The most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart
Helen Keller
......................................................................................................................
Apabila kami adik beradik melihat kesihatan mak dan ayah tak barapa sihat awal tahun lalu. Kami lima baradik berbincang untuk membawa mereka tinggal dengan anak-anak. Untuk permulaan mak dan ayah akan tinggal di rumah Kak Ngah di Perak.
Alhamdullilah tindakan kami sangat tepat bila kerajaan mengumumkan PKP pada 18 Mac 2020. Kalau tak dalam tempoh PKP tersebut tak tahu lah macam mana keadaan mereka nanti.
Kat kampung, mak ada bela 5 ekor kucing. tapi masa kak ngah bawa mak dan ayak ke perak... semua kucing terpaksa di tinggalkan. Kami minta jasa baik makcik yang ada di sana untuk tolong tengok-tengokkan makan dan minum mereka.
Namun bila ada beberapa drama berlaku. aku bincang balik dengan husband untuk bawak kucing datang klang.
29/08/2020 here we are
Alhamdullilah dengar kata.. Diam je bila di atas highway :P |
Bye bye rumah |
Dalam 5 ekor kucing tu, hanya 3 sahaja yang berjaya di bawa balik. Sebabkan si comot dan Putih betina dah semakin liar dan susah untuk di tangkap, terpaksa kami tinggalkan.
So yang bawak ke klang hanyalah si putih dan 4 anaknya yang baru lahir seminggu, memey dan putih jantan.
Bermula lah episod kami menjaga 7 ekor kucing
Semua nama anak kucing, kakak Ikhlas yeng berikan tanpa kami dapat masuk campur langsung.
Buntat.. Mimi.. Koko.. dan Oyen
2 Jam terasing dari ibu.. Sampai rumah terus cari ibu dia ye... |
Dah masuk 2 bulan |
Kalau tengok si buntat tu bulunya sebijik macam ibu dia. kembang..
Mereka dah masuk dua bulan lebih. Rutin Ikhlas setiap hari adalah bagi mereka makan setiap pagi dan mengemaskan bekas pasir serta semua khazanah dalam tu. Setiap petang pulak dia akan sediakan keperluan di dalam sangkar untuk tido malam.
Konsepnya mereka akan bebas di luar sepanjang hari dan akan di masukkan ke dalam sangkar setiap malam.
27/09/2020 putih jantan mati disebabkan demam. tak sempat nak rawat dia sebab masa tu ada mesyuarat di Melaka. Sebelum pergi memang dah rasa badan dia sangat panas dan dia sangat tak bermaya. Dah bagitahu putih jantan lepas balik Melaka akan bawa dia jumpa doktor. Tapi tak sempat. Sampai je kami di rumah petang tu tengok-tengok dia dah tiada.
Putih Jantan bersama adiknya Si Buntat |
19/10/2020 First time kami bawak putih dan anak-anak dia untuk dapatkan rawatan fungus dan vaksin si putih. Mungkin sangkarnya terletak di tempat yang tidak terlalu kena cahaya maka fungus cepat merebak. Jadi tak cantik mereka sekarang. tapi tak pe... doktor dah bagi ubat so kita harap bulu mereka akan kembali cantik.
Kami anjakkan sangkarnya di laman dan tutup atasnya dengan kanvas. memang ada niat dihati untuk membuat sangkar yang lebih besar untuk keselesaan mereka. Insya Allah.
Apa yang kami buat.. seminggu sekali memang akan mandikan putih dan anak-anaknya. Cuci sangkar dengan air dettol dan bersihkan bekas pasir selalu.
So next appointment lagi 2 minggu untuk rawatan susulan dn vaksin anak-anak si putih.
Semoga dipermudahkan kami dalam menjaga mereka semua. Insya Allah
7 ekor?. Dasyatt!.
BalasPadamKami jaga 2 ekor ni pun dah rasa mcm jaga kerbau sekandang.. meriah main kejar2 tiap hari.