Monday, May 16, 2011

Nur Ikhlas binti Mohd Asmad

Alhamdullilah, aku telah selamat melahirkan seorang anak secara pembedahan pada 26 Januari 2011 (6.15pm) dengan berat sebanyak 2.3 kg. Anak perempuan yang di beri nama Nur Ikhlas binti Mohd Asmad.

p/s : nie cadangan ayah dia heee heee


Sekarang Nur Ikhlas telah berusia 3 bulan 7 hari. Sangat sihat dan montel...seronok bila dah ada anak nie.. dia pun dah pandai senyum dan gelak.. comel sangat-sangat. aku suka tengok dia masa ikhlas tido. so sweet. cium beratus-ratus kali pun tak pe.

Hari-hari pergi kerja aku jadi rindu kat dia. tak sabar nak balik umah, nak jemput dia.. nak cium dia.

Aku doakan ikhlas akan sihat sentiasa dan berada dalam keredhaan Allah.. Aku juga doakan Ikhlas akan menjadi anak yang soleh dan hamba Nya yang bertaqwa. amin..

Untuk Nur Ikhlas, anak ibu yang ibu sayang... jaga diri, jaga kehormatan, jaga peribadi. ibu sayangkan ikhlas dan abang ilyas.. kehadiran mu membawa berjuta-juta makna dan keriangan dalam hidup ibu. semoga anak ibu sentiasa di lindungi Allah. Insya Allah.

deq'su
16/05/2011


SELAMAT HARI GURU!!!!

No comments:

Post a Comment