Jumaat, 29 Disember 2023

10 Ribu langkah di Muzium Tentera Darat Port Dickson

Diribut runduklah padi, Dicupak datuk Temenggung

Hidup kalau tidak berbudi, Duduk tegak kemari canggung


Tegak rumah karena sendi, Runtuh budi rumah binasa

Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa


- Prof. Dr. Hamka, Lembaga Budi -

..................................................................................................................................................

Maybe last entry sebelum tahun baru. Maybe ar.

24.12.2023, menghadiri kondangan anak sepupu kat Port Dickson

Macam biasa mestilah sambil menyelam minum air kan. Husband risik lah tempat yang menarik nak dikunjungi di Port Dickson. Kalau laut tu dah biasa. So kali ni kita cuba memenuhi 10 ribu langkah di Muzium Tentera Darat Port Dickson.

Sesiapa yang berhajat ke sini, aku nak warning awal-awal ye. Tempat dia cukup besar. So kalau boleh awal pagi lah datang. Pukul 10 dah terpacak kat situ tau. Aku merayap kat dalam tu ambil masa hampir 2 jam setengah ok. pastikan juga jangan datang lepas pukul 4 petang. tak dan wei korang nak menikmati apa yang ada di situ sebab pukul 5 petang dia dah tutup pintu pagar utama.

Masa aku nak keluar dari kawasan tu aku tengok ramai yang datang tapi kena patah balik. Kami yang dok dalam tu pun dah pukul 5 lebih. sampai kena halau lah 🤣🤣

Lupa pula.... masuk FREE 

Dia ada banyak seksyen tau. Ada yang dalam bangunan dan luar bangunan.

Kalau luar bangunan tu mesti wajib ada semua kenderaan perang.puas amik gambar! Banyak kenderaan semasa zaman perang. Meriam-meriam dia. Heli ada 2..3.. biji.

Pastu ada 3 bangunan menempatkan geleri dia. dari kisah zaman melayu lama sampai lah sekarang. so pastikan korang ikut perjalanan kisah tu. Mesti korang dapat hayati sejarah yang berlaku kat Malaysia ni.

Galeri yang menempatkan kisah zaman melayu melaka agak mempesonakan aku plus agak menyeramkan 😅

Kat bagunan blok B ada satu terowong tau. Terowong tu panjang dia 142 meter. Dia buat terowong ala-ala masa zaman Parti Komunis Malaya (PKM) dulu. Susun atur dan barang-barang yang dipamerkan dalam terowong tu pun menggunakan artifak asal PKM.

Boleh tengok macam mana tempat tidur, suasana bilik bedah, bilik mesyuarat dia. Tapi ruangan dia sedikit sempit so kalau ada Klaustrofobia, masuk atas risiko sendiri ye.

Dah keluar terowong tu akan jumpa satu hutan kampung. Boleh lah lepak-lepak situ sambil menikmati suasana sedikit kehutanan. Ada jambatan gantung juga. Budak tiga ketul ni suka betul naik situ. Aku tak dapat lah sebab pakai skirt.. segan dengan orang bawah.

Kemudahan boleh lah kat situ. Ada tandas, ada surau, makan yang light-light.

So kalau ada masa dan bajet kurang boleh lah datang situ. Tak semestinya kena bawa anak-anak gie tempat mewah cuti sekolah kan. Ada masa kena tanamkan juga sifat jati diri dan mengingati perit getir askar-askar yang telah mempertahanakan tanah air.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Wordless Wednesday #14