Khamis, 29 September 2011

Azam baru sebelum tahun baru

Bila nak buat N3 mesti macam blur jer. Ada benda nak cerita tapi otak mesti tak boleh berfungsi. Alangkah...
Tiba-tiba rasa rindu pada 'teman tapi mesra'.. entah apa dia buat sekarang. Sihat kah? Dah lama tak berhubung. Dah di buang pun no hp dia. Kenapa? Saja... cuba membuang memori yang tidak mahu di ingati namun memori itu juga yang seringkali terbit dalam otak aku ini.
Pernah ke kita sedaya upaya bersungguh-sungguh menjaga sebuah persahabatan tapi akhirnya persahabatan itu sendiri memakan diri?
Lawak bila fikirkan balik apa yang aku buat selama ini semata-mata untuk kepentingan sekeping hati. Benda besar yang di depan mata tak mahu dijaga, yang sekecil kuman juga yang selalu di perhatikan. Dan akhirnya semua itu merugikan.
Lawak juga bila aku telah menghabiskan berpuluh-puluh tahun dengan sesuatu yang sia-sia. Sekarang bila usia sudah lanjut baru terfikir balik kenapa bodoh sangat aku dengan senangnya menyerahkan masa depan pada sesuatu yang tidak pasti.
Nak patah balik?? dah tak sempat. Jadi teruskan saja perjuangan dengan semangat yang jitu. cuma kene sedikit belok jer. ye lah, kan dah tahu ada kesilapan pada masa lalu maka kenalah buat tindakan segera dengan berubah arah ke plan nombor 2..
So tekad dan azam aku buat untuk membesarkan Nur Ikhlas dengan segala ketabahan yang aku ada. Mendoakan Nur Ikhlas menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Aku tidak mintak lebih dari dia. Cuma menjaga diri dan kehormatan.
Zaman aku dah semakin mencabar dan pastinya nanti zaman dia akan lebih mencabar. Aku tak nak berputus asa sekarang. Kene kumpulkan bekalan untuk aku dan dia bagi menghadapi cabaran itu. Mampu atau tidak dia menghadapinya, aku berserah segalanya pada Allah. Bukan senang untuk menjadi seorang ibu bagi seorang anak perempuan di zaman yang penuh kucar kacir.. zaman datangnya dajjal laknattullah.
Bila aku terlalu fikirkan macam mana Nur Ikhlas nak menghadapinya, aku menjadi takut. Takut kerana andai didikan aku salah, dia yang akan menaggung akibatnya. Aku belum puas berdoa pada Allah dan aku tak akan berhenti berdoa. Selagi aku bernyawa, selagi itu aku tetap bergantung harapan pada Allah. dan sekiranya aku dah tiada, aku mengharapkan Allah menjaga dan melindungi anakku Nur Ikhlas. DIA lah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1