Rabu, 20 Disember 2023

Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah 2023

Orang yang paling aku sukai adalah orang yang mau menunjukkan kesalahanku.

- Umar Bin Khattab -

..............................................................................................................................

31.10.2023... Throwback story again 😂


gedget81

Budak ni jadi 'Duta Sahsiah' tak bagi tahu ibu dia pun 😅

Aku tahu pun dari FB Sekolah dia. Sabar je lah nak.

Ibu search lah apa ke benda Duta Sahsiah tu..

oooo.. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lancarkan program Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah dalam pembentukan adab, akhlak dan integriti pelajar di negara kita ni.

So setiap sekolah akan melantik duta sahsiah terdiri dalam kalangan pelajar sendiri.

Tugas mereka adalah menjadi suri teladan yang tinggi nilai sahsiahnya serta berkeperibadian mulia sebab mereka kan rakan sebaya. Orang sekarang cakap 'talk men to men'.

Paham.. paham.. ye lah remaja kan.. lebih suka berkongsi dengan kawan-kawan dari ibu bapa atau guru-guru.

Selain itu, diaorang juga akan membantu memberi kefahaman kepada rakan-rakan berkaitan kesan salah laku buli dan salah laku seksual.

ok lah tu, dah boleh jadi macam ibu ar.. kaunselor tak bertauliah kat opis.

1 ulasan:

  1. ooo kesinambungan daripada Pembimbing Rakan Sebayalah agaknya ya. Tahniah

    BalasPadam

Wordless Wednesday #14