Jumaat, 31 Mei 2024

SPM cuma satu batu loncatan

Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit

-peribahasa-

...............................................................................................................




Apa pendapat korang dengan keratan akhbar di atas?

Based on my life journey.. Orang tak akan tanya berapa pointer ko dulu masa kat U.. even ko dah tua bangka, orang tetap akan tanya berapa result SPM ko dulu.

Masa aku interview pun, penemuduga tengok result SPM aku dulu sebelum transkrip U.

sebab apa?

Jawapan yang mudah, berpuluh ribu pelajar yang ambil SPM akan menjawab kertas soalan yang sama.

Tak kira lah sekolah kita kat hujung ceruk kampung mana.

So dari situ dah boleh ukur keupayaan kita selama 5 tahun duduk kat sekolah tu dengan jujur dan tanpa prejudis. Senang kata penilaian secara kendiri.

Soalan yang sama.. jawapan yang sama.. penanda kertas yang berbeza dengan skor markah yang sama. tapi ketika kejadian apa yang kita jawap. 100% adalah diri sendiri.

Kalau kita tak straight A pun bukan lah bermaksud kita gagal dalam kehidupan. SPM cuma satu batu loncatan untuk kita. Macam aku cakap.. penilaian kendiri. Kita boleh ubah apa yang lemah pada diri. Kita boleh fokus apa yang terbaik untuk diri kita.

Usia belasan.. untuk membuat perancangan masa depan dan membuat pilihan bukan sesuatu yang mudah. tapi bila ada result SPM kita akan lebih lega untuk membuat pilihan berdasarkan apa yang bagus untuk kita.

But.....

Bila ada manusia dengan bangganya mengambil keputusan untuk tidak menduduki SPM . Dengan bangganya menyatakan kepada umum tindakan dia. Bagi aku dia benar-benar seorang yang bodoh! 

bodoh otak dan bodoh fikiran.

1 ulasan:

  1. Ada 14K orang yg ponteng SPM rupa-rupanya.
    Kak Sam tak baca lagi kisah mereka. Mungkin masalah kewangan kesan2 covid aritu kot. Kalau asbab lain, jadi masalah negara juga tu jika dinormalisasikan.

    BalasPadam

Postcard from Indonesia

Postcards are like mini voyages, taking us on a journey through the eyes of another - the postcard - ..........................................