Isnin, 13 Mei 2024

Rindu yang tiada penghujung - Al Fatihah

 Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. 

-[Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]-

....................................................................................................................


Alhamdullilah... Asbab kena hadir mesyuarat di Ipoh, membolehkan aku singgah sebentar di kubur ayah sebelum syawal 1445 berakhir

Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku bila dapat arahan mesyuarat adalah kubur ayah! sebab dari 1 syawal lagi sebenarnya aku rasa macam ada benda yang tak lengkap raya tahun ini.

Dari hari pertama mesyuarat lagi aku berdoa agar cuaca menyebelahi aku ketika aku pergi ke tanah perkuburan. Agar aku dapat melihat batu nisannya. 

Alhamdullilah doa aku dimakbulkan. Walaupun dalam hati agak sedikit risau disebabkan aku hadir berseorangan.. ditengah-tengah kepanasan.. di kawasan yang sunyi.. Tapi aku tawakal kepada Allah supaya tiada apa yang buruk akan berlaku.

Alhamdullilah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Semua kata-kata yang berlegar didalam minda telah aku luahkan di sana.

Dan aku memandu balik ke klang dengan ditemani titisan air mata dalam suasana hujan yang sangat lebat.

Ayah, 3 tahun telah berlalu. 3 tahun rindu ini tiada berpenghujung. namun anakmu ini akan sentiasa menitipkan doa buat mu.



2 ulasan:

  1. Moga rohnya dicucuri rahmat.
    Blom lama juga tu, saing2 dgn arwah emak Akak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. semoga arwah emak kak sam ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

      Padam

Wordless Wednesday #14