Wednesday, September 07, 2011

Demam + Selsema = Sejuk!!!

Alangkah... Demam dan selsema kembali menyerang aku! Memang tak larat giler tapi aku tetap datang opis. Kenapa????
1 - Cuti makin sikit. so kena simpan untuk rancangan cuti-cuti Malaysia hujung tahun nie.
2 - Malas nak ambik mc sebab aku tak tahu klinik swasta kat putrajaya nie kat mana.
3 - Malas nak gie Klinik Kerajaan sebab confirm tak dapat MC (kedekut!!!)
4 - Malas nak duduk rumah sebab kalau aku tido sepanjang hari sapa nak jaga Nur Ikhlas?
5 - Duduk rumah aku mesti tak tido sebab sibuk mengemas. aku dah limas dengan keadaan rumah yang dah macam tungkang pecah!

So keputusan yang sangat berat aku buat pagi tadi ialah... DATANG OPIS!! sebab
1 - Kalau datang keje boleh jimat cuti
2 - Keje tak banyak so boleh lah aku tido kejap haaa haaa
3 - Kalau dah tak larat sangat-sangat... aku menapak ar gie Klinik Kerajaan kat presint 3 nie.
4 - Confirm husband aku balik awal so mesti dia yang basuh pinggan yang berlambak kat sinki tu..
5 - Bila keje boleh hantar Nur Ikhlas kat TASKA so takder lah aku serba salah sangat...

so tibalah masa untuk aku tido... zzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment