raya tahun ni beraya di klang a.k.a raya kampung suami tapi dalam erti kata yang lain raya rumah sendiri sebenarnya sebabnya rumah mak mertua sebelah rumah kami je.
macam-macam aku nak kena sediakan kat rumah. fikir menu apa nak masak. apa yang nak kena siapkan. Walaupun aku tahu yang akan penuh orang datang nanti rumah mak mertua aku kat sebelah tu 🤣🤣🤣
and everything is ok kecuali... rendang yang aku masak tak jadi. bila buat post mortem dengan mak rupanya aku lupa letak rempah.. so RIP rendang daging!
korang tengok betapa tak cantiknya rendang aku |
tapi tahun ni aku berjaya buat nasi minyak |
menu raya ke-2.. mee kari |
Lastly.. malas
betapa aku malas gile nak buka laptop.. nak menaip sebab sebulan ni otak aku dah penuh dengan macam-macam hal. terlalu banyak isu.
so aku banyak tido dengan tengok tik tok je. belum campur dengan pergi beraya setiap minggu.
oh lupa.. my niece kahwin.. cucu menantu sulung ayah. dah lah aku tak tolong apa-apa.. tolong makan dengan tolong buat bising je kat majlis orang. wkakakaka
ooo satu lagi.. sibuk juga dengan kes histeria kat sekolah ikhlas. ok nie sibuk bergosip ye.. weiii gosip mak-mak memang tak akan kalah ye.
so itu aje.
walaupun dah terlambat dan dah masuk pun bulan zulkaedah aku still nak ucapkan Selamat Hari Raya buat korang semua. Salam Syawal 1445H ❤️
Sy pun pernah juga blog berhabuk x update, kalau rajin guna jp ln boleh nak update, bila dh bz blog pn x ingt apatah lg nk login blogger di hp
BalasPadam