Khamis, 8 September 2011

Paling Bodoh???

Dalam kehidupan kita agaknya berapa banyak perkara paling bodoh yang pernah kita buat?? Mesti banyakkan...

Tapi dalam banyak-banyak kenangan, perkara paling bodoh itulah yang selalu buat kita tersenyum sendiri.

Apa yang paling bodoh pernah aku buat??

mempercayai orang

kerana terlalu mempercayai orang lah aku selalu kena tipu dan aku di perbodohkan.
Percaya pada kawan-kawan, aku jadi bahan lawakkan
Percaya pada saudara mara, aku jadi bahan ejekan
Percaya pada teman, aku di tinggalkan
Sehingga kini dan di saat ini aku tetap rasa yang mempercayai orang adalah perkara paling bodoh yang selalu aku lakukan. Tapi nak buat macam mana sebab jauh di sudut hati aku yang dalam ini terselit perasaan kasihan.
Kasihan pada kawan-kawan yang perlukan senda gurauan
Kasihan pada saudara mara yang masih hidup seperti orang zaman batu
Kasihan pada teman sebab dia pun dungu
Akhirnya keputusan tetap berpihak pada aku..
Biarlah benda yang aku buat nampak bodoh. Tingkah laku aku nampak bodoh. Tapi kehidupan aku untuk 30 tahun ini sentiasa di isi dengan kegembiraan, cabaran, tangisan, kesetiaan dan kasih sayang. semua yang bodoh itu tidak langsung menjejaskan kehidupan aku.
Kadang-kadang kita perlu beraksi bodoh untuk melihat sejauh mana kebaikan seseorang itu dan seikhlas mana dia sanggup menerima kita dalam hidup dia.
Yang penting kepercayaan aku pada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W tetap utuh.
Yessss!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1