All children are artists. The problem is how to remain an artist once he grows up
Pablo Picasso
.............................................................................................................................................................
Baru je budak-budak ni nak berseronok lepas PKP tamat bulan julai.. sambung balik duduk rumah pertengahan bulan oktober. Kesian sangat dengan pembelajaran anak-anak. Diaorang ni pun dah nampak kebosanan sebab asyik terperap didalam rumah.
Minggu lepas dalam wssap kelas dapat lah satu kerja seni. Akhirnya.. Ilyas tak perlu menagis nak buat kerja sekolah. haa haa haa
So tugas yang di beri adalah Ilyas perlu buat Rumah Burung. Excited gile dia. Hari-hari dok tanya bila nak buat. Tapi sebab aku kerja so ada kekangan waktu. Lastly kami buat masa hari Ahad sebab hari sabtu sibuk pulak beli barang dapur dan nak beli bahan-bahan projek dia ni.
Aku beli kertas pembalut hadiah dan kertas coklat tu je yang lain-lain guna apa yang ada. Nasib kat rumah ni memang ada kotak yang nak dibuang. Part aku just tolong potong kotak dan balut. Idea banyak juga dari Ilyas. tanya dia Ilyas nak macam mana. cuba cerita kat ibu. So dia bgtau lah macam mana dia nak. Kerja dia semua yang berkaitan dengan gam dan selotip.
Nampaklah usaha dia nak buat. tersengih-sengih bila dah siap. Selesai semua tu, kita snap gambar dan hantar ke cikgu seni dia. Selesai. Alhamdullilah.
Sambil gam sambil makan biskut.. pagar tu dia nak buat macam tu. Aku layankan aje |
Cantik tak rumah burung Ilyas |
Wah!. Kreatif la Ilyas.
BalasPadam