Sabtu, 8 Julai 2023

My first time - Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram

 Laughter is brightest in the place where the food is"

-Irish Proverb-

.....................................................................................................................

Mungkin orang lain dah banyak kali masak sayur Pak Choy ni. tapi ni kali pertama aku try masak.

Sedia maklum yang aku memang sejenis tak makan sayur. Tapi disebabkan tiba-tiba rajin terbeli, jadinya rajin termasak :P

Resepi google je. Adalah derhaka sikit. Family jenis makan pedas so cili ada lah benda yang wajib kena masuk dalam setiap makanan.

Aku letak lah resepi kat sini yang aku dah derhakakan. Senang nak refer balik seandainya rajin buat lagi. ok!


Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram

5 batang sayur Pak Choy

3 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu sos tiram

1 sudu kecil tepung jagung

Sedikit pati ayam

Cili Merah - suka hati nak letak banyak mana

Secubit garam

.....................................................


Aku masak air dan letakkan secubit garam. Bila air dah mendidih, masukkan sayur Pak Choy. Jangan masak lama.. cukup rasa macam dah masak. Kalau lama-lama nanti dia tak sedap.

Pastu angkat, tapis dan rendam sayur tu dalam air sejuk. Tujuannya untuk hentikan proses masakan tu supaya dia kekal rangup. Pastu tapis balik dan susun lah sayur tu atas pinggan cantik. Aku main balun je pinggan apa pun.

Bawang putih dan halia aku kisar kasar je.

Pastu panas kan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan sos tiram. Kacau. Aku masukkan sedikit air sebab family aku memang suka makan berkuah.

Masukkan pati ayam . kacau lagi.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan dalam kuali dan kacau lagi. kemudian leburkan cili dan kacau lagi.

Dah puas hati, rasa pun dah sedap kat lidah. Angkat dan tuang atas sayur.

Kalau nak lagi sedap tabur bawang goreng.

Taaadaaaa... dah siap!

abaikan kejadian yang tak cantik.. janji hubby i kata sedap :P


2 ulasan:

  1. Nyumm!. Yummy. Kak Sam plak dah lama tak masak pak choy. Nak buat juga lah nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak sam dh buat nanti share resepi k. mana tau boleh try resepi kak sam pula

      Padam

wordless wednesday #1