Rabu, 19 Julai 2023

Resepi Sayur Campur suka hati

 Makanan yang paling sedap adalah masakan seorang ibu

-orang kata-

............................................................................................................................................

Ada sikit lagi sayur Pak Choy dalam peti ais. Nak masak macam hari tu, tak cukup pula. sayur lain pun takde ni. Yang ada cuma lobak je. Jadinya.. buatlah resepi sendiri!

Alang-alang nak habiskan, aku buat sayur campur suka hati.

Lobak tu hiris-hiris.. sayur tu aku leraikan. pastu amik udang 4 ekor.

Tumis bawang putih dengan bawang merah.

Masukkan lobak

Masukkan sedikit sos tiram

Masuk air sikit

kacau-kacau

Masuk Udang

Kacau-kacau

Masuk sayur 

masuk cili merah

boh garam sikit

Kacau- kacau

siap!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

will back soon ok

 رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebai...