Jumaat, 17 Februari 2012

Musim sakit - story 1

Selamat pagi... pagi-pagi nie update blog agak-agaknya ada yang tersentap lagi tak?? haaa haa haaa

Dua minggu menyepi? bukan sebab membawa diri ok.. Dua minggu kami sekeluarga di landa masalah kesihatan. Demam, selsema, batuk, cirit birit, muntah-muntah... berselang seli.. berjangkit-jangkit.

Alkisahnya, minggu lepas family husband sibuk dengan kenduri kendara majlis perkahwinan adik bongsu dia. Aku pun dok menyibuk jugak ar.. sibuk jaga Nur Ikhlas.. hee hee hee.. Pagi sabtu (04/02/2012) aku tak nampak apa yang pelik pada si kecik nie. Makan memang banyak sangat. Mood nak makan dia datang so aku layankan ajer. Habis dua biji limau mandrin.. 4 biji pisang dia makan. tambah nasi lagi. hebat tak?? aku risau gak.. tapi sepanjang hari tu aku tak nampak pun perut dia meragam. Sihat dan aktif seperti biasa. Bila malam dia nak susu aku pun bagi lah... tak sampai berapa minit lepas menyusu, dia muntah. aku cuak kejap. maybe dia tak cendawa so dia jadi mual. tengah malam pun begitu tapi aku tengok dia relak jer tido balik.

Esoknya.. dok sibuk-sibuk siap nak pergi menghantar ke rumah pengantin perempuan, Nur Ikhlas sibuk-sibuk nak makan. Aku pun bagi lah makan nasi impit. siap cecah kuah kacang tapi sikit jer buat perasa. Makan memang tak ingat. Aku fikir budak nak membesar tak kan aku nak tahan-tahan makan dia kan? ye ker?

Sampai rumah pengantin memang tengah panas terik. Si kecik nie tabiat dia memang tak suka pakai topi. tak suka kepala dia ada benda. Nak tak nak aku redah jer lah kepanasan itu. Orang lain sibuk makan kat tempat vvip, aku sibuk buat rumah orang macam rumah sendiri. Siap mengadap kipas. Ayah dia memang dah awal-awal kene jadi photografer, jadi sibuk memanjang. Mungkin kepanasan, Nur Ikhlas asyik nak minum aje. Minum susu.. minum air masak..  Lebih kurang sejam kat rumah pengantin perempuan on the way nak balik tiba-tiba Nur Ikhlas boleh muntah. Banyak sangat!! macam air paip. Aku jadi cuak giler. Habis satu baju dia termasuk baju aku kena muntah.

Sepanjang petang tu, Nur Ikhlas asyik mintak susu. Masalahnya bila aku bagi susu, dia muntah.. bagi makan, dia muntah... dah letih, dia tidur. Sepanjang masa sehingga ke malam. Mengalir air mata aku tengok keadaan dia. Pujuk husband bawak gie klinik mintak air garam. Tengah malam pun keadaan tidak berubah. Malah dia di serang cirit birit pulak. Aku ajak pulak pergi hospital. tapi nenek dia kata tak perlu sebab benda nie biasa kena kat budak-budak. Macam cucunya yang lain. Tapi hati ibu mana yang sanggup tengok anak terkulai layu depan mata.

Pagi esoknya, tengok Nur Ikhlas dah memang tak bermaya... dengan bebelan opah dia, aku paksa juga husband aku bawak pergi hospital. Akhirnya...Nur Ikhlas kena tahan di wad 7D (wad pengasingan) Hospital Klang dengan 3 botol air drip selama 3 hari dua malam akibat kekurangan air dalam badan kesan muntah-muntah dan cirit birit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1