Jumaat, 13 Januari 2012

Selamat Hari Jumaat muahhhh

Assalammualaikum.. Selamat hari jumaat!. Sibuk ker?? Aku? Tak sibuk pun maklumlah takde kerja biasa-biasa jer.. 
Penangan Nasi Lemak kejap tadi membuatkan aku ngantuk sangat-sangat. Menguap entah yang ke berapa kali. Nak layan tidur tak dapat lah. Kang tak pasal-pasal aku punya LNTP tak mencapai tahap yang memuaskan. Budak baru lah katakan.. kene relaks dulu. nanti dah otai baru tunjuk belang.. Ahkas!!
Tahun Baru Cina bakal menjelma 23 dan 24 Januari ini. Cuti panjanglah gamaknya.
Korang plan nak gie mana? Aku wajiblah balik kampung. dah 2 bulan tak balik oooo...
Macam mana nak balik.. mak ayah aku asyik merayap jer hee hee hee.. Kejap dok umah aku.. kejap dok umah kak ngah.. pastu umah aku balik.. pastu umah kak ngah balik... Asyik kena angkat ke hulu ke hilir. 
Last-last diaorang buat mogok.. mula lah cerita rumput dah panjang lah. Anai-anai tah-tah dah naik kat tangga lah. Tangga dah banyak taik ayam lah.. yang si ayah pulak mulalah merayap.. gaduh dengan cucu.. cari gaduh dengan anak..
Itu semua hint nak balik kampung balik lah tu.
Best tau bawak mak ngan ayah jalan-jalan nie. Kalau mereka terus dok umah aku kan best. Ada gak peneman. opsss kalau my parents datang rumah bukan bertujuan untuk menjaga cucu ok.. Nur Ikhlas tetap akan di hantar ke TASKA. Semua ini untuk menghidarkan mak ayah aku tension di kampung akibat mulut-mulut celupar orang-orang yang dengki dengan kami. Terutama makcik 'kesayangan' ke-2 yang tak habis-habis menyibuk hal rumahtangga kitaorang. Aku pun dah tak larat nak doakan dia berubah. tapi as Muslim aku tetap doakan jugak ar moga-moga dia bertaubat.
Malas nak komen hal 'orang tua' tu lebih-lebih.. baru nak mood ceria di pagi jumaat dah dapat dosa kering jer.
Sempena Tahun Baru Cina dan sempena cuti yang panjang ini.. aku doakan korang semua berbahagia di samping keluarga tersayang. Jom layan Video dari You Tube nie. Memang tersentuh jiwa raga aku. Nie yang buat aku nak balik kampung sekarang nie.. Love you All.



CNY 2012 - Nasi lauk you never taste before



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................