Muslim yang satu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Maka ia tidak boleh mengkhianati, mendustakan dan membiarkannya.
- HR.Tirmidzi -
.................................................................................................................................................................
Betul ke Wanita tidak dapat dipisahkan dengan emas?
Siapa yang kenal aku tahu yang memang dari sejak kecil tiada seutas emas pun yang melingkar di leher atau pegelanggan tangan ini. Hatta sebentuk cincin emas.
Alasan? Limas dan terasa beban.
Nak dijadikan cerita, kerana tidak pernah memakai sebarang emas, tak pasal-pasal di cop orang tak berduit. Haa haa
Ye lah, kita ni bukan orang kayangan.. tapi kita orang have2 juga :P
Tak pernah pulak rasa tercabar bila rakan-rakan beli emas berguni-guni. lagi aku support adalah. Bagi aku apa yang kawan dan sahabat di sekeliling lakukan adalah hak individu.
Tak kan lah dia nak beli emas berkilo-kilo kita nak larang pulak. lantak dia lah duit dia. Jangan dia sibuk nak pinjam duit aku dah lah. yang tu memang akan ditentang keras sebab aku pun nak beli emas.
Tapi serius tak faham.. bila ada segelintir orang yang akan rasa tercabar bila nampak orang lain lebih daripada dia. Sampai nak berlawan-lawan. memang tak boleh nak hadam jenis sifat manusia yang satu ini.
Lagi pula sekarang macam-macam jenis bentuk emas ada di kedai. tapi masih mata aku ni tak terbuka untuk membeli pattern emas jenis macam-macam tu.
Tapi.. tak pakai tak semestinya tak belikan..
Yup.. aku laki bini still membeli emas tapi bukan untuk dipakai. Emas yang dibeli untuk simpanan dan pelaburan. Jenis emas yang dibeli pun bukan lah bercorak bagai dan kami say NO pada emas yang ada campuran emas putih.. Payah nak berurusniaga nanti :P
So berbalik pada cerita tadi.. bila aku di cop tak ber 'emas'.. Orang tu pandang remeh lah pada aku.. lagi-lagi time perbincangan emas berlaku. Aku pulak jenis tak layan semua jelingan atau kiasan orang time berborak. main sauk je semua cerita.. gelak-gelak.. huha huha.. mana nak tau disebaliknya dia berpandangan macam itu pada aku.
Satu hari adalah kawan baik hati tolong buka mulut cerita pasal emas aku yang berguni-guni tu. Baru dia terlopong :P haa haa
Haaa haaa takde lah berguni-guni.. tapi cukuplah lepas bila tiba-tiba nanti takde duit nak beli beras.
So pada aku setiap keluarga perlu memiliki emas. Dapat se gram dua pun dah ok. Kalau lebih lagi baik. Tak semestinya emas itu untuk wanita. Kalau husband nak beli pun boleh untuk pelaburan masa depan.
Boleh je google berkaitan pelaburan dan simpanan emas. Banyak tok guru yang boleh ajar.
Dan kalau boleh elakkan lah iri hati sampai tergadai semua.. Beli mengikut kemampuan k. Simpan sikit-sikit nanti berguni lah dia :P
Lastly kalau keluar rumah nak beli emas tu jangan lupa pakai MASK k.. nanti terbang RM1000.. banyak tu.. boleh dapat 1 gelang budak.
Nota kaki : Gambar tu bukan emas betul pun.. saja nak tayang kat dia supaya lagi terbeliak mata dia.. Opsss terjahat pulak :P
Alhamdulillah. Bijak membuat pelaburan.
BalasPadam