Rabu, 29 Mei 2024

Bawa anak fruit jalan-jalan di NU Sentral

"Having a mini-me is all fun and games until she starts acting just like you."

..............................................................................

Cuti sekolah pun bermula..

seminggu sebelum cuti, ikhlas bagi tahu yang kawan dia ajak tengok movie Haikyu!!: The Dumpster Battle.

Macam biasa.. kita layankan aje

Lagipun cuti ni sarah balik. so dapatlah ikhlas lepaskan rindu buat kawan dia yang sorang ni. Lupa.. sarah sambung belajar di SM Sains Kuching. jauh kan..

Nak pergi tempat yang dekat menggunakan kereta tak boleh sebab kali ini 5 orang yang join. so kereta tak muat.

dan tempat yang paling mudah nak pergi KL Sentral lah. Nasib lah kat sana ada GSC sebab movie tu ditayangkan di GSC je.


pilih mall ni sebab mudah ke sini. Kami naik satu train je. Walaupun Komuter ni dikirakan sebagai train paling lambat tapi itu je pilihan yang ada.

tak sabar nak tunggu LRT3 siap.


benda paling payah nak buat pilihan.. nak makan kat mana??? 

haihh.. dari awal dah pesan bincang nak makan kat mana. tapi still begitu juga. berpusing-pusing nak cari tempat makan. Last-last kita makan je kat ayam geprek.

Bila jadi ketua rombongan ni kena pastikan anak-anak makan dengan kenyang.


Sementara menunggu seat dibuka.. sempat ambil gambar dengan budak-budak ni.

Ade ek yang memang die hard fan yang sanggup tengok movie pakai custom dia.

Dulu kita ni layan silormoon je lah.. itu pun just beli komik dia. Nak ber 'custom' bagai memang tak lah kan.


Sementara menunggu budak-budak ni tengok wayang kita high-tea dulu.

memang tak lah aku nak layan anime tu.

kita lepak sat. kopi... wajib!!!


2 ulasan:

Hari Sukan Negara HSN 2024 - aktiviti mereka di sekolah

CERGAS BERSAMA -HSN 2024 - .............................................................................................  HSN disambut secar...