Ahad, 8 November 2020

Me and My Vitamin C

 "Tidak ada yang membuat wanita lebih cantik dari pada keyakinan bahwa dia cantik."

-Sophia Loren-

......................................................................................................................................

Untuk sentiasa merasa sihat dan gembira, memang impian setiap wanita di luar sana. Baik kesihatan luaran mahu pun dalaman.

Tak terkecuali aku. urusan seharian yang agak memenatkan. Mana taknya. Dengan kerja di opis dan melayan 3 anak yang semakin membesar. Serius tak menang tangan. Kadang-kadang sampai satu tahap. aku surrender. Stop semuanya sekejap dan just baring sambil layan u-tube.

Bila usia yang macam ni. Aku macam cepat kehabisan tenaga. Dan mulalah kedutan semakin banyak di muka. Lesu dan serabut.

Untuk menjaga mental dan emosi aku, aku keep happykan diri dan selalu berfikiran positif. Aku berusaha berkawan dengan insan-insan yang mempunyai aura positif. Jauhkan untuk berfikir tentang hal orang and try amik supplement untuk membantu kekurangan vitamin yang ada dalam diri ini.

One of vitamin yang kami ambil adalah Vitamin C.

Asid askorbik atau lebih dikenali sebagai Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Apa yang aku faham dan aku baca, vitamin C ini merupakan vitamin dan anti-oksida yang diperlukan oleh badan untuk membantu meningkatkan kesihatan tulang, otot dan salur darah. Vitamin C juga diperlukan untuk membantu dalam pembentukan kolagen serta meningkatkan penyerapan zat besi untuk pembentukan sel darah merah.

Vitamin C yang kami ambil of coz jenis Dissolve. Jenama Bocalex C1000 Effervescent Tablet. Senang.. amik satu masuk dalam air.. minum. Penyerapannya pun lebih baik, cepat dan sekata.

Bocalex C1000 ni mengandungi 1000mg Vitamin C (0.42% Sodium Benzoate dan 0.21% Ethanol) Yang penting juga dia tiada gula tambahan. Aku selalu beli kat Farmasi Alpro.

*Gambar dari google.

Sebenarnya Vitamin C ini boleh je kita dapat secara semulajadi daripada sayuran dan buah-buahan terutama oren dan betik. Alhamdullilah memang kat rumah ni ada tanam pokok betik. So adalah sumber vitamin C untuk anak-anak. Tapi sejak PKPB ni... untuk aku ke pasar atau mall bagi membeli buah-buahan kesukaan anak-anak terutama buah oren memang agak sukar dan terbatas.

Bagi keperluan Vitamin C yang perlu kita ambil setiap hari, aku dah ada buat carian dalam google. so aku tempek je kat sini untuk rujukan kita bersama.

*gambar dari google

Sempena PKPB yang tak tahu bila akan habis ini, aku doakan semoga kita semua akan sentiasa sihat dan di dalam perlindungan Allah. Keep strong and take care yourself and family. Jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

will back soon ok

 رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebai...