Tuesday, January 31, 2012

N3 Terlambat 1 - Happy Birthday Nur Ikhlas!!!

Memandangkan birthday Nur Ikhlas jatuh pada hari khamis.. so aku ter'cepat'kan sikit sambutan birthday dia sebab nak sangat bagi family aku makan kek. First time sambut birthday anak macam excited sangat. Ala bukan buat apa pun.. just potong kek jer.

So aku buat hari sabtu malam 23/01/2012 sebab ramai yang balik kampung. Maklumlah cuti panjang. Bila ramai-ramai nie meriah sikit. Anak-anak buah aku boleh habiskan kek tu. hee hee hee.

Ini lah kek dia... hee hee
Aku pilih khas gambar hello kitty nie sebab nampak cute jer.. Ingat nak cari gambat keroppi tapi tak der pun. Mentang-mentang lah ibu dia suka keroppi.. huu huu.

Kek nie bila dah sampai rembau dah jadi senget benget.. Iya lah dok dalam kereta. nie pun kotak dia aku dah sendal dengan bantal tapi still mengelusur.. Ok lah tu dari hancur terus. kan.. kan..

Happy Birthday Nur Ikhlas!!!
Memandangkan dia nie kecik lagi.. tak tahu apa kes.. so kitaorang poyo-poyo happykan suasana.. opsss memang buat secara tertutup. tak jemput sesiapa pun. Nie pun potong kek lepas dia betul-betul bangun tido haa haa haa.


Aku doakan Nur Ikhlas akan membesar dengan sihat dan ceria dan menjadi anak yang soleh. Insya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment