Sunday, February 28, 2010

Karnival Jom Heboh, Stadium Bukit Jalil

Tarikh : 27 - 28 Februari 2010
Tempat : Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Actually, suami aku menghadiri Kursus Pengenalan Adobe Fhotoshop di Kolej Komuniti, Kuala Langat dengan cikgu Mail dan Intan PKG. Tak tahu kenapa pagi sabtu Intan sms kata tak dapat join. so aku dengan gembiranya pun gantilah tempat dia.

Pada mulanya aku agak risau bila dapat tau Intan pergi kursus tu dengan Asmad. cemburu aku bila fikir Intan akan duduk sebelah pemandu. Ahh.. ini tak boleh jadi.. aku mintaklah Asmad suruh Intan duduk belakang. Ada ke patut Asmad gelak aje?? Nasib baik Intan tak jadi pergi.heee heee heee. isteri mana yangtak cemburu oiii... walaupun perempuan yang laki dia bawak tak lah cantik mana... adeh!!

Kelas habis pukul 3.30 petang. Kami menuju ke rumah Cikgu Mail untuk ambil kemera beliau. Tinggalkan kelisa kat rumah dia and naik kereta Cikgu Mail menuju ke Stadium.

Jalan tak berapa sesak sangat. so cepatlah kami sampai. suasana di Karnival itu tak berapa meriah seperti yang aku pergi tahun lepas. gerainya pun tak berapa banyak.. Konsert mini pun takde.. agak bosan jugaklah.

so aku suruh Asmad snap satu gambar sahaja...


Tapi tahun nie ada kelainan jugak dimana aku dan Asmad berjaya menghabiskan duit sebanyak RM 30 untuk membeli jajan.. heee heee satu beg barangan maggi, satu beg barangan mamee dan satu beg barangan Jacker..


deq'su
28/02/2010

No comments:

Post a Comment