Ahad, 2 Julai 2023

N3 terlewat - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur + Hari Raya Aidiladha 1444h

Maka Rasulullah SAW telah bersabda,


فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.''

-Riwayat Imam Ahmad (12362)-

.........................................................................................................

Selamat hari raya aidiladha!!

Selalu sangat buat N3 terlambat.. 

Kami pergi lagi acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tahun nie PBAKL 2023 start pada 26 mei hingga 6 jun 2023.

PBAKL 2023


Tapi kan... tahun ni macam tak berapa crowded sangat lah. Ramai tapi tak seramai sebelum tahun-tahun lalu.

Ingatkan kali ini nak naik train je ke sana tapi tak jadi. Fikir balik macam lagi senang naik kereta sendiri. Dengan syarat keluar awal pagi lah :)

Berapa habis kali ini? Hampir RM400 ringgit!

Jom tengok hasil tangkapan tahun ni..

gedget81

First.. buku Nur Ikhlas. Kita layankan aje minat dia sekarang baca buku keluaran Bookiut. Tahun ni first time dia beli buku dengan duit sendiri. Aku dah mula biasakan dia dengan 'nak sesuatu kena usahakan... kena simpan duit' 

Aku nak didik dia untuk rasa bertanggungjawab dengan apa yang dia mahu. Kena berusaha untuk dapatkan sesuatu yang dia inginkan. Kena bezakan antara keperluan dan kehendak.


gedget81

Ini pula buku yang aku beli. 3 buku hasil tulisan Teme Abdullah. Actually, ini first time aku baca buku tulisan beliau. Surprisingly, buku ini kena lah dengan jiwa aku. and YES.. aku akan beli lagi buku hasil tulisan beliau untuk jadikan koleksi aku.

gedget81

Lastly.. buku yang dibeli oleh sang suami. No komen!.

Untuk semua pembaca blog ini. Aku nak ucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1444 H"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

will back soon ok

 رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebai...